11 Perkara Mengapa Kita patut Bersyukur? | EarnCent.com



Sesuatu yang aku rasa patut dikongsi pada pagi Rabu ini. Aku rasa korang semua patut bersyukur bukan? Kerana apa kita bersyukur?

  1. Untuk suami/isteri yangg tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

  2. Untuk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

  3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

  4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

  5. Untuk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal dan tidak perlu menetap di rumah anak yatim atau pusat kebajikan.

  6. Untuk bunyi bising jiran², kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar dan masih ada sepasang telinga.

  7. Untuk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. Jangan macam artis, ada pakaian potong sana sini. Mahal kain. tapi wat lubang sana sini. Kita gak yang seronok tengok..

  8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat dan melayan suami atau isteri kita pada setiap Malam Jumaat.

  9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan dan mempunyai sepasang kaki untuk menyepak penyamun yang menyamun pasar raya.

  10. Untuk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.

  11. Untuk yang dapat buat duit dari internet sehingga lebih 10k, kerana itu bermakna ada orang lain yang belum pun dapat RM1 atau 1 USD daripada internet di akaun maybank atau paypal diorang..


So, kepada mereka yang baca selingan ini. Kita patut muhasabah diri kita dan cermin diri kita. Tak semua orang sempurna dan tak perlulah tuding jari kat sana sini. Sebelum apa-apa, better kita fikir semula apa yang dah berlaku dan bersyukur seadanya..

Ps: Setelah minum kopi dan makan nasi lemak pagi tadi. Aku rasa sangat lapang. Sesungguhnya aku sangat bersyukur kerana aku masih lagi diberi satu hari untuk hidup setelah semalam..







Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 53 comments. Apa plak komen korang?
inspiration - 06 Feb 08 at 01:24:49
Topik yang bagus. Especially item # 8. :-) Great topic titan.

inspiration’s last blog post..Traffic from Social Bookmarking
titan - 06 Feb 08 at 01:30:14
Aku pun suka yg #8 tu. Malangnya aku tak kawin lagi. So, tak leh la sebarangan. Hehe..
Afzai Afandi - 06 Feb 08 at 01:44:35
bersyukur selalu akan melimpah ruahkan rezeki kepada kita. Kekadang ada rezeki yang datang tanpa diduga..

Cuma yang perkara ketiga aku tak berapa suka…walaupun tiap2 tahun bayar cukai pendapatan, namun itu bukannya kehendak hati aku…. Kalau ZAKAT yesssssssss!!!

antara zakat pendapatan n cukai pendapatan, mana satu pilihan korang?? UJI Minda

Afzai Afandi’s last blog post..Gelang Magnetik Kesihatan dan Trend
rina - 06 Feb 08 at 01:51:15
zakat memang wajib bayar. Cukai pun dah memang jadi kewajiban. So, aku rasa dua2 kene bayau..

Apapun. Satu lagi tajuk best. Betulkah kita bersyukur selama nih?

Tambah satu lagi..

12. Untuk mereka yang dapat hidup dengan aman dan sentosa di Malaysia. Kerana di negara lain, ada orang tak makan nasi berbulan lamanya. Ada gak yg tak makan, ada gak yg tak minum..

So, bersyukurla..

rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
shahraduan - 06 Feb 08 at 01:55:08
Memang kita patut bersyukur di atas limpah rahmatnya…Yang paling best kali ni..Aku bakal dpt BABY TWIN GIRL..Syukur..syukur

shahraduan’s last blog post..Video Marketing Untuk Store Lelong
abdfatah - 06 Feb 08 at 02:03:17
bersyukur memang perlu untuk meningkatkan rezeki agar lebih meriah lagi dalam menjalani kehidupan seharian masa kini… lagi banyak bersyukur lagi banyak rezeki mendatang…

abdfatah’s last blog post..mahu dapatkan 20K dengan mudah?
hafifi - 06 Feb 08 at 02:35:49
sebab kita adalah sebaik-baik manusia yang di’ciptakan dan tidak ada ciptaan yang sebaik manusia..

hafifi’s last blog post..Kebetulan@Ejekan?
ijamidayu - 06 Feb 08 at 02:44:44
isk-isk..insaf aku dengaq nie.. apa pun thanks bro.. for sharing.. :)
merahkatak - 06 Feb 08 at 02:48:29
Erk. Aku pun insap gak nih. Kena bersyukur sebab aku masih ada nafas dan masih boleh jumpa mak abah aku..

Bersyukur gak sebab ada perempuan yang masih mahukan aku walaupun takla sehensem mana..

Bersyukur gak dapat masuk blog titan lagi hari ini..

