
Subuh ini masih samar-samar. Aku tidak pasti apakah berita pada pagi ini akan mengembirakan hati semua orang atau memberi kedukaan yang mendalam dalam hati seseorang di negara ini. Pastinya malam tadi penuh dengan debaran dan tanda tanyakah. Apakah setelah lebih 20 tahun BN memerintah. Ini kali pertama mereka menerima kekalahan terbesar sehinggakan 5 buah negeri telah berjaya dirampas oleh Barisan Alternetif yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR. Yang pasti, 12 jam yang lepas dan 24 jam yang akan datang akan menjadi satu episod baru selepas 8 Mac 2008 berlalu.
Selangor, Pulang Pinang, Perak dan Kedah bakal mengalami tsunami baru setelah BA berjaya memenangi lebih dari separuh kerusi yang dipertandingkan diperingkat DUN atau Parlimen. So, aku malas nak ulas panjang-panjang. Debaran itu akan terjawab di semua dada-dada surat khabar nasional dan swasta. Pastinya Metro akan lebih sensasi dan sold out besok dengan berita-berita yang penuh mnedebarkan dan menyakitkan hati. Aku pasti, lebih dari satu surat khabar aku akan beli pagi ini selepas mencari nasi lemak sambal sotong di kawasan rumah aku..Adakah masih sedap lagi sambal sotong di Banting setelah BA mengambil alih tempok pemerintahan Selangor? Aku tidak pasti. Harap-harap Kedai Nasi lemak itu tidak ada masalah. Hehe..
Pak Lah terkedu seketika ketika wartawan bertanya pada beliau dan akur dengan kekalahan ini. Sammy Vellu pula terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Datin Seri Sharizat pula tewas kepada Nurul Izzah dan pastinya sudah tiada seri lagi biarpun khairi masih gah menang dengan undi post ketika bertanding dengan Badrul Hisham Shahrin di kawasan Rembau. Di batu kawan menunjukkan kekalahan Dr Koh Tsu Koon kepada Dr P. Ramasamy (PKR) dengan kelebihan 3000 undi. Walaupun Pak Lah, Najib dan Khir Toyo berjaya memenangi di kawasan masing-masing namun masih gagal untuk menyelamatkan Kedah, Selangor dan Penang. Ternyata setelah beberapa minggu tahun Pak Lah menerajui negara, beliau gagal untuk memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Yang Ke 12. Tidak dinafikan pengarah kuat barisan Alternatif telah menyebabkan fenomena ini berlaku biarpun BA tidak menggunakan Television untuk mempromosikan pilihan raya kali ini.
Zainuddin Maidin tewas? Ini antara yang di tunggu-tunggu oleh penyokong BA. AKu pun memang tak gemar sikit mamat nih. Tak pandai betul berkata-kata dan emosional. Dah kalah, senyaplah lepas nih..Karpal Singh dan Azalina. Macam biasa. Menang dengan selesa. Dan macam-macam berita dari pukul 9 malam semalam hingga ke subuh ini. Berita di Malaysiakini, harakahdaily.net dan forum-forum tertentu termasuklah wangcyber membincangkan isu terkini pilihan raya ke 12 ini.
Tuk Guru Nik Aziz gembira pastinya antara yang paling gembira dengan berita ini. So, lepas nih makin sibuklah nampak gayanya. Dan kesemua negeri yang berjaya dikuasai pastinya akan menjadi aset berharga bagi Barisan Alternatif. Nah, sudah berjaya dan mari tunjukkan bahawa BA juga mampu berbuat lebih dari dari BN. Meh kita dengar apa Anwar kata..
Terima kasih Malaysia, BA menang lima negeri!
“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malysia.Saya begitu terharu dan tersentuh dengan pilihan yang dibuat mereka dan penghargaan wajar diberikan kepada rakyat Malaysia dan rakan-rakan yang mahukan perubahan dan era baru dalam negara.”
Demikianlah kata mukadimah penuh semangat Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan sidang media khas keputusan kejayaan Barisan Alternatif (BA) jam 1.10 pagi tadi di kediamannya tadi.
“BA telah berjaya menubuhkan kerajaan di lima buah negeri iaitu Kelantan,Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Selangor,” kata Anwar di hadapan lebih 50 wartawan dan jurugambar luar dan dalam negeri.
“Kita telah berjaya menafikan dua pertiga majoriti di Parlimen,” katanya.
Ini kata Pak Lah pula,
Sementara bercakap mengenai isu beberapa pemimpin parti komponen BN yang tewas di Parlimen masing-masing, Abdullah hanya berkata “dah kalah, kalah lah”.
huhu. Aku dah tak tahu apa nak cerita. Korang boleh baca surat khabar hari ini atau capai mana2 blog2 yang menceritakan kisah pilihan raya ke 12 atau ke malaysiakini, harakahdaily dan macam-macam lagi. Penat dah badan dan mata aku berjaga untuk melihatkan keputusan rasmi.
So, apa yang kita harapkan kepada pucuk baru kali ini? Aku harap diorang dapat membantu dan menyelesaikan masalah yang sebelum ini menjadi beban kepada rakyat Malaysia. Aku tak mintak banyak, cukuplah jika mereka semua mampu membuatkan kami semua senyum puas hati selalu. Aku selaku anak jati Selangor berharap perubahan yang ketara dari BA dan kepada bakal menteri besar Selangor yang baru. Pastinya bukan Khir Toyo. Bukan aku tak suka dia. Tapi nak wat macam mana kan? Selangor ini penuh dengan isu dan aku harap pelbagai isu dapat diketengahkan dan diambil tindakan sewajarnya.
Ahh. Aku sudah penat bersuara dan aku mahu dengar pendapat korang semua. Apa kata korang dengan kemenangan BA ke atas 5 negeri ini? Aku nantikan komentar dan idea baru dari korang semua. Hari ini hari last Top Komentator bulan Februari 2008. So, aku harapkan ini jumlah komen yang terbesar. Itupun kalau bolehla..
Ps: Lepas nih boleh kot agaknya aku mintak sponsor dari BA untuk hadiah-hadiah top komentator bulan-bulan seterusnya? Air tebu sorang satu pun jadila. Hehe..
Pss: Leh lihat keputusan tak bape rasmi kat sini : Malaysiakini
Update : Dapatkan berita menarik di sini. Korang leh baca apa Utusan cakap : 1 | 2 | 3 | 4
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Why Women are Difficult? | Saya nak order Streamyx Combo Satu! »














http://www.bharian.com.my/klikkhas/pilihanraya/
Hoho..aku rasa tak lama lagi BA boleh rampas satu malaysia. Selangor yg penting pun kene rampas..
merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
akazuma’s last blog post..System Mechanic 7 Professional
Qaiyum’s last blog post..Pemilu Malaysia - Barisan Nasional Gagal Menang Mutlak
Luahan hati aku ada di tulis kat blog aku : http://www.blog.dinberamboi.com
Syukur sgt2…
Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
Dan aku rasa selepas ini, Penang adalah kubu kuat DAP. Susah woo BN nak dapat balik penang once dah jadi macam nih..
silentleo’s last blog post..Who know about Cinderella?
beduzbiz’s last blog post..Celcom Broadband, Saya dan Anda
Yap. Dengan ini kita nampak bahawa rakyat mahukan perubahan dan inilah kesan yg ketara kita nampak.
Siapa kata sejarah tidak boleh dicipta? Disini BA mencipta sejarah unik dalam sejarah pilhan raya malaysia..:D
Dan ini juga membuktikan bahawa, blog mempunyai kuasa besar bagi kemenangan ba kali ini..
Yang ke-2nya, ahli politik BN suma tido. Boleh aku katakan lembab dan bod**, hehe maaf Titan mencarut ckit. Maksud aku bod**, pasal dorang ni mengharapkan media arus perdana sahaja. Media arus perdana kat lembab…
Kenapa aku cakap bod**? Pasal ada orang BN ni cakap kita ni sebagai blogger, as “Goblog” la, monyet la.
Sekarang sape yang “Goblog”? hehe…
Cuma aku harap BA dapat tunaikan janji2 manifesto tu… Kalau tak lagi 5 taun dorang pon melingkup gak
Mesti korang ingat kekalahan BN ni yang paling terukkan? Sebenarnya ada yang lebih teruk lagi…
Ni aku kongsi dengan korang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_Raya_Umum_Malaysia_1969
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_Raya_Umum_Malaysia_1990
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_Raya_Umum_Malaysia_1999
Biasalah hidup ni mcm roda…
emet’s last blog post..Wajib Baca - Rahsia Mengetahui Diri Sendiri
zaki’s last blog post..Make Sure You Renew Your Domain On Time!!!
Yang menang kena muhasabah supaya next election tak rebah dan yg kalah pun lagilah kena muhasabah
Afzai Afandi’s last blog post..Keputusan PRU12 Tanda Kematangan Pengundi
Abooain’s last blog post..FUNGSI BLOG JANGAN DIREMEHKAN!
Tun Mahadir pun kata sukar nk dilaksanakan masa tengok berita tadi..
Apapun, kita tengok apa akan jadi pada masa akan datang.
fino’s last blog post..Why its happen to us?
Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
beduzbiz’s last blog post..Terkaya Dunia dan Terkaya Malaysia
Aku tak kesah sape-sapa yg memerintah. Janji rakyat hidup aman dan tak sengsara.
Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
camtu jugak paper yg lain…
kalau nak lebih menarik, beli paper hari Isnin, Selasa dan Rabu…
sebab BN nak dapat mandat pun kena tunggu jam 2 pagi, pihak surat khabar kena print paper awal lagi…
Wizurai’s last blog post..Duyung, si Jelita Maya Karin
Paper hari ni sama je macam kat internet aku usha..
silentleo’s last blog post..Who know about Cinderella?
nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
Safuan A.k.a Sipenglipurlara’s last blog post..Friendster membuang masa anda!!!
Dah jadi macam nih. Susahla nak cakap. Aku harap penggal kali ni ada perubahan dari Pak Lah dan BN.
Dan pada BA, handle la negeri2 yg baru itu dengan baik.
nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
Apepun, Kelantan hanya mau PAS !
Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
So far, yang rakyat nak, perubahan dan tiada lagi masalah rasuah yg berleluasa.
nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
Kalau Tok Guru dah xde nanti, aku taktau la camne…huhu. Sayang Tok Guru sgt2..
Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
Tp anak2 dia dah besau semua dah..xde kesempatan la den. Huu
Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
Apapun. Tentang 4 negeri baru ini. Semoga pentadbiran baru akan datang akan lebih memuaskan hati semua pihak.
Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
emet’s last blog post..Keputusan Pilihanraya Umum (PRU) KE - 12 2008
topo’s last blog post..tick,TAG,toe…
Shafril’s last blog post..Tahniah Barisan Rakyat…
Akhirnya masuk jugak 1 topik politik dalam blog ni! huhuhuhu…
wanwma’s last blog post..Rakyat KINI Lebih BERMOTIVASI
starwalker’s last blog post..people became cow when eat macdonalds
“JANGAN CABAR SAYA! SAYA PANTANG DICABAR!”
Akhirnya masuk jugak 1 topik politik dalam blog ni! huhuhuhu…”
Ahaa..ini first time post politik. Titan memang tak kaki politik nih. Hoho..
Titan, selangor tempat ko sape menang? BN ke DAP? Ke PKR? atau PAS?
ada kemajuan tak tempat ko?
merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
Parlimen kitorang Kuala Langat, PKR yang menang, dalam Parlimen kitorang ada 3 DUN. Setiap DUN dimenangi oleh BN 1, PAS 1, dan DAP 1.
DUN tempat aku dengan Titan, MORIB masih jadi kubu BN
DUN Sijangkang, dan Telok Datok dirampas oleh PAS, dan DAP…
emet’s last blog post..Keputusan Peperiksaan SPM dan STAM 2007 Akan Diumumkan Esok 12 March 2008
emet’s last blog post..Keputusan Peperiksaan SPM dan STAM 2007 Akan Diumumkan Esok 12 March 2008
Perubahan besar berlaku ke atas media utama kerajaan BN (UTUSANonline).
Korang tengok sendiri apa perbezaannya…
http://www.utusan.com.my
Bakal menyaingi kehebatan media BA.
emet’s last blog post..Keputusan Peperiksaan SPM dan STAM 2007 Akan Diumumkan Esok 12 March 2008
rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
ada beza la, diorang dah mula masukkan “berita terkini”. korang perasan tak? aku tak pastilah bila dorang mula, sebelum ni aku tengok Utusanonline takde pula bahagian “terkini” tu…
to rina
kat Banting pon ada kes budak hilang, baru2 ni seorang kanak2 hilang ketika parents dia tengah sibuk shopping kat Econ****.
cari punya cari, sorang staf Econ**** jumpa kat dalam toilet. tapi kesian budak tu, masa dorang jumpa budak tu kepala dah BOTAK.
aku tak paham, nape kepala budak tu di Botakkan…
emet’s last blog post..Keputusan Peperiksaan SPM dan STAM 2007 Akan Diumumkan Esok 12 March 2008
Betul tu, insayaAllah akan jadi lembah klang kedua lepas ni
Kalau korang byk duit boleh la beli rumah kat area Banting ni, sekarang murah2. Maybe lagi 2-5 naik harga…
emet’s last blog post..Keputusan Peperiksaan SPM dan STAM 2007 Akan Diumumkan Esok 12 March 2008
rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
Itu yang tak paham tu, maybe dia botakkan kepala budak tu supaya orang ramai tak mengesyaki apa2.
Bila kepala dah botak, parents dia sendiri pon tak dapat camkan? Mungkin itu modus operandi penculik, botakkan kepala, dan bawa lari!
Mungkin penculik tinggalkan budak tu pasal budak tu kuat nangis kot? entahlah…
emet’s last blog post..Keputusan Peperiksaan SPM dan STAM 2007 Akan Diumumkan Esok 12 March 2008
nampak gayanya lepas nih kena hambik gambar anak2 yang dibotakkan supaya mudah nak cam…
satu gambar yang biasa di hambik satu lagi gambar yang dibotakkan…
bermakna strategi diorang kena ikut jugak laa…
makanya ada jugak laa simpanan gambar botak kanak2 kita tu untuk sementara waktu sebelum jadi apa-apa.
sekadar pandangan aje laa…
abdfatah’s last blog post..mahu sign up?
kita tunggu dan lihat angin perubahan itu ke arah mana yang berpatutan…..
abdfatah’s last blog post..mahu sign up?
Apapun. Kisah terbaru, pasal Perak. Korang rasa MB Perak dari PAS ke DAP? Haha, perang antara pembangkang plak. Bila dah jadi macam ni, biasalah tu..
apohal pun MB perak tetap malay punya… dengan kerjasama BA yang sepakat kata…
kalo perdana menteri mcam mana pulak ek?
persoalannya yang menarik…
kenapa DAP?
taknak tanya ke kenapa Gerakan?
Apa beza DAP ngan GERAKAN?
abdfatah’s last blog post..pelaburan dalam perniagaan penternakan lembu
Berani dia memperlekehkan Sultan Perak. Pastu mtk maaf melalui media. nampak sgt x ikhlas. Aku benci…Ni buat aku nak merusuh ni. hee.
Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
abdfatah’s last blog post..pelaburan dalam perniagaan penternakan lembu
nampak lebih menarik perhatian dari seblumnya… pelbagai cerita yang akan kita dengar dan dapat perolehi… memang meriah laa… hohohoo
abdfatah’s last blog post..pelaburan dalam perniagaan penternakan lembu
Baik aku fikir camana nak kurangkan sakit perut aku nih..
abdfatah’s last blog post..dah kalah letak jawatan lah
Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves