Hoho. Maafkan aku kerana lambat menulis pada hari ahad ini. Aku sibuk bermain game sejak Malam Jumaat sehinggalah sekarang. Ini kerana aku baru sahaja dapat CD Games Online yang bertajuk Jin Online Tertutup. INi bermaksud game ini hanya boleh dimainkan hanya apabila korang menempah CD games Jin ONline melalui pesanan SMS. Sekali kene tolak maxis aku RM2 sebab nak cuba permainan ini. Niat aku hanyala untuk membuang kebosanan dikala malam hari. Sebab itu aku menempah. Tak sampai 3 hari CD itu telah selamat sampai ke tangan aku. Huhu..
BEst sangat ke main game nih? Aku tak sure, aku baru sahaja sampai level 38. Target aku nak level 100 dalam masa seminggu. Harap2 aku dapat lakukan.
JIN ONLINE, www.jin.com.my merupakan permainan online terbaru sensasi versi Bahasa Melayu. Ia merupakan satu-satunya permainan online versi Bahasa Melayu yang kini wujud di Malaysia. Permainan online atau lebih dikenali “Online Game” ialah permainan video atau permainan komputer yang memerlukan jaringan komputer, umumnya internet.Tak kiralah untuk jika korang ada streamyx atau izzi. Janji boleh masuk internet dan main dengan bestnyer. So, kalau korang nak tempah CD, bolehlah berbuat demikian di sini : Tempah
JIN ONLINE berunsurkan elemen fantasi dan imaginasi. Sejurus memasuki dunia maya dengan watak Pahlawan atau Mage, anda akan memperolehi dua Jin yang berperanan sebagai pejuang dan pengawal peribadi. Selain itu, watak anda berkemampuan untuk bergabung dengan Jin-jin anda. Gabungan magik ini akan meningkatkan tahap pertempuran, pertahanan dan juga kemahiran-kemahiran lain watak anda.
Adakah korang tahu apa itu Pay2play or GoPLayPLay?
PayU2Play (Membayar Anda Untuk Bermain) merupakan konsep permainan online terkini GoPlayPlay.com yang bertujuan memberi pemain-pemain JIN ONLINE penghayatan sepenuh tanpa berbelanja malahan mengganjarkan mereka dengan nilai kredit maya percuma tiap-tiap hari. Anda boleh memperolehi ‘CD Starter Pack’ JIN ONLINE melalui perkhidmatan SMS kami. Setiap SMS akan dicaj RM 2.00. Kandungan ‘CD Starter Pack’ mengrangkumi CD, buku panduan dan akaun permainan berserta item-item maya yang percuma.
Sebelum itu, make sure PC atau Laptop korang ada keperluan ini. Jika tidak, janganlah rasa membazir membeli CD Jin Online jika PC korang selemah dari konfigurasi ini :
Keperluan Minimum Komputer Anda
Operating System: Window 98SE / 2000 / XP
Processor : Pentium III 800 MHz
Display Card : Bersesuaian dengan DirectX 3D
Hard Drive : 2 GB
Memory : 128MB
Sound Card : Bersesuaian dengan Direct X8.1b
So, apa tunggu lagi. Pergi saje ke website rasmi mereka dan tempah CD anda segera. Ini bukan percuma tau. Nak main game pun kene bayar tau. Hehe, at least Game ini masih dalam beta. BAnyak bende yg masih error dan ada bug. So, janganlah kecik ati. Sementara masih free lagi main games nih. Aku main dengan happynya sebab aku tak rasa nak run apa-apa projek buat masa terdekat ni. Nak rilek kejap..
Boleh tempah melalui SMS di website rasmi : http//www.jin.com.my
Ps: Siapa bilang Jin tak boleh membunuh? Jin pun boleh bunuh jin yang lain tau. Manusia pun boleh bunuh jin. Tapi dalam game Jin Online la..
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content
No related Posts
« Review : Laptop Fujitsu ESPRIMO™ MOBILE V5535 | Buat Duit : 10 OutSource Mistakes Free Report | 1 Dollar Per Subsriber »














merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
Aku tempah sekarang…
aku pilih warrior aka pahlawan karekter aku. HEhe..
mana ko tau pasal jin online ni titan? cepatnyer ko naik level..
akazuma’s last blog post..System Mechanic 7 Professional
merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
abdfatah’s last blog post..saya perlukan 10,000… siapa nak bagi?
rina’s last blog post..Mesothelioma? I hate it!
Mungkin kene tunggu beberapa hari dulu untuk bagi stabil kot..
Rafhz’s last blog post..Quit Smoking & feel the diffrence
rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
X pandai la nak main….memeningkan otak gue jek..Huu.
abdfatah’s last blog post..Alasan tak nak kawin… kenapa?
Seperti yang titan duga.
fino’s last blog post..Why its happen to us?
Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves
Level mage aku sekarang 78. Nak tunggu level 100. Baru leh join legion dan gi jajah kawasan. Aku kene dapatkan banyak mage egg lagi..
Waa..aku nak jin-jin yang unik. susah gila nak dapat. Nak beli mahal gila
titan’s last blog post..5 Usahawan Internet Malaysia Membongkar Rahsia Mereka di JomSeminar.com
Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves
Ah. Aku tak kesah. Janji boleh faham. Kepada sesiapa yg main game jin online nih selain aku dan rafhz. Jom main sama. Hoho..
Weh. KO main mage kan? Dah dapatkan buku tornado lum? KO nak aku ajau tak camana nak dapat buku tuh? Jurus maut tuh!
titan’s last blog post..5 Usahawan Internet Malaysia Membongkar Rahsia Mereka di JomSeminar.com
mr.eims’s last blog post..9 Quick Tips To Quit Smoking
Jika kau orang mahu tahu bagaimana untuk membela atau membunuh Jin, aku ada caranya. Ingin belajar?…