Archive for February 2008


Hari ini malas nak cerita apa-apa. Jom layan youtube. Banyak video-video klip yang best. Ok. Aku share satu yang aku rasa korang mesti layan benda nih.

So, marilah kita menyaksikan video klip ini dan sama-sama menyanyi. Saje aku cari yang ada terjemah dalam melayu. So, bolehla kita nyanyi sama-sama.




So, inilah video yang aku suka dengar selalu bila aku blogging atau buat kerja paid per post atau berchatting. Actually banyak video macam ni. Cuma aku nak share yang ini je. Best kan video Gaban nih. Dah lama aku tak tengok cite dia. Ada sape2 yg ada video tape Gaban tak? Meh pinjam kat aku. Nak convert masuk PC..

Dengan ini Blog Earncent.com telah memilih, Video klik Gaban ini untuk memenangi Anugerah Sarikata Video Klip Terbaik minggu ini di Earncent.com !! Hehe. Apapun tahniah kepada pengirimnya yang bergelar MarilahBerbaikbaik. Apa punye nama daa. Tapi harap maaf. Anda tidak memenangi apa-apa dari pihak kami.

Apapun. Enjoy dan kalau boleh jangan lupa semayang Jumaat nanti aa. Nyanyi, nyanyi juga. Solat jangan lupa. Apapun, Jom Menyanyi lagu Gaban!

Ps: Sape ek nama Hero Gaban nih. Ada orang tau tak??

Pss: Oh Tok Konan dan Roh !! Kusut-kusut susu mayo! Mu nek Nor and Jin ni..Heeh oh!!

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Apa itu Shareasale? Ok. Ini salah satu edisi siasat yang aku tengah buat. So, mari kita siasat sama-sama. Siapa ada info lanjut tentang Shareasale. Bolehla komen di hujung post ini.

Hari ini kita cerita satu lagi cara untuk menambahkan pendapatan internet melalui satu cara yang kita panggil Paid Per Lead atau Paid Per sales. Ada banyak merchant atau kumpulan yang mensasarkan untuk mencari ramai downline atau pembeli melalui kewujudan dan keberkesanan merchant ini. Dari merchant Shareasale ini, ramai seller atau merchant lain mencari seseorang atau buyer untuk mencuba produk mereka atau mencuba website diorang dengan membayar komisen. Pukul rata, ramai juga rakyat Malaysia yang sudah bermain-main dengan Shareasale dan beberapa merchant lain. Tak dinafikan juga, ada yang sudah mendapat duit dari Shareasale. Siapa? Aku pun tak tahu. Main teka je. Tapi inilah antara study case aku yang baru. Permainan kali ini agak sukar sebab memang memerlukan usaha yang berterusan tanpa kenal erti bosan. Nak duit, mana leh bosan kan?

Ok. Jika kita tengok pasaran tempatan juga memerlukan ramai pembeli seperti produk e-book dan produk software. Tapi shareasale lebih luas dari itu. Bukan aku kata pasaran tempatan tak bagus. Tapi jika kita bermain dengan pasaran global. Potensi sales yang berulang-ulang tu lebih banyak dari apa yang kita sangka. Ok. Senang cite, aku cerita apa bendanya Shareasale dan cara buat duit dari Program Shareasale.

Nama Program/merchant : Shareasale.com
Tahun mula berniaga : Sejak 2000
Program yang dilancarkan : Paid Per Lead, Paid Per sales, Paid Per Click (CPA or PPL)
Rakan kongsi : Semua Marchant dan Network, baik kecik atau besar.

Ok. Cara buat duit dari Shareasale :

  1. Daftar di website shareasale.com.

  2. Tunggu dalam beberapa hari. Biasanya dalam 1 minggu baru diluluskan. Paling cepat 2-3 hari je.

  3. Login akaun korang. Pilih mana-mana produk atau website yang mewarkan CPA atau PPL. Tunggu pihak admin website tersebut untuk approvedkan pendaftaran korang. Ada yang auto-approved. Ada yang manual approved. So, memang kene tunggu. Kadang-kadang dalam 24 jam je..

  4. Setelah program yang korang pilih itu diluluskan, ambil code banner dan paste ke blog, forum dan lain-lain untuk buat promosi macam korang promosi produk korang. Takkan tak biasa pulak kan? Senang je part nih..

  5. So, admin shareasale dan admin program yg korang pormote tu akan track setiap aktiviti korang untuk mengelakkan fraud aktiviti. So, hati-hati. Jangan wat lawak bab nih. Aku tau ramai yang suka register sendiri atau click sendiri..

  6. JIka ada orang register under link yang korang promosi, korang boleh track dari profile korang. Just login akaun shareasale korang dan boleh tengok periksa di situ. Senang je bukan? Biasanya korang boleh tengok komisen instant untuk kebanyakkan program.

  7. Shareasale akan bayar korang setiap bulan. Minimum 50 usd. Jika tak cukup 50 bulan ni, dia forward balance ke bulan depan. So, tak perlu risau akan hilang atau tak.

  8. Bayaran hanya dengan cek sahaja. Diorang tak support paypal atau Western Union. Bank wire pun tidak.


Fakta Penting yang korang kena tahu.

Tentang Tax. Pihak shareasale akan meminta korang hantar TAX details pada mereka terutamanya jika korang warganegara US or UK. Tapi orang Malaysia macam mana? Korang kene email diorang dan bagitau yang korang  rakyat Malaysia. Bagi alamat penuh dalam satu surat rasmi dengan siap tandatangan. Mesti ada tandatangan. Lepas tu, scan semula. Then, email support diorang. Dalam beberapa hari akaun korang takkan tanya lagi yang korang kene hantar TAX document. Itu cara yang aku buat dan diorang memang dah approved akaun aku.

Itu sahaja yang aku rasa paling penting korang kene tahu. Jangan lupa update profile korang semua selepas akaun korang diluluskan. Sharesale macam Adsense juga, korang kenela tunggu beberapa hari untuk diluluskan. Sistem track diorang antara paling bagus. So, jangan buat fraud aktiviti.

Nasihat aku, cari program yang ada nilai 1usd-3usd untuk Paid Per Lead program. Ini cara paling cepat nak cecah 50usd. Selepas satu kali kita terima bayaran, baru kita boleh join program Paid Per Click dalam shareasale ini. So, harap boleh faham.

Itu sahaja dan jika korang nak register Shareasale. Boleh berbuat demikian dengan register melalui link >> Daftar Shareasale

Ps: Aku dah dapat first payment? Belum lagi. Baru sahaja 30usd. So, masih kene usaha lagi. Promosi sahaja di mana-mana yang korang rasa sesuai. Ingat, jangan spam. Diorang takde toleransi langsung jika korang spam sana sini. So, berhati-hati.
Pss : Aku harap, shareasale akan popular di market Malaysia..

ACF6 Edisi Siasat : Buat Duit Dengan Shareasale!

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


I have been tagged by Fahmishah and according to the rules, I have to put 8 things about me on this entry and I must tag another 8 people after this.So here we go now. Haiya, why you did that too me Fahmishah. Did i did something wrong with you? Hehe..

Tag : 8 Things That You Did Not Know About Me

  1. I really want to kiss girls. But i cannot do that..

  2. Did you believe many girls fall in love with me in this 4 years? Hehe. I hope you not believe that.

  3. My first dollar i got from internet is come from Hyip.

  4. I got 7A and 1B at PMR.

  5. I love to see Girls crying in front of me..

  6. I have one kelisa and one lagenda need to pay every month.

  7. I still in debt with PTPTN around 4300 MYR.

  8. I always wearing kain batik than kain pelekat. Did you believe that? Hehe..


Now the 8 person that should do the tag are

  1. emet

  2. rina

  3. abdfatah

  4. afzaiafandi

  5. zaki

  6. azhar ahmad

  7. samanosuke_04

  8. inspiration


Ok. You all already got Tagged by me. Hehe. So, never regret or crying about that. Just fullfill the task. So, lets play!

Ps: Tolong jangan tag aku semula aa. Tak best la cam tu. Hehe..

Pss: Satu lagi selingan untuk waktu petang sambil makan biskut merry dengan air teh panas!

GB diino 468x60 short Tag : 8 Things That You Did Not Know About Me

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Sesuatu yang aku rasa patut dikongsi pada pagi Rabu ini. Aku rasa korang semua patut bersyukur bukan? Kerana apa kita bersyukur?

  1. Untuk suami/isteri yangg tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

  2. Untuk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

  3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

  4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

  5. Untuk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal dan tidak perlu menetap di rumah anak yatim atau pusat kebajikan.

  6. Untuk bunyi bising jiran², kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar dan masih ada sepasang telinga.

  7. Untuk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. Jangan macam artis, ada pakaian potong sana sini. Mahal kain. tapi wat lubang sana sini. Kita gak yang seronok tengok..

  8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat dan melayan suami atau isteri kita pada setiap Malam Jumaat.

  9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan dan mempunyai sepasang kaki untuk menyepak penyamun yang menyamun pasar raya.

  10. Untuk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.

  11. Untuk yang dapat buat duit dari internet sehingga lebih 10k, kerana itu bermakna ada orang lain yang belum pun dapat RM1 atau 1 USD daripada internet di akaun maybank atau paypal diorang..


So, kepada mereka yang baca selingan ini. Kita patut muhasabah diri kita dan cermin diri kita. Tak semua orang sempurna dan tak perlulah tuding jari kat sana sini. Sebelum apa-apa, better kita fikir semula apa yang dah berlaku dan bersyukur seadanya..

Ps: Setelah minum kopi dan makan nasi lemak pagi tadi. Aku rasa sangat lapang. Sesungguhnya aku sangat bersyukur kerana aku masih lagi diberi satu hari untuk hidup setelah semalam..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011