Archive for February 2008


Pada 18 Januari 2008 yang lepas, aku telah menganjurkan satu kuiz yang aku sendiri panggil Kuiz RajaPayloadz. Dan aku sendiri telah dapat mengenalpasti, siapakah pemenang kali ini dan aku rasa aku akan memberitahu korang siapakah pemenangnya. Pemenang adalah muktamad dan tak akan ada hal-hal berbangkit atau tidak puas hati kepada sesiapa yang menyertai kuiz RajaPayloadz ini. So far, walaupun tidak sampai 20 orang yang menyertai Kuiz ini, tapi aku tetap memberikan hadiah kepada peneka yang paling dekat dengan jawapan yang sebenarnya.

Apapun, terima kasih kepada kasyah, hitam, rina, ijamidayu, merahkatak dan akazuma. Memang tak ramai yang join kan? Mungkin ramai yang tak amik perhatian atau tak tahu tentang kewujudan kuiz ini. Tak apalah. Nak buat macam mana, 2 pemenang telah dipilih dah 2 hadiah akan dihantar secepat mungkin setelah dapat butir-butir akaun bank diorang.

Sebelum itu, mari kita jawab 2 Soalan untuk kuiz kali ini. Jawab muktamad. Aku memang takkan tunjuk bukti dan cukuplah aku kata diorang menang atau tidak. Lagipun aku bukan kenal sangat korang. So, takde sifat kroni atau bias kat sini aa. Kalau nak buat laporan tak puas hati atau nak keputusan disemak semula. Sila sediakan RM1000 beserta borang atau email korang. Kurang dari harga tu, aku tak layan aa..

Soalan 1: Berapakah Jumlah E-book Panduan Raja Payloadz v0.3 yang telah terjual sejak dilancarkan tempoh hari ?

Jawapan : 148 E-book RajaPayloadz yang berjaya dijual dengan harga RM20 atau RM30.

Soalan 2 : Berapakah Jumlah Download E-book versi Percuma Panduan Cara Pantas Buat Duit dengan Payloadz berjaya di download setakat ini?

Jawapan 2 : 369 e-book percuma Panduan Cara Pantas Buat duit dari Payloadz.

So, mari kita tengok, siapa yang menang!

Pemenang soalan no.1 : saudari rina dengan tekaan 140 e-book berjaya dijual.
Pemenang soalan no.2 : saudara merahkatak dengan tekaan 333 e-book berjaya didownload.

So, Tahniah diucapkan kepada mereka terutamanya pendatang baru blog ini. Saudari rina. Bagi aku, ini merupakan penyertaan dia yang pertama dan jarang sungguh orang pempuan boleh menang contest atau kuiz. So, Tahniah sekali lagi! Tahniah juga kepada merahkatak, anda berjaya lagi kali ini!

So, sila hantarkan tiket pemenang seperti di bawah kepada kami di admin [at] rajapayloadz.com

Tiket Pemenang : Kuiz RajaPayloadz Round 1
Nama Penuh :
No akaun bank / paypal :
No. Telepon :
Email :

Itu sahaja. Kuiz RajaPayloadz Round ke 2 akan dimulakan pada bila-bila masa yang aku nak. Kepada sesiapa yang nak jadi penaja dari bentuk kewangan atau e-book atau diskaun pada produk korang. Bolehlah berbuat demikian dengan email ke admin [at] rajapayloadz.com atau PM aku di Wangcyber atau Italkcash. Juga boleh contact aku di YM : titaniumhijau

Apapun. Ini sahaja untuk hari ini. Aku tak berniat nak tulis apa-apa isu atau open case hari ini. Memang niat aku nak announce para pemenang sahaja. Terima kasih kerana support anda dan menyertai Kuiz yang tak seberapa ini. Kedua-dua peserta bolehlah claim tiket pemenang yang bernilai RM25 setiap satu. Walaupun tidak lumayan, aku rasa ianya tetap memberi makna kepada anda bukan?

OK. Korang semua bolehla sertai Top Commentator untuk bulan Februari 2008 yang diumumkan semalam. Rasanya tak terlambat dan masih ada masa sebulan lagi bukan? So, jika anda ingin menjadi pemenang seterusnya, bolehlah berbuat demikian.

Status Pembayaran Kuiz RajaPayloadz :

Rina = RM25 [ Unpaid ]
Merahkatak = RM25 [ Unpaid ]

Ps: Petang ni aku nak main bowling. Aku team dengan abah aku lawan sekolah2 yang lain. Best gila. Lama betul tak main bowling nih..

Kepada Peserta Top Commentator 2008, sila Subsribe Di SiNIs:
Delivered by FeedBurner


Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Jadual Lengkap Cabaran Top Commentator Bulan Februari 2008 di Blog Earncent.

Tajuk : Top Commentator Bulan Februari
Round : 2
Jumlah Hadiah Cabaran : Bernilai RM375.00
Hadiah Istimewa : Bernilai unknown..
Tiket Penyertaan : Percuma
Tempat berlangsung : Blog Earncent.com [ EarnCent.com ]

Hadiah yang diTawarkan :

  1. Tempat Pertama : RM50 + E-book RajaPayloadz v0.4 + E-book eBay Cash Cow with MRR

  2. Tempat Kedua : RM30 + E-book RajaPayloadz v0.4 + E-book eBay Cash Cow with MRR

  3. Tempat Ketiga : RM20 + E-book RajaPayloadz v0.4 + E-book eBay Cash Cow with MRR

  4. 5 Hadiah Saguhati : RM5 + E-book RajaPayloadz v0.4 + E-book eBay Cash Cow with MRR


Syarat minimum :

1. Diwajibkan mendaftar menjadi subsriber blog Earncent.com
2. Kesemua 8 peMenang ini mesti ada 15 post selama 1 bulan ini.

  • Tarikh MUla : 2 Februari 2008

  • Tarikh Berakhir : 3 Mac 2008

  • Tarikh Audit Pemenang : 4-6 Mac 2008

  • Tarikh Pengumuman Pemenang : 7 Mac 2008

  • Tarikh tuntut hadiah : Selepas 7 Mac 2008


Hadiah istimewa !!

Hanya 1 pemenang sahaja aku akan pilih untuk KOMEN YANG TERBAIK atau paling jujur di blog ini. Aku tawarkan 4% hasil keuntungan Jualan E-book RajaPayloadz v0.4 pada bulan Februari ini

So, kiraan kasar. Jika aku dapat RM1000 bulan februari untuk sales RajaPayloadz, korang akan dapat RM40 jika korang terpilih untuk jadi pemenang bertuah ini. Jika aku dapat RM10000, korang akan dapat RM400!! So, ini untuk pemenang bertuah. Kiraan mudah sahaja. Keuntungan dari Panduan E-book RajaPayloadz adalah 4 angka pada bulan Januari 2008. So, harap2 akan begitu juga pada bulan kedua ini.

Boleh check juga dekat forum wangcyber. Aku ada bukak thread di sana untuk sessi soal jawab atau ada apa2 nak tanya.
So, itu sahaja. Cuma janganlah wat komen yang pendek atau bukan-bukan. Dengan ini, pertandingan TOp kommentar pada bulan Februari dilancarkan secara tak rasmi pada hari ini.

Titan
Owner of Earncent.com
Founder of RajaPayloadz.com

Ps: So, semua isu yang berkaitan dengan Cabaran ini akan dibincangkan di sini dan ruang komen. JIka ada yang berminat, boleh la setat komen dan buat sebaik boleh. Dengan hadiah yang cukup lumayan ini, aku rasa mampu menarik ramai orang datang dan membaca. Apapun, all the best to all readers in this blog.


Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Sakit hati lagi aku tengah hari ini. Penat je aku taip, tup-tup hang plak PC abah aku nih. Macam malas je nak taip balik. Dah lah tak sempat aku save as draft. Terus hilang dan membuatkan aku rasa macam nak menyepak orang je.

Macam biasa, aku meneruskan rutin aku melawat blog-blog blogger Malaysia. Penuh ragam dan macam-macam. Ada yang nak e-book, ada yang promote e-book ewriterpro yang bernilai RM10 oleh Maizul. Flarebiz mempromosi Majalah IM bulan februari dan pelbagai lagi isu yang memang seronok dibaca.

Kes yang paling best sekali apa yang terjadi dengan blog Smartusaha dan proses promosi yang dijalankan oleh Zul. Ada kontroversi sikit. Leh baca kat blog Zul dan kat thread di wangcyber nih..

Kesnya melibatkan E-book Rahsia Perniagaan digital yang dipromosikan oleh Zamri Nanyan di SINI dan forum Wangcyber. Dan ada yang tak puas hati dengan e-book itu dan juga ada yang tak berkenan dengan e-book ini. So far, aku tak berani cakap apa-apa sebab aku belum baca lagi satu muka surat pun termasuklah preview e-book ini. Produk ini merupakan produk terbaru Zamri dan testimonial di website tersebut bukan calang-calang rasanya. So far, aku rasa e-book tu bagus, Harganya pun cuma RM37 kan? Tempoh Promosi RM30 kan? Pasal Nuaeman dan Muaz tu, sabar ek. Nanti diorang jawab soalan ko..

So, adakah Zul dan Zamri Nanyan bersalah pada hal ini? Aku tak dapat berikan jawapan. Cuma better korang email atau dapatkan support dari diorang. Aku tak mahu nak ulas panjang lebar kat sini. Tapi ini kisah paling menarik untuk hari ini hasil Tour aku pada hari Ahad ini. Huhu.Ok Case Closed!

Cite lain plak..

So far, jika korang masih belum mendapatkan E-book RajaPayloadz, dapatkan hari ini terutamanya pada warga wangcyber. Promosi RM20 itu akan tamat pada malam ini jam 12 tengah malam. Siapa lambat, boleh dapatkan dengan harga RM30 bermula 4 Februari 2008. So, lambat aku tak tahu yek! korang leh dapatkan info pasal bayaran di sini untuk pembayaran E-book Panduan RajaPayloadz.

Tak ada cerita sangat pada hari ini. Tapi aku yakin ramai yang membuat tour macam aku gak ke sana ke sini. Kalau aku ada kamera DSLR, nak gak aku tangkap gambar apa2 yang patut nanti.

Lagi satu, jika korang rindukan seseorang pada pagi Ahad ini, apa kata korang hantarkan kad kepada mereka dengan perkhidmatan yang Mael cakap ni. Best woo!

Ps: Argh..dah penin lalat dah aku nih. Tunggu air masak nih. BIla la nak menjerit cerek tu aa..

Enter your email address: Delivered by FeedBurner

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, selesai aku menjelajah lebih 20 blog. Memang jadual aku hujung minggu ni, off sikit keje2 dan menjelajah satu dunia untuk membaca blog-blog orang lain. Terutamanya blog tanah air kita. Pelbagai karenah dan terlalu banyak isu kontroversi yang menarik hati aku untuk membaca terutamanya blog Mael. Aku rasa korang tau kan? Antara blog yg mempunyai ranking yg baik di alexa, harga yang mahal di Dnscoop dan juga mempunyai banyak post2 yang menarik, bernilai serta kontroversi. Hehe..Betul tak?

Belum lagi cerita pasal Labanon dapat 10k bulan lepas hasil jual e-book, buat design, adsense dan lelain lagi. Punyela banyak cerita orang tak percaya si Labanon ni. Pelik sangat ke dia dapat 10k tu? Belum lagi bila LiewCF review pasal labanon kat blog dia. Sampai 33 response lagi tu.Haiya. Betul2 aku tak faham. Aku rasa ada yang dok jeles je. Dulu aku tak percaya gak. Tapi bila aku teliti dan tengok modus operandi yang dilakukan oleh Labonon dan Team Flarebiz. Memang dia leh dapat 10k. Tak mustahil bulan ni dapat 20k plak kan? Hah, time tu semua orang nak review si labanon. Silap aribulan masuk surat khabar Metro lagi tuh. Walaupun ada orang yang tak percaya dan mengatakan macam2 pada Labanon termasuk kat si Labanon ni menipu dan macam2 lagi. So, kami buat open case.

So, daro review Earncent.com, Titan dan RajaPayloadz.com mendapati Labonan tidak bersalah. Case Closed!

Hehe. Memang macam2 cerita best hujung minggu nih. Biasalah, kalau orang suka kutuk sana sini. Bukannya dia sedar pun kan? So, kita maafkan jelah diorang. Mungkin diorang tak tahu dan mungkin tak berapa mahir. Biasalah, sape tak pernah buat silap kan?

Biarlah. Aku pun penat dah menjelajah hari ini. So, aku tibai 2 bijik pizza, 1 botol pepsi, 6 pcs ayam original. 1 sup, 1 seafood langsana dan 2 salad. Pergh. Sedap gila, tapi yang bayau semua adik aku. Sebab dia pun baru gaji cam aku. Gaji elaun latihan praktikal dia. Haha..pekena adik sendiri. Memang best betul Biasalah, aku kan abang..

Satu soalan. Google Adword dan Yahoo Search Marketing. yang mana satu lagi best untuk buat promotion? Siapa boleh jawab? Aku tengah tunggu Sham kuarkan e-book panduan google adword nih. Harap2 dia akan kuarkan nanti..

Ps: Penat dah hari ini. Tunggu TAC dari tadi. Bila nak sampai nih aa..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011