Hari ini aku nak review dan cakap tentang pertandingan atau contest. Pernah tak korang join mana-mana contest atau pertandingan di internet? Ingat tu, di INTERNET. Bukan pertandingan lumba lari, rentas desa, rentas sekolah atau apa-apa pertandingan sekalipun, tapi di internet. Pernah atau tidak?
Aku yakin ada segelintir dari korang pernah sertai dan mungkin pernah memenangi beberapa pertandingan bukan? So, aku nak cerita yang aku pernah menang beberapa contest dan memang aku happy. Hehe..
1 tahun lepas aku pernah memenangi pertandingan Top POster yang dijalankan oleh forum Hyipstalk dan pada 1st round pertandingan itu, aku cuma berjaya mendapat tempat ke-4 sahaja. Aku cuma berjaya dapat 15 usd pada pusingan pertama. Dan pada pusingan kedua, akhirnya aku berjaya memecahkan tradisi bahawa rakyat Malaysia juga boleh dapat nombor SATU dalam pertanding Top Poster di forum. Aku dapat tempat pertama dan antara 20 pemenang itu, hanya 4 orang sahaja member dari Malaysia. Dari negara lelain, memang jeles. Hehe sebab 4 orang malaysia tu antaranya forumer, Challs dan amien. Diorang dapat dalam under top 20 poster. Aku plak dapat tempat pertama!! Bangganya sebab hadiah tempat pertama adalah 80usd! Itu kali pertama aku menang hadiah setinggi itu!
Sebulan selepas itu, sebuah forum kembar Hyipstalk iaitu Hyipsurftalk telah mengadakan pertandingan Top Poster dan Top Referrals Contest! Dan dengan bangganya aku nak beritahu aku dapat tempat pertama juga. Hadiah dia tak lumayan sangat. Cuma dapat 20usd kalau tak silap aku. Ini cerita tahun lepas. Memang aku bangga ketika itu. Sebabnya? Tak ramai member Malaysia yang buat keje gila camni. Aku menang tempat pertama di Hyipsurftalk untuk Top Poster, tetapi kecundang untuk Top Referrals Contest. Aku memang lemah bab-bab cari orang ni..
Lepas itu, banyaklah juga income aku datang dari pertandingan-pertandingan sebegini dan aku tak nafikan, aku sudah kenal ramai webmaster yang selalu buat forum baru untuk menjana income diorang. Nantikan Edisi Siasat aku yang berkaitan dengan forum nanti. Sedang dalam draft dan baru sampai fasa 1. Ada beberapa fasa lagi tak siap. Aku akan bongkar satu lagi mitos yang orang Malaysia kurang tahu tentang perkara nih..
Baik, jika korang tengok. Pukul rata bloggers dan webmaster Malaysia sekarang dah banyak yang buat Contest itu ini contohnya, Top Comentator, Pertandingan sape baling banyak Komen, teka itu, teka ini dan sebagainya. Tapi Top Commentator Contest la paling banyak dan aku antara salah seorang yang buat di blog ini. Hohoho!
Dan aku sedang mengikuti beberapa contest di Malaysia antaranya Youth Malaysia dan Afzai Afandi punye Top Comentator Contest. Dan aku ada beberapa contest yang aku follow dari forum luar dan akan beberapa hari lagi pemenang akan diumumkan.
Antaranya ialah Iguides 1st Blogging Contest yang berjalan di forum Iguides. Actually, dulu aku join forum ini sebab aku dihired sebagai poster di forum ini. Admin bayar aku untuk posting setiap hari. So, sekarang diorang rajin run macam-macam contest. Dan aku cuma berjaya sertai Blogging Contest sahaja. So, harap-harap aku akan menang salah satu hadiah daripada yang ditawarkan. Hadiah tempat pertama adalah 100usd, kedua 50 usd dan ketiga 25usd. Aku tak letak harapan tinggi. Dapat nombor 3 pun jadilah. Teringin aku nak menang contest dari blogging ni..
Korang boleh usha blog post yang aku buat sempena aku join Iguides Blog Contest dekat sini>> Titan Contributed at Blogging COntest organized by Iguides Webmaster and BUsiness Talk.
So, korang semua, pernah tak join atau sertai mana-mana contest sebelum ini? Jika belum, apa kata sertai mana-mana contest yang selalu dianjurkan oleh beberapa bloggers, webmaster dan forum luar negara? Amacam?? Sanggup?
Ps: Aku harap sangat boleh menang blogging contest ini. Amacam? Ok tak blog post aku tu? Main hentam je tu..
Pss: Top Comentator Bulan Disember tinggal 1 hari je lagi. So, sesiapa yang dah join, boleh tamba komen sebab hadiahnya bukan untuk 3 tempat sahaja! Semua hadiah berjumlah RM80 dan aku berniat untuk teruskan pada bula Februari Nanti..

Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
No related Posts
« Pingdom – Monitor Your Wensite Uptime & Downtime | I have one Question. Can i ask you? »














Aku nak try la ni contest yg ko cadangka tu mane tau berhasil.
kaSyah’s last blog post..Become a Millionaire now
bila la leh menang agaknya ye..
fion’s last blog post..Why its happen to us?
hadiahnya lumayan gak…. domain name + hosting utk 1 year.
kali kedua dapat saguhati kat blog diari adsense.hadiahnya top up RM10.00
Afzai Afandi’s last blog post..Jenayah dan Kanak-kanak
Merdeka Quiz 2006
Fahmishah’s last blog post..Masalah Internet
mohdismail.com, vangardx.net, hafreze.com, princeq.com antara arena contest yang telah saya menangi… itupun menang secara tipis aje laaa… hohohooo…
kalo bab refferal memang sukar sikit nak menjejakkan akan kemenangan yang maksima…
kat sini dan juga di blog afzaiafandi kiranya macam dah terlepas kemenangan total… adesh…
apohalpun tahniah laa buat yang akan menang tak lama lagi…
abdfatah’s last blog post..Sharlinie cerita duka 2008
Huhu..apapun. Contest seterusnya akan lebih menarik..
lain kali laa saya menangkan semula… hohohoh
abdfatah’s last blog post..Sharlinie cerita duka 2008
Tak dapat tempat pertama pun takpe. Banyak lagi tempat lain..
Aku blom pernah lagi join contest dari mane2 forum atau blogger kat Malaysia ni… Sebab aku masih baru lagi, belum paham sgt
abdfatah’s last blog post..mahu dapatkan 20K dengan mudah?
Takpe. Aku harap aku akan dapat salah satu calon untuk 9 kerusi hadiah. Harap2 titan dapat cari sponsor untuk support lagi beberapa kerusi untuk hariah nanti.
Hehe..
fino’s last blog post..Why its happen to us?
abdfatah’s last blog post..pelaburan dalam perniagaan penternakan lembu
merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
abdfatah’s last blog post..kes Lina Joy semakin gempak! sufiah bagaikan puteri…
abdfatah’s last blog post..miliki komputer dengan nilai yang rendah?