SOri. Aku bercuti+kerja luar la skrg. Nih pun curik2 online..

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
samanosuke_04 - 06 Feb 08 at 03:16:48
Baguslaa, kalo ader ruangan agama dalam blog nie titan.. Dalam blog aku pun ader byk.. Tapi yang bahagian menyepak orang tue aku paling suka.


Kepada semua blogger sekalian. Kalo korang ader blog, tapi x pernah gunakan blog korang untuk ingat mengingati.. aku x respek korang.. Korang semua kene tau bahawa amar makruf, nahi mungkar ni tanggungjawab wajib kiter..

Walopon care titan bagi nasihat nie x macam ustaz. Tapi at least dia try, hehe, bersyukur tu tanda kite nie seorang hamba!!

nie peribahasa maut aku nak bagi!! “I used to blame myself for having no shoes, until I see someone with no feet!!”.. Hehe… 786!!

samanosuke_04’s last blog post..Rapidshare speed optimized!!
Afzai Afandi - 06 Feb 08 at 03:24:02
MerahKatak…sori to say ekk!! ko punya last blog post tu aku rasa lama dah tak update :) dari tahun lepas lagi kan..

ok..selamat bercuti+ kerja luar dan jaga aweks baik2 :)

Afzai Afandi’s last blog post..Gelang Magnetik Kesihatan dan Trend
emet - 06 Feb 08 at 03:30:04
Bagus titan, kite memang kene bersyukur sll walaupon ape yang kite dapat tu kecil… sebab tu ada pepatah melayu mengatakan, “sikit2 lama2 jadi bukit”… kalau yang ckit pon kita tak bersyukur cane nak dapat yang byk? betul x? :)

emet’s last blog post..Kisah Kejayaan Labanon
merahkatak - 06 Feb 08 at 03:32:18
Memang aku tak update pun blog aku tuh. Rasa cam malas je. Tapi, nantila. saje je aku promote blog aku kat sini. At least ada gak klik dari sini aku rasa..

Thanks afzai sebab usha blog lama aku tuh..

Hehe..aku bercuti dengan keje sekali. Bos hantar. huahua..

Samanosuke..aku suka peribahasa ganas tu. Mana ko dapat aaa..

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
samanosuke_04 - 06 Feb 08 at 03:39:40
w00t, 4 minit aku tinggal dah 4 komen masok!! Memang cam goreng pisang laa pertandingan top komentar nie!!

@emet, betul tuu, in fact kalo korang x earn ape2 pun korang patut bersyukur lagi. Sebab nasib baik kiter tak rugi kan? Jangan tunggu nikmat atau bala baru kiter nak ingat Allah SWT, ingat laa slalu. Pastu nikmat akan datang sendiri, bala akan lari jauh2,,,,

@merahkatak Hehe, peribahasa cikgu aku ajar, kredit kat die laa bukan aku..

samanosuke_04’s last blog post..Rapidshare speed optimized!!
emet - 06 Feb 08 at 03:54:19
Haha!!! samanosuke… ko tgk la hadiah yang titan nak bagi tuu… rugi wooo sape tak dapat :) tapi dapat top5 pon aku dah bersyukur :)

emet’s last blog post..Kisah Kejayaan Labanon
merahkatak - 06 Feb 08 at 04:02:31
Cikgu ko ke? Aiseh..sape nama cikgu ko? Laki ke pempuan? apapun, bersyukurla sebab cikgu ko ajar ko peribahasa tu..

Cikgu aku ajar aku camana nak lulus exam je..Hehe..:D

@emet. Kelabu asap aku tengok hadiah kali nih. Lebih dari biasa. titan letak lebih perencah dengan perisa tambahan. Mana tak lapar semua orang tengok contest nih..

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
samanosuke_04 - 06 Feb 08 at 04:33:24
Kekeh, kalo ko nak top 5, aku nak saguhati pun kire dah ok!! Aku rasa, perencah paling lazat ialah buku payloadz titan tuu.. muahaha!!~~

Woit, apsal cakap pasal hadiah plak??!! Nie post tentang insaf laa.. hehe, nie satu lagi soklan cepumas aku..

Mane satu korang nak, pendapatan 10k sebulan kerr, nak ibu jari tangan kanan korang tuh patah?

samanosuke_04’s last blog post..Shortcut keys You Must know!!
Azhar Ahmad - 06 Feb 08 at 05:28:12
Ya, hidup perlu bersyukur pada yang Esa…

Azhar Ahmad’s last blog post..Dia Akan Datang Lagi?
titan - 06 Feb 08 at 06:40:50
Actually kalau korang nak tahu. Info nih aku dapat daripada spam budak2 sekolah aku ke inbox friendster aku. Cuma aku dah tukau sikit dan tambah2 sket supaya lebih menarik ketika disampaikan.

Mak abah aku nak aku jadi ustaz. Tapi aku tak mau. Derhaka tak aku?

Apapun, aku bersyukur dengan kerja aku sekarang. LEbih aman dan selesa di samping si Dia..
samanosuke_04 - 06 Feb 08 at 06:52:28
w00t, kalo nak sampaikan nasihat camnie.. tak semestinya jadi ustaz laa..

Hehe, aku bukan nak tegur titan, tapi nak nasihat semua orang kat sini!! Kalo korang tunggu ustaz nak bukak blog.. Sampai 2020 laaa jawabnye… Kita nie generasi blogger muda!! Dah jadi tanggungjawab untuk membangunkan Islam kat muka internet nie.. hehe

So, kalo korang bukan ustaz pun takpe.. asalkan sampaikan ilmu, and korang sendiri pun kena amalkan ilmu tersebut!!

samanosuke_04’s last blog post..Shortcut keys You Must know!!
Din Beramboi - 06 Feb 08 at 09:09:13
Waahh..Shahraduan, tahniah2..nampaknya ko betul2 amal item yg ke 8 tu..hehe.
Silentleo - 06 Feb 08 at 09:38:15
Hehe. titan tau. Tapi saje je wat lagu tu. Tak apa. Janji patut bersyukur seadanya.

Niat aku, nak bantu mak abah aku je. Hidup senang dunia akhirat..

Kan ada ustaz bukak blog. Cuma kita tak tahu rasanya. Mungkin tak penah datang blog nih kot.

Silentleo’s last blog post..Majalah IM edisi Februari Dilancarkan oleh Flarebiz
Afzai Afandi - 06 Feb 08 at 10:22:41
Gila ah korang mengomen kat blog ini. Terekejut aku tengok top komentator.

Rasanya tadi si Rina yang leading, tiba2 si Emet berdesup naik carta dgn 37 komen. Pergh tak terkejor yob..

Dapat tempat last sekali pun ok jugak ;)

Afzai Afandi’s last blog post..Gelang Magnetik Kesihatan dan Trend
Silentleo - 06 Feb 08 at 10:45:22
Hehe..betul tu afzai. Cam carta era plak..aku target tempat no.9 je. Tinggi2 nanti jatuh. Sakit..

Hee..Aku bersyukur kalau aku dapat salah satu tempat. Apapun, aku nantikan topik2 kontroversi dan hangat dari titan..

Jangan lupa gak share dengan kitaorang cara buat duit akan datang..Apapun. All the best untuk titan dan semua orang!

Silentleo’s last blog post..Majalah IM edisi Februari Dilancarkan oleh Flarebiz
nadzal - 06 Feb 08 at 11:51:37
#Untuk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.

Jam loceng aku selalu rosak. Dah ada dekat 5 bijik hancus kene baling dengan aku. Apapun aku rasa nasihat ko kali nih ada yang kene betul dengan masyarakat kita sekarang. Ramai yang alpa dengan arus kemodenan. Lagi2 la tang hal2 maksiat yang bermaharajalela dan kes2 rasuah yg berleluasa..

Nak pilihan raya nih, lagila macam2 jadi. So, aku tak rasa 11 perkara je. Banyak lagi. Tapi selingan ko titan, memang buat aku befikir 2-3 kali petang nih. Mungkin aku patut pulang ke kampung jengok mak abah aku..

Huhu..apapun. I like this your post this time.

nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
samanosuke_04 - 06 Feb 08 at 12:07:29
carta nie lagi hebat dari carta era laa aku rase.. Kalo aku diam sehari, wajib kene tendang sampai nombor last sekali!! Aku mintak-mintak laa titan beri hadiah saguhati lebih banyak lagii…

Takpe azfai, titan dah cakap, result sekarang nie bukan tentu lagii… nati die audit untuk tgk comment mano yang valid, baru kluar result sebenar.. So, bagi aku perlawanan baru bermula jerr!!

samanosuke_04’s last blog post..Shortcut keys You Must know!!
afham - 07 Feb 08 at 00:56:13
hoho….yang 11 tu diantaranya…kalo nk dihitungkan tak terkira gamaknye..

afham’s last blog post..Gila Blogging
kuasadua - 07 Feb 08 at 02:32:19
Betul tu apa yg ko tulis titan..Ishh..Ni yg aku semakin insaf :-)

kuasadua’s last blog post..Malaysia Negara Ke-6 Paling Cekap ?
rina - 07 Feb 08 at 06:38:19
Betul afham. Masih ramai yang tak dpat buat duit. Nasibla jumpa blog titan nih. Dah dapat beberapa RM dan duit paypal. Lagi2 dari payloadz..

Huhu..

Carta apa nih weh..Cuba je sedaya updaya. Janji rock!

rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
abdfatah - 07 Feb 08 at 13:44:47
jam loceng akan tetap dapat dihidupkan selagi boleh dibaiki… selagi hayat masih bernyawa memang patu kita bersyukur setiap hari….

abdfatah’s last blog post..mahu dapatkan 20K dengan mudah?
abdfatah - 07 Feb 08 at 15:42:44
4. tak muat bermakna dah gemuk dan perlu diet. itulah yang dinamakan sebagai lambang kemakmuran negara…

kemakmuran negara yang membolehkan kita banyak makan dengan selesanya dan makanan menjadikan kita sebuah negara yang kaya dengan pelbagai ancaman penyakit yang berbahaya…

abdfatah’s last blog post..mahu dapatkan 20K dengan mudah?
rebana - 07 Feb 08 at 19:15:21
Thanks for sharing and saling mengingati. Memang jarang sungguh titan post camni. Apapun, ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara..
abdfatah - 07 Feb 08 at 23:43:37
dengar memang boleh. kalo takder cuping telinga camana pulok..?

sebelum tak dapat nak dengar apa-apa hargailah telinga anda yang telah diberikan secara percuma itu sebaik mungkin. jaga-jaga jangan terlibas dan terhilang cuping telinga… rasa tak selesa ada pendengaran tanpa cuping telinga…

abdfatah’s last blog post..mahu dapatkan 20K dengan mudah?
ridaparidah - 08 Feb 08 at 02:03:13
hehehe….ketawa aku sendirian bila baca entry ini. Sekali pk betul gak tu…kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada skrg….maaf ler ntah mcm mana aku boleh sampai kat sini pun aku tak tau…salam…
rebana - 08 Feb 08 at 02:18:09
Janji you sampai sini paridah. Hehe. Apapun, tahniah kerana selamat sampai ke sini. Rajin-rajinlah datang sini ek. Banyak info menarik dan menolak kat sini..
abdfatah - 08 Feb 08 at 03:40:41
takper laa bersyukurlah kerna terjumpa blog ini buat tatapan ruangan mata di alam siber masa kini. manfaatkan info yang telah disediakan disini dengan penuh minatnya….

abdfatah’s last blog post..rajuk sepak takraw PSM
samanosuke_04 - 08 Feb 08 at 04:51:26
hehe, suka plak aku tgk post keagamaan nie dapat sambutan, tapi heran, kalo kat blog aku, post camni x dapat perhatian sangat, hehe… mungkin traffic kat blog aku kurang matang kot….

nie baru 11 daripada benda minor yang kita kene bersyukur…. kalo korang nak tau, manusia memang x dpt kira berapa nikmat yang Allah SWT dah bagi, dah cakap dalam Al-Qur’an pon… hehe, biar x dapat bilang, janji syukur…

samanosuke_04’s last blog post..Shortcut keys You Must know!!
abdfatah - 08 Feb 08 at 07:21:32
kalo semuanya duk fikirkan pasal keduniaan akhirat nak letak kat mana? alih2nya akan kembali ke tempat perhitungan di akhirat kelak… itu pasal kena panjatkan kesyukuran yang amat … apalah erti kehidupan tanpa syukur dengan nikmat yang telah diberikan…

abdfatah’s last blog post..apa faedahnya mempunyai blog?
emet - 08 Feb 08 at 14:57:38
samanosuke, sbnrnye bukan pasal blog ko kurang visitor… tapi orang buat2 tak nampak jer artikel ko tu…

pe kate ko buat contest mcm ni msti byk komen kar blog ko tu :P

emet’s last blog post..Pengasas Hotmail nikah di Langkawi : Berita Harian
samanosuke_04 - 08 Feb 08 at 16:44:59
hehe, orang buat-buat tak nampak ker?? keh3… kalo camnie saper nak dipersalahkan? Orang yang x minat agama ker? Blogger yang x pandai tarik orang???

w00t, kalo aku bwat contest camni korang join kerr? Hehe, pokai laa aku, pendapatan bulanan pun below $100… haha…

samanosuke_04’s last blog post..Shortcut keys You Must know!!
titan - 09 Feb 08 at 03:43:58
Bukan diorang tak minat agama samanosuke. Diorang baca, cuma diorang diam-diam je.. Takut nak komen kot dengan ko..

Boleh je wat contest. Aku bagi full support as tukang komen..
samanosuke_04 - 09 Feb 08 at 16:04:02
w00t, tukang komen jer?? heheh… kalo sponsor adiah tuh bleh larr aku pikir2 sket pasal top commentar nie..

Hehe, tuh laa… aku nasihat lebih baik jangan malu2 kalo nak tanye pasal agama.. Sbb kalo kiter yang salah, bukan berdosapun… Lebih baik tau daripada xtau… Malu bertanya sesat jalan… Every man by nature have a desire to know..

samanosuke_04’s last blog post..Shortcut keys You Must know!!
titan - 10 Feb 08 at 07:45:45
Hehe..tau takpe.

Sponsor? Takde masalah. Janji ada win-win situation.
abdfatah - 10 Feb 08 at 07:54:11
jangan segan-segan nak komen dan berikan pandangan. kita berbicara dan melontar pandangan yang bernas. ada komentar lagi bagus… takkan nak baca aje…

mana silent readers yang lain2… anda? kamu? kamu yang sedang membaca sahaja? marilah komen dan berikan pandangan anda… anda semuanya dialu-alukan… ceh wah !

abdfatah’s last blog post..apa faedahnya mempunyai blog?
silentleo - 10 Feb 08 at 08:01:16
Hehe. sillent readers? Dulu aku silent readers gak. Selalu segan nak bagi komen. Tapi hentamla..komen gak. Baru terasa puas hati kat dalam hati nih.

Hehe..syukur sebab masih boleh berkomen di blog titan.

silentleo’s last blog post..I learn Something different today!
rina - 10 Feb 08 at 09:34:39
Berapa banyak daa silent readers. Hehe. Biarla. Nanti diorang komen gak. Tak baik tahan-tahan nak komen nih..

rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
abdfatah - 29 Feb 08 at 00:51:26
bersyukur laa selalu hendaknya dengan nikmat kehidupan yang telah dianugarehkan… kalo yang sihat tanpa sebarang sakit kronik memang patut bersyukur selalu… lihatlah dan jenguklah mereka yang sakit kronik… apa yang kita dapat lihat hanyalah penderitaan mereka dari sudut pandangan mata kasar… yang empunya badan dah tentu lagi sengsara…

abdfatah’s last blog post..duit sekelip mata? buat duit dengan bisnes digital
titan - 29 Feb 08 at 01:29:37
Lagi-lagi time pilihan raya nih. Memang ramai yang akan datang menolong orang kat hujung kampun dan kawasan pedalaman.

Hoho..
abdfatah - 29 Feb 08 at 01:44:15
maka bersyukurlah lantaran dapat menjalankan pilihanraya dengan sebaiknya…

abdfatah’s last blog post..duit sekelip mata? buat duit dengan bisnes digital
emet - 29 Feb 08 at 03:06:57
@Silent reader memang ramai abdfatah, aku dulu pon silent reader gak.

Alahai Titan, kalau dah namanya p.o.l.i.t.i.k macam tulah kisahnya yang takkan berkesudahan.

Bagi aku, aku cukup bersyukur dengan apa yang aku dah dpat sekarang. Walaupun ada pelbagai tohmahan yang diterima oleh kerajaan yang sedia ada. Tapi, aku masih terkenang budi dengan mereka.

emet’s last blog post..Buat Duit : Affiliate XFactor Free Report | 2 Tier Program dari Andrew Fox
titan - 29 Feb 08 at 04:58:12
Aku memang bersyukur dengan kerajaan. Memaacam dah tolong kita. So, itu terpulang pada pendapat masing-masing.

Apapun. Pilihan raya Umum memang best sebab 4 tahun sekali. Nak hepi dan gundah gulana pasal politik paling best pada waktu nilah..

Hehe..

Ps: Aku harap Malaysia menang Thomas tahun ini. Kalau boleh aku nak 3 perseorang negara menang semua game diorang. Chong Wei, Hafiz dan Chong Han.

Lari sket. Bersyukurlah kita masih ada 3 pemain yg terror dan penuh dengan masalah masing-masing..
emet - 29 Feb 08 at 09:26:02
Haha… Titan xsangka plak ko minat sukan ni, aku pon harap Malaysia menang gak.

Ko minat Formula 1 x?

emet’s last blog post..Buat Duit : Affiliate XFactor Free Report | 2 Tier Program dari Andrew Fox
Raja Kamil - 13 Oct 08 at 03:04:59
titan minat dgn kontroversi sebenarnya


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------