ANtara benda yang buatkan aku semakin bengang sekarang nih. Cgyhost memanjang buat lawak dan menyukar semua visitor dan pembaca setia blog aku. Aku yakin ramai yang tertanya-tanya mengapa blog aku sukar dicapai dalam tempoh 2-3 hari ini. Aku tahu kenapa. Sebab penyedia webhosting aku down lagi berlagi-lagi!

Nampak gaya aku terpakse tukar baru dalam masa terdekat nih. Harap2 time aku tukar nanti diorang tak down. Kalau aku refund, korang rasa leh dapat duit tak? Sebab aku bayar pakai diorang dulu pakai paypal. Ikut hati jahat aku, aku refund je. So, jika tidak ada kemajuan atau apa-apa alasan yang konkrit. Aku akan bertukar.

Kepada semua pemenang Top Commentator, sila emailkan semua data yang diperlukan jika anda hendak menerima hadiah. SEtakat ini hanya beberapa sahaja yang email. Aku cuba buat bayaran serentak jika boleh. Jika tak boleh, aku bayar la sesape yang dah bagi details dengan kadar yang segera!

Tak ada apa-apa nak update. Cuma nak bagitahu aku busy sikit dalam 1-2 minggu nih. Sesiapa nak pakai service VCC, boleh contact aku di Yahoo Mesengger atau di forum2 yang aku aktif macam italkcash atau wangcyber.

Tentang masalah payloadz, aku rasa diorang buat maintainance besar-besaran. Susah nak cakap. Better korang email diorang untuk dapatkan penjelasan yang sebenar-benarnya. Aku dah dapat payment, tapi aku rasa semua dapat tak lebih 50 cent pun kan? Aku pun sama. Janji ada nafas baru dari payloadz dan memang membuatkan aku dan semua member tak senang duduk rasanya..

Projek baru sedang dibuat. Projek lama yang cukup susah tu aku tangguh dulu. Otak tengah bernanah ni. So, kene tunggu sembuh. Aku betul-betul nak rehat dan nak memanjakan diri. Ke manakah aku patut pergi bercuti?? Ada cadangan? Ho ho ho..

Apapun, kepada yang baru datang ke blog ini. Selamat datang dan selamat berkomen seperti biasa. Memang sakit jiwa kalau webhosting down..aku ada 2 domain dengan Cgyhost ni. Kalau down 2-3 hari seminggu. Memang rugi aku beratus..

Ps: Biarlah rugi. Jangan hati ni mati..

 Cgyhost Down! Payloadz Up!



Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 16 comments. Apa plak komen korang?
bizmalaya - 30 Jan 08 at 12:45:55
ermmm..betul..i pun dapat usd0.50 jer hari ini :)

bizmalaya’s last blog post..Hanya Yang Terbaik Dari Wangcyber
kuasadua - 30 Jan 08 at 16:55:31
Aku pun dah berapa minggu tak dpt income payloadz..dulu ok jer,setiap 7hari mesti ada

kuasadua’s last blog post..Periksa Earning Adsense Anda Sekarang
silentleo - 30 Jan 08 at 20:22:44
Biasala tu bro. Memang selalu down je. Bertukarla sekarang..

silentleo’s last blog post..Sewa Forum Signiture?
aidilmujahid - 31 Jan 08 at 06:54:57
awk pakai webhostin per?
titan - 31 Jan 08 at 09:48:43
Untuk blog ni, pakai Cgyhost la. Kenapa?
abdfatah - 31 Jan 08 at 10:42:17
itulah masalahnya… memang tertanya2 jugak laaa…

kalo dah berkali-kali kali kali kekalinya down bermakna tiada makna lagi untuk tunggu lama…. dua tiga hari beb…

fikirkan untuk masa depan… kalo dua tiga hari dapat untung beberapa ratus berapakah yang dah kita kerugiannya…

terpulanglah nak fikirkan macam mana dan mana yang sesuai…

abdfatah’s last blog post..duit habis setiap kali dapat gaji????
titan - 31 Jan 08 at 22:11:56
Aku tengah pikirla nih. Kalau aku nak abaikan cgyhost. Maknanya aku kene abaikan 2 domain nih dan pindahkan ke webhosting lain. Belanja webhosting tu je dah RM200. Kalau aku pindah hosting. Harga lebih kurang jugakla..kalau aku pindah NEtkl sekarang. Confirm bandwith limit tiap2 bulan..mana cukup maa 1.5GB sebulan! Kalau confirm, aku ada 4 domain dekat Netkl nanti dibawah payung hosting yang sama..
rina - 31 Jan 08 at 23:47:15
Hehe. Saya dengar netkl dan namsahaz ok. Apa kata you try yang itu?

rina’s last blog post..Mesothelioma? I hate it!
catzer - 02 Feb 08 at 12:06:50
muahahaha,aku juga dah tak thn dgn perangai cgyhost tu..aku tak mau renew sewa host aku kat situ..rugi2

catzer’s last blog post..Tutorial Menukar Theme WordPress
rina - 02 Feb 08 at 23:26:39
Nampak gaya cgyhost sekarang out of liga. So, takde maknanya la saya nak try cgyhost lepas nih.

Huhu..

rina’s last blog post..Mesothelioma? I hate it!
emet - 05 Feb 08 at 10:38:37
Titan, ko da tukar hosting belom?
Aku pakai NetKl memeang tiptop!
Aku ikut otai smartzul la ni, die yang suggest… aku ikut jela.. :)

emet’s last blog post..Kisah Kejayaan Labanon
abdfatah - 07 Feb 08 at 15:48:36
memang laa kalo dah down takleh nak nolong daa…. kena fikirkanlah mana yang patut. berlaku lagi lepas nih memang sah dah muktamad punya kena tukau… jangan tunggu lama-lama… nanti merana daaa….

abdfatah’s last blog post..mahu dapatkan 20K dengan mudah?
Raja Kamil - 11 Oct 08 at 13:12:05
tukar je mane2 yang lembab tu. perdana menteri jepun pun dah tukar, thailan pun sama..

relevan tak?
farahaznil - 11 Oct 08 at 13:17:32
kar badawi dgn anuar ke..haha
Rafhz - 11 Oct 08 at 13:22:37
ko farah.. pilih yg mane? :D
[…] Cubiex.com ~ Malaysia Affordable Domain and Web Hosting menawarkan pakej web hosting, reseller hosting, vps hosting mampu milik serta premium kepada individu dan syarikat […]



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011