Ehm, bagi sesiapa yang pernah beli domain dan hosting. Aku nak tanya korang, pernah tak webhosting yang korang guna tu, DOWN? Dalam istilah bahase melayunya, website korang tak leh onlinela atau website ada masalah hosting dan sama waktu dengannya. Lepas tu korang akan dengar memacm orang akan buat bising bagitau yang webhosting yang diorang pakai tu tak bagusla, asyik ada problem la, susah nak contactlah, apa2 jelah. Pokoknya yang aku tahu, tak semua webhosting kat dunia ni perfect even kat Malaysia sekalipun.
Pengalaman aku pakai webhosting setakat ni. Susah nak cakap, setakat nih namsahaz jarang sekali down. Kalau down, diorang akan email dan bagitau. Itu memang procedure biasa. Cgyhost? Ehm, ni memang problem besar sejak aku menggunakan diorang. Selalu sangat down dan tanpa pemberitahuan. Kalau bagitau, lambat sangat. Bila orang dah bising, susahla diorang nak jawab kan? So, nak tak nak, kenala tunggu kan? So, aku bersabar ajelah dengan cgyhost. Harap service diorang tak down lagi. Nasihat aku, komunikasi mesti power. Tapi package cgyhost memang tip top dan murah. Mungkin faktor murah itu berjaya mengaburi mata aku untuk sambar 2 domain di cgyhost.
Netkl.com. Dan ini adalah webhosting terbaru yang aku guna. Biarpun packagenya tak sehebat cgyhost dan harga dia tak semurah cgyhost. Tapi sejak aku gunakan hosting ni, masih tak down lagi dan memang ramai kengkawan aku suggest Netkl. So, mungkin memang bergunