Open Case : Advertlets Titan Tak Best! | EarnCent.com

Apakah kaitan antara titan Earncet.com dan program terbaru advertlets iaitu TITAN program? Macam-macam yang bermain di mata dan perasaan aku bila perasan bab ni. First sekali bila aku tengok iklan ni, rasa marah pun ada. Geram pun ada, lawak pun ada. Dah takde nama lain ke nak pakai aa?? Tapi nak buat macam mana kan? Benda nih normal dan dah jadi biasa. Aku cuma menggunakan nama titan dan titaniumhijau sejak beberapa tahun lepas manakal advertlets baru sahaja melancarkan program ini 14 Februari 2008 kalau tak silap aku. So, apa pendapat korang tentang Advertlets titan ni? Rasa best ke menyampah ke apa? So, untuk tidak membuang masa, korang leh tengok kat SIni dan baca apa-apa yang patut. Itu post tentang titan program oleh pihak advertlets sendiri.


Sumber Gambar : Advertlets.com


Program ini akan berjalan pada bulan ini. Iaitu pada bulan Mac. So, marilah kita tengok apa kehebatan advertlets titan ni. Aku tahu ramai yang bengang dan ada yang tak puas hati dengan advertlets dan beberapa blogger juga ada yg pending bayaran diorang beratus-ratus. Dan ada yang dengarnya advertlets berhutang tak bayar2 dekat beberapa bulan. So, aku harap advertlets dapat menjawab persoalan itu kepada pihak yang terbabit. Tak baik woo bayar lambat. Jika diorang ada fraud click. Bagi amaran awal-awal. Ini tidak, dah sampai cecah minimum payout, dah request payout beberapa kali, pastu tanak bayar. Memanglah ramai bloggers yang marah dan berasa Advertlets nih hampeh.

So, Advertlets kene ingat, Golongan Bloggers dan Webmaster di Malaysia ini yang tolong popularkan korang, kalau takde diorang. Memang tak jalan Advertlets ni. So, hope masalah ini setel di kedua-dua pihak yang masih tak dapat payment. Mungkin Advertlets bayar. Tapi kita tak tahu bila..aku tengok, happy aje diorang. Siap tambah Daniel Tan dan Simon Tan lagi tu dalam keluarga Advertlets. Macam tak ada apa-apa masalah pun. Itu yang aku bengang. Apapun, aku masih tak bape faham sangat masalah dan modus operandi Advertlets dan sistem pembayaran diorang. Lantak koranglah Advertlets..

Senang cite, ramailah yg tak puas hati pasal Advertlets nih. Tak caya lagi? Meh korang selongkar kat forum wangcyber. Berapa ramai yang tak dapat bayaran dan berapa ramai yg tak puas hati berbanding yg puas hati dengan advertlets? So, apa dah jadi sekarang? Adakah anda masih mahu bersama advertlets? Ini semua terpulang pada korang.

Ps: Aku buat entri ni sebab nak tengok berapa ramai yang suka dan tak suka advertlets. LAgi satu, sape dah dapat duit dari advertlets? Sila buat pengakuan di sini dan sambil tu, mari dengar bende nih. Korang teka lagu soundtrack apa..



Pss
: Lagu ni mengisahkan Bagaimana Hazwan menyanyikan lagu terakhirnya dipenjara. Siapa Hazwan? Pegi baca kat blog Khai..









Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 68 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 05 Mar 08 at 02:14:42
hehe. no komen. Bab nih aku tak masuk campur. Sape2 yg tak dapat payment lagi. Bolehla melaporkan diri ke advertlets dan tuntut apa2 yg patut aa..

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
topo - 05 Mar 08 at 02:45:43
advertlets oh advertlets…hohooh xtau r nk ckap pe…
p/s:mentang2 la baru berjaya install plugin yg degil tu..bnyak la plak lagu…lagu hazwan ko tu error la…

topo’s last blog post..iron man the movie
titan - 05 Mar 08 at 03:21:57
hehe..aku pun malas nk komen banyak-banyak. Cuma aku tak bape sedap hati bila baca macam2 komen tentang program buatan local nih kene macam nih.

Mungkin diorang masih baru lagi dan ada macam2 masalah. Tapi at least, masalah bayaran boleh dibuat secepat mungkin. So, dengan penambahan 2 orang mamat tu, bolehla urusan pembayaran dibuat dengan cepat ek..Kesian budak2 lain tu..

topo. aku dah betulkan lagu hazwan. mp3 jadi m3p pulak masa aku eja kat post tuh..huu. Thanks sebab bagitau..
abdfatah - 05 Mar 08 at 03:47:09
advertlets? say good bye aje laa… sayonara daaaa….. buang karan aje dengan apa yang hendak dilancarkan… kesannya bukan berkesan apa pun kalo dah ramai yang membangkangnya… maka dengan pilihan yang ada maka kita berhak untuk memilih sama ada mau undi atau tidak…

anda berhak memilih sama ada nak teruskan dengan advertlets atau tidak…

pilihannya terletak di tangan anda sendiri….

gua dah tak ada letak iklan dia dah… cuma posting berkenaan advertlets aje belum delete…

tamatkan aje… atau bayar dahulu baru boleh letak iklan… kehkehkehkeh..

abdfatah’s last blog post..saya perlukan 10,000… siapa nak bagi?
emet - 05 Mar 08 at 04:52:03
Pasal advertlets ni malas la nak cite lebih2, aku letak kat blog aku pon untuk perhiasan jer… :P

Kalau ada yang klik tu aku bersyukur je…

emet’s last blog post..Makanan Kesihatan Semulajadi : Mentalk l one world l one candy
Din Beramboi - 05 Mar 08 at 05:59:32
Bro, aku nak gi kelas jap…lepas balik kang aku komen pasal advertlet ni.
Din Beramboi - 05 Mar 08 at 07:14:39
Aku dah balik drpd kelas. Huhu…aku mmg x puas hati ngan Advertlet. Pasal ape? haa..ni aku nak citer. Sebelum Nuffang ada masalh down hari tu, aku dah terkumpul dlm RM60 dalam akaun. Bila dah ok balik, aku semak akaun aku jadi RM0.00.. Saper tak panah hati. Geram betul.

Aku dah hantar email pada Josh Lim, tapi xde respon pun. Sampai skang aku dah tak letak kat blog aku. Nyampah siot..Huh.
rina - 05 Mar 08 at 07:42:21
saya rasa, its time to leave them. Unless they tell us a good reason and pay most member who valid to get paid..

betul tak? diorang laucnh advertlets titan pun sebab nak tarik perhatian blogger.

dah lama amik nama titan..takde nama lain ke nk wat program?

rina’s last blog post..Mesothelioma? I hate it!
titan - 05 Mar 08 at 08:41:48
weh..pasal apa leh hilang rm60 tu din? Banyak tu ilang. Leh wat beli hosting baru kat netkl tuh untuk setahun. dapat 1 domain free pulak tuh..

diorang kalau email. ntahlah. macam tak sampai je. aku tak tahu josh lim tu watpe dengan email2 korang tuh..

yap rina. geram gak depa pakai nama titan tuh..
Azhar Ahmad - 05 Mar 08 at 09:56:24
Saya no komen, saya dah glitterati… Eheheheh… puas hati sungguh dengan pencabar terdejat Advertlets….

Azhar Ahmad’s last blog post..Ketot Seketot Ketotnya
Fahmishah - 05 Mar 08 at 10:48:58
advertlets? aku dah masak..buat bodo saja
Josh Lim - 05 Mar 08 at 11:09:45
Din: Boleh beritahu apakah alamat e-mail saudara?

Yang saya boleh kata, sudah ramai yang sudah menerima wang dari Advertlets.
Namun, mereka yang ada isu-isu yang dipertikaikan - termasuk click fraud, akan menyebabkan bayaran tertanggung, kerana kita terpaksa menyesahkan yang mana ialah benar.

Ada dua cara ini boleh dibuat. Yang lebih susah, dan mengambil lebih masa, ialah (2).

(1) Kalau ada “click fraud”, terus menutup akaun.
(2) Kalau ada “click fraud” tetapi tidak terlampau, kita boleh buat “audit” untuk membayar payment yang benar sahaja. Namun, ini mengambil lebih masa, kerana kita perlu melihat baris-baris rekod dari beberapa bulan.

Melihat komen di sini, dan kerja yang perlu dibuat dari sisi Advertlets, paling mungkin di masa depan kita akan terus menutup akaun.

Kepada mereka yang masih ada cashout request, sila beri 3-4 bulan untuk proses. Sila faham bahawa ini sememangnya lebih balik daripada akaun terus ditutup.

Sila juga memberi bantuan - ada yang ada bayaran tertangguh, tetapi tidak boleh menjawab soalan seperti “Apakah ISP yang digunakan?”. Kita tidak boleh melepaskan bayaran jika bukti tidak diberikan.

Jika anda masih belum menerima bayaran dari 2007, sila beritahu Advertlets Support team di info@advertlets.com dengan tajuk “Pembayaran Tertanggung”.

E-mail saya, jika diperlukan, ialah josh.lim@advertlets.com

Josh Lim’s last blog post..Ah Long Limited: Meet Fann Wong, Mark Lee & Our Very Own Daniel Tan!
starline - 05 Mar 08 at 11:17:08
Dulu kawan saya dah dapat minimum payout dan tunggu cek,samapai sekarang pun tak dapat lagi.Saya dulu pun ada jugak buat Advertlets ni,last2 terkubur sebab macam seleweng jer dr landasan :)

Apa pun Adsense jugak terbaik!

starline’s last blog post..Nak Jimat?Memang Boleh…
titan - 05 Mar 08 at 11:34:48
Josh lim, kadang2 ada blogger tak tahu pun bende ISP tu..itu yang kadang2 diorang tak tahu apa nak reply dan ada yg komen diorang tak dibayar. Mungkin you kene beri penjelasa lebih details kat website advertlets. Buat peraturan ketat sikit.

Kami faham masih baru lagi advertlets dan ramai yg dah dapat bayaran. Tapi yg tak dapat bayaran pun tak kurang ramainya. So, mungkin ini segelintir sahaja yg ada masalah.

Dan yang paling diorang bengang masa advertlets lambat bayar hosting aritu. Most website down..sebab tu ramai mengamuk time tu. Tapi penjelasan dah dibuat. So, sama ada diorang terima atau tak. Its up to all party..

Ok kawan-kawan. Josh lim dah datang dan beri sedikit ulasan. So, kalau nak tanye, baik tanye cepat. Lagi-lagi kalau pasal bayaran. So, hope bende nih dah tak timbul masalah untuk masa akan datang.

Satu lagi, hope advertlets dapat membuat bayaran secepat mungkin. Tempoh 3-4 bulan adalah terlalu lama bagi mereka-mereka ini. SO, hope dapat fikir langkah penyelesaiannya.

Ps: Din, better ko email Josh pasal RM60 ko yg hilang tuh..
sham - 05 Mar 08 at 12:45:17
Oh..dah ada yang dapat payment?Saya takkan letakkan advertlets kat laman web saya..1 kesalahan yang bodoh yang menyebabkan hilang terus kepercayaan..

lagipun ciput je dapat berbanding space iklan yang guna tu untuk letak kod advertlets.

Baik letak iklan lain yang lebih lumayan, affiliate ke.kalo orang klik & beli lag banyak dapat daripada 0.0000001 sen daripada advertlets.

sham’s last blog post..Tutup Perniagaan Yang Kurang Memberi Hasil
aidilmujahid - 05 Mar 08 at 14:01:03
memang x best ponn kui2

aidilmujahid’s last blog post..aureliustjin
Din Beramboi - 05 Mar 08 at 18:23:25
Mtk maaf Josh Lim kalau bahasa saya tu terkasar sket. Cuma nak luahkan perasaan saja. Tapi betul apa yg saya ceritakan tu. Saya mmg tak buat klik fraud. X berkat boleh duit klu buat mcm tu. Saya byk join PPC mcm Adsense, Bidvertiser, Adbrite dan Nuffnang tp mmg xwat fraud klik.

Akaun saya kat Advertlets guna email ni : syeikh.myfren@gmail.com

Saya letak iklan tu kat http://www.dinberamboi.com . Mmg byk klik dpt..setiap hari page load 7000 ++ dan unik visitor 3000 ++ . Tak mustahil saya dpt RM60 tu. Org lain pun byk lg yg dpt..

Cuba semak yea…klu ok, mungkin lepas ni saya akan letak balik code kat blog tu. TQ
Din Beramboi - 05 Mar 08 at 18:25:43
ok Titan, aku dah email…Harap dpt respons. TQ
Din Beramboi - 05 Mar 08 at 18:35:17
Walaupun aku kecewa ngan Advertlets ni, aku tak pernah buat post khas utk mengutuk Advertlets…Anggap jer dia masih baru beroperasi. tapi bila tgk org lain pun kena cam aku..lagi2 kat Wang Cyber pun ada topik ni, geram jugak aku. Huh !
Din Beramboi - 05 Mar 08 at 19:36:59
Aku nak mtk maaf ngan Advertlets..bukan masalah advertlets yg menyebabkan akaun aku jd RM0.00 tapi silap aku kerana tersalah username. Memang aku byk akaun dengan advertlets..so, tersalah login kat akaun aku yg lain.

Umm, aku dah letak balik iklan advertlet kat blog aku. Masalah dah settle. Harapnya masalah2 org lain pasal payment akan dpt diselesaikan jugak.

Sorry Josh Lim. :)
khai - 06 Mar 08 at 01:52:23
especially for josh lim yang dihormati dan disanjungi….

agaknya kenapa susah nak jumpe bloger yang tulis entri dah dapat bayaran dari korang? apesal semua cakap tak dapat je? agaknya, berapa orang je yang dapat bayaran korang tu?

kami as blogger tak kisah menanti bayaran dari kamu, namun, selepas ini, kalau fraud click ke ape, sila email kami terlebih dahulu untuk memberitahu masalah pada iklan kami.. Mana mungkin kami tahu iklan kami terlibat dalam click fraud.. sumpah, saya langsung tak terlintas nak buat begitu. Itu yang menimbulkan ketidakpuasan dari pihak kami..

Bila kami email anda bertanya pasal bayaran, barulah team anda terhegeh2 kasitahu pasal fraud click dan macam2 lagi.. before kami bersuara, team anda buat tak tahu saja.. mesra ke begitu? Dah sampai tahap tulis entri di blog, baru terhegeh2 juga team anda membalas komen itu dan ini.. suruh email sana sini.. bukankah anda yang seharusnya email all blogger terlebih dahulu?

perbuatan anda sedemikian rupa hanya membuatkan orang menyangka pihak anda hanya pandai memberi alasan untuk tidak membayar hak setiap blogger..

saya mempunyai beberapa ratus yang perlu saya terima pada tahun 2007 tetapi masih pending.. email yang anda beri pada email saya sudah saya jawab dengan penuh detail dan mesra, tapi satu reply dari pihak anda pun tidak saya terima..

Hujung bulan March ini genaplah hutang anda kepada saya RM800.. yang perlu anda bayar tidak kiralah apa alasannya, anda perlu bayar..

Jangan hanya fraud click, fraud click dan fraud click tak abis abis, alasan yang bosan tanpa bukti yang sahih..

apapun, kami still memberi peluang kepada advertlets mengenangkan jasa dan keperihatinan Josh Lim dalam isu sebelum ini dan kini.. cepat-cepatlah selesaikan..

Ok Joshlim and team, good luck!!
Din Beramboi - 06 Mar 08 at 05:33:26
Ha’ah..luahan hati yg jujur dan ikhlas drpd Khai..Kes aku dah selesai, kes pembayaran plak harapnya juga akan selesai…

Good Lark !
titan - 06 Mar 08 at 05:55:35
ok. hope masalah khai akan dijawab oleh josh lim. sebab hutang advertlets dengan dia memang banyak gila tuh..

din..ko ada berapa akaun advertlets nih aa? apapun, janji dah setel..
emet - 06 Mar 08 at 07:15:14
Fuh, memang hot!

Nampaknya advertlets kena tambah lebih kakitangan la…

Josh Lim jangan tamak sangat.
Better tambah staff, baru boleh settle masalah ni.. kalau you buat kerja 4,5 orang, memanglah sampai 3,4 bulan baru settle. :D

emet’s last blog post..Makanan Kesihatan Semulajadi : Mentalk l one world l one candy
Din Beramboi - 06 Mar 08 at 07:58:35
Aku ada 3 akaun jer….tapi yg aktif 2 jer. Yg tu jer yg byk sket..yg 1 lagi ciput jer..hehe.
rina - 06 Mar 08 at 10:50:51
boleh ke wat banyak2 akaun ? satu akaun tak cukup ke?

rina’s last blog post..Mesothelioma? I hate it!
merahkatak - 06 Mar 08 at 12:03:35
hoho..nampak gayanya, josh lim pun dah datang. masalah din pun dah selesai. so, hope masalah khai pun dah selesai jugak. apapun, leh email josh lim secepat mungkin..

jap. boleh ker wat akaun banyak2?
Din Beramboi - 06 Mar 08 at 12:06:32
Boleh ajer nak wat akaun byk mana pun…tapi kena guna email yg berlainan la. Mcm adsense, kebanyakkan otai2 adsense pun ada byk akaun. Klu 1 akaun dah kena ban atau ada fraud klik, masih ada yg lain. So, bulan tu xde la mengikat perut jer..Hehe.

Din Beramboi’s last blog post..Far East - Cinta Pertama
abdfatah - 06 Mar 08 at 13:29:14
tiada apa yang best dengan advertlets… kalo asyik kena klik fraud… kalo ada klik fraud memang patut kena maklumkan awal2… lepas tu boleh laa kesampingkan klik fraud tersebut… takkan takleh nak abaikan klik fraud kalo dah memang ada detector klik fraud… tak gitu…?

abdfatah’s last blog post..saya perlukan 10,000… siapa nak bagi?
titan - 06 Mar 08 at 16:50:17
hoho..aku tak tahu plak dibenarkan wat banyak akaun. adsense? Haha, otai? siapakah yang ko maksudkan itu din? aku kenal tak otai yg wat banyak akaun adsense tuh?

fatah. ntahlah. itu josh lim kene jawab sendiri. dia takk reply balik plak. aku harap yg tak puas hati. leh la email dia. Tengok dia jawab ke tak..
Khai - 06 Mar 08 at 21:46:40
setuju sangat dengan abd fatah.. kalau dia tahu iklan tu ade fraud click, apesal dia x “singkir”kan fraud click tu dan bayar apa yang patut dia bayar (bukan fraud click)…

haiyaa.. dah la raya cina tak dapat angpow, ni duit yg sepatut dia kasi pon taknak kasi…

Khai’s last blog post..Cinta Tiga Segi a.k.a Perangkap Cinta
nadzal - 06 Mar 08 at 22:22:26
patut. kalau ada fraud click. bagitau awal2. takkan tunggu diorang wat request withdraw baru nk check ada click fraud atau tak..

yap. hired more people. That will help i think.

nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
abdfatah - 07 Mar 08 at 00:42:46
nampaknya memang advertlets terkena banyak hentaman berbisa dan dah tentunya ramai yang mahukan perkhidmatan pengiklanan yang lebih berbaloi dari menjadi mangsa keuntungan pihak pengiklan semata-mata…

hang ingat buat blog dan hapdate blog yang ada nih untuk suka2 hati aje ke wahai encik josh biarpun blog yang entah apa-apa macam blog saya… takkan laa skadar nak menumpang buat iklan aje kat blog masa kini yang semakin femes untuk buat duit macam blog titan nih…. ohohohohoooooooooo…

blog titan okeh je …. datang duyun2 dollarnya…

itulah pasalnya kalo dah detect click fraud …yang anehnya apa yang dapat?

dapatnya kick fraud the money cashout…

haaaaaaaaa? apa itu maksudnya?

abdfatah’s last blog post..cara mudah dapatkan mercedes benz!
abdfatah - 07 Mar 08 at 00:50:16
takper laa berikan mereka peluang untuk terus bertapak. kalo dah benar2 kukuh maka akan ada ruang untuk mereka bertapak dalam mana2 blog yang berkenaan…

nak kena mogok dulu ke…?

kalo dah ada laporan kemajuan mungkin boleh dipertimbangkan semula… kalo masih pada tahap biasa aje… let’s say good bye aje laaa…

memang bukan mudah nak dapatkan duit cara menumpangkan iklan cara sedemikian rupa… letak iklan dan mereka membayar untuk kita… dengan mudah dapat menjana duit sampingan…

kalo begini keadaannya yang berterusan dan mendapat komplen yang tidak berkesudahan… mana kesudahannnya…?

atau sekadar mahu mendapatkan hits dan feedback kenapa dan mengapa dan dari situ mereka terus mendapat promosi secara tak langsung…?

ada ke begitu caranya? apakah akan menimbulkan persoalan yang baru berkenaan kelembapan bayaran tersebut…?

cashout or not cashout?

kenapa lambat bayar dan dapat promosi secara percuma dan kita berterusan membuat promosi percuma untuk advertlets…?

abdfatah’s last blog post..cara mudah dapatkan mercedes benz!
nadzal - 07 Mar 08 at 05:20:34
hehe. tak tahu aku nak menjawab macam mana. apapun. kita tunggu ajelah apa josh lim akan cakap. takkan tanak datang sini lagi dah kot..

nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
abdfatah - 07 Mar 08 at 07:03:41
datang laaa… oh datang laaaa … memang beliau tetap akan datang menjenguk dan kemudian hilang dan tenggelam timbul dengan selambanya…

menjawab dan berlalu pergi begitu sahaja tanpa sebarang tambahan kesimpulan yang konkrit… apo hal pun harap2nya dia tahu apa yang dia perlu lakukan untuk memantapkan advertletsnya itu untuk peminat advertlets tersebut… kalo ramai yang bangkang memang lagi hot cerita berkenaan advertlets ini…

hohoohooooooooo…..

anda berhak memilih advertising yang sesuai untuk blog anda…

abdfatah’s last blog post..cara mudah dapatkan mercedes benz!
rina - 07 Mar 08 at 07:09:38
dah ilang dah orang tuh. mana dia pegi. Mesti dia suruh kita email dia kan? Jengoklah sini dan bagitau apa yg diorang patut wat. Sebab ada yg cakap, diorang email tapi langsung tak dpat apa2 maklum balas..

rina’s last blog post..Mesothelioma? I hate it!
titan - 07 Mar 08 at 07:50:45
kepada sedara josh lim. Jika anda datang dan membaca, sila ulas kembali komen2 yg anda rasa perlu dijawab. Ataupun, you email diorang. Rasanya masalah takkan timbul jika you response kepada diorang dengan lebih pantas.
Din Beramboi - 07 Mar 08 at 08:58:14
Aku tau saper yg buat 2 akaun adsense . Syed Ikhwan korang kenal kan. Dia ada citer ngan aku masa chatting aritu. :) Jgn bagitau google tau !
abdfatah - 07 Mar 08 at 10:19:34
kalo dah begini caranya nampaknya akan jadi komplenan sebagaimana yang telah diterima oleh snailmaix… asyik kena komplen aje… namun still ada yang menggunakan platform streamyx tersebut… depa buat donooo aje kalo ada yang komplen…

mau jadi itu macam snailmix ke…?

abdfatah’s last blog post..cara mudah dapatkan mercedes benz!
rina - 07 Mar 08 at 13:29:38
snailmix tu apa fatah?

rina’s last blog post..Mesothelioma? I hate it!
abdfatah - 07 Mar 08 at 15:16:26
apo lagi kalo bukan namanya timangan untuk stremyx broadband…yang lembab tahap maksima… dah tentu ramai yang tahu tahap kelembapan dan respond yang dibuat dono seiring dengan snailmyxnya itu… time laju memang lajuuuuuuuuuuuuuuuu…

time lembab je derang buat dono… hehehe…

abdfatah’s last blog post..cara mudah dapatkan mercedes benz!
Din Beramboi - 07 Mar 08 at 23:19:19
Blog ko ni dah jd macam forum la plak titan…hehe. Giler byk org komen..
rina - 08 Mar 08 at 00:13:36
oh..itu macam ka? setakat nih, ok je line streamyx kat rumah. jarang lembab. Mungkin memang ok kot..

rina’s last blog post..Mesothelioma? I hate it!
fino - 08 Mar 08 at 00:39:42
hehe. dlu bila pakai dialup. Semua orang merungut lembab. Sekarang, bila ada streamyx. Semua bebel cakap ada problem dan macam2 lagi..

orang zaman dlu. Bila takde internet, tak bising pun..

Skrg.sikit2 tak puas hati. Advertlets wat hal, ramai tak puas hati. NI memang patut..minyak naik, tak puas hati, tepung naik, kedai mamak tak puas hati, tol naik, rakyat tak puas hati..

pendek cerita. Kalau tak puas hati. 1001 macam perkara kan?

fino’s last blog post..Why its happen to us?
titan - 08 Mar 08 at 01:01:59
Din. Hehe. Forum? takdela. Lebih kepada perbincangan walaupun kekadang lari dari tajuk. Apapun, hope josh lim dapat reply. JIka tak, masalah akan terus berterusan dan aku harap lepas nih diorang akan terus buat keje dengan baik. Kalau tak, memang takde pape yg kita boleh dapat dari advertlets..

Hehe..nih cite pasal line internet plak. Dial up ok. Streamyx pun ok. Cuma apa yg kita rasa berbeza2.
emet - 08 Mar 08 at 01:47:18
Pasal line internet aku tak tau nak cite pe la titan, kat umah aku takde internet…

Ko tolong la wat post mengenai benda ni kat blog ko,nanti ble kita bincangkan.

Aku memang nak pasang line internet kat umah, tapi byk pilihan. Aku pon taktau nak yang mane, dengan streamyx la, maxis broadband la, dial up la, celcom broadband la.

Apa bezanya? Dari segi harga, kualiti dan sebagainya?

emet’s last blog post..SEO : Cara Ping Express - Wordpress
merahkatak - 08 Mar 08 at 02:07:25
hehe. betul gak. wat satu post pasal internet. Hehe..aku dengar ramai yg suka pakai celcom broadband sekarang..:D
nadzal - 08 Mar 08 at 03:45:02
hehe. lepas nih bolehla dapatkan line internet. murah je sekarang kalau pakai streamyx. Line pun ok. Kalau tak ok, memang biasalah tu.

Ehm, advertlets apa cite?? bila titan program tu nak setat?

nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
titan - 08 Mar 08 at 08:49:16
Insya-Allah. kalau kene masanya, aku akan buatlah. So far, hope line internet aku takde maslaah. Hehe..
silentleo - 08 Mar 08 at 13:10:21
advertlets? Ehm..tak tahu camana nak cakap. just biar ajela. Depa nak bayar, biar la depa bayar. Tanak. Takkan kita nak pakse plak. Itu tanggungjawab diorangla. Tambahla lebih banyak ahli keluarga lagi..

silentleo’s last blog post..The Difference of IM Magazine March Edition
Din Beramboi - 08 Mar 08 at 18:57:36
Aku pakai maxis broadband…best gak la. Sebulan rm68 jer..share ngan rumet kwn 2 org lagi, so sebulan RM22.++ jer… :)

Lagipun senang pakai broadband ni utk internet marketer. Senang nak bwk gi mana2. Bwk blk kg, dalam bas, naik basikal pun boleh…cuma dlm gua jer xleh. Hee.

Din Beramboi’s last blog post..Lagu Best : Cinta Tiga Segi @ Perangkap Cinta
titan - 08 Mar 08 at 21:47:19
Kalau bab2 sharing nih. teringat masa aku kat sabah dulu. PAkai streamyx RM66. Tapi share dekat 5-6 orang. Memang tak terasa sangat la..

Lagi2 dok rumah sewa. DAlam RM300 je sebulan. Termasuk bil api dan macam2. Bil air kat sabah, 3 bulan sekali baru bayar. Sebab diorang air murah gila..Yap. Kalau ada broadband tu, memang memudahkan. Nak email advertlets hari-hari pun takpe..
nadzal - 09 Mar 08 at 15:45:15
tu masa bro kat UMS kan? Hehe. biasalah tu dok rumah sewa. Semua kene sharingla. Sakit la sorang-sorang..

nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
starwalker - 10 Mar 08 at 17:30:31
huhu.. i da byk dgr problem advertlets, tapi tatau betul ke tak. tapi drpd apa i tgk, advetlets duit dia jalan lagi laju dr nuffnang. nuffnang slow sgt.. tatau la i nye requirement tak betul.. penah try gokita? atau grabmyads, pay for review

starwalker’s last blog post..people became cow when eat macdonalds
abdfatah - 12 Mar 08 at 11:52:21
problemo dengan klik fraud ada laa. itu pasal kalo request dia punya payment still slow jugak… lain citer laa kalo blog popular sakan dengan traffik yang lebih tinggi… popular dan traffik tinggi lain citer laa kalo nak dapat cepat payment. berkualiti dan berinformasi…

nampaknya depa tengok dari segi kualiti agaknya satu2 blog tersebut baru bleh bagi payment tu lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu… sepantas cepatnya…

abdfatah’s last blog post..mahu sign up?
Your Blogs Belong To Advertlets? XX - 28 Mar 08 at 16:23:30
[…] March 2008 : Advertlets Is A Scam, Big Cheater Open Case : Advertlets Titan Not Best! 1st March 2008 : To cash out or not? 25th November 2007 : Advertlets.com : No Payment & No […]
rina - 28 Mar 08 at 18:29:37
hoho..josh lim tak update apa-apa pun. ada orang dah dapat duit advertlets tak bulan lepas?

rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
Rafhz - 07 Apr 08 at 11:50:07
:?: hm… x de kot.. xde org update pom kat sini… huhu…

Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves
titan - 07 Apr 08 at 11:56:44
manala dia nak update kat sini. Ramai orang tak dapat duit dari advertlets lagi. Tu yang ramai tinggalkan advertlets sekarang.

Haha :)

Aku pun main letak je iklan dia. Aku nak tengok sejauh mana diorang akan bertahan.

titan’s last blog post..5 Usahawan Internet Malaysia Membongkar Rahsia Mereka di JomSeminar.com
dekan - 08 Apr 08 at 12:27:11
Patutla rakan sekelasku ni pun bising. Skang ni sapa yang dah dapat duit adverlets? Berapa orang aja agaknya. Cit.

dekan’s last blog post..Pembulian siber dan tip-tip mengatasinya
akazuma - 08 Apr 08 at 12:37:36
ohj..sampai kelas ko pun bising ek dekan? Dasat. advertlets dah sampai sekolah ye sekarang :)

akazuma’s last blog post..System Mechanic 7 Professional
dekan - 08 Apr 08 at 13:38:59
Hehe.. dah sampai Universiti dah. Si Fauzi cypherhackz tu pun ckp lum dpt payment. Tapi die xnak ckp ape2la..

dekan’s last blog post..Pembulian siber dan tip-tip mengatasinya
abdfatah - 08 Apr 08 at 14:45:55
geng kolej pun dah bising kaa… maklum laa dah ada blog kesayangan antaramula 500,000 dalam negara. blogger negara laa tu… hahha…

siapa lagi yang nak masuk interview blogger kat rtm haaa…? mungkin lebih laju lagi dapat dengan advertlets…

malas laa nak letak iklan advertless tu lagi… very less advertless laa..

and lets lets go away from bloggers side bar or side mirror about the advertlets that very less from income for your blog…

advertlets or advertlots or advertless??????????.

abdfatah’s last blog post..kes Lina Joy semakin gempak! sufiah bagaikan puteri…
abdfatah - 08 Apr 08 at 14:47:13
eh saya silap tulis ke… namun hakikatnya sejak mula-mula zaman pengenalannya itu memng tak dapat2 pun… dan memang tak banyak mana pun dapat sebab belum dapat bayarn lagi daaa….

abdfatah’s last blog post..kes Lina Joy semakin gempak! sufiah bagaikan puteri…
pligg.com - 30 Apr 08 at 23:07:01
Open Case : Advertlets Titan Tak Best! — EarnCent.com…

jika korang pernah dengar apa itu Advertlets, pastinya korang belum dengar apa itu Advertlets titan bukan?…
Gay porn. - 29 May 08 at 02:53:29
Gay porn….

Gay porn….
farahaznil - 29 May 08 at 03:34:50
apa yg gay porn…gay porn nih…sesat ke??hahaha…


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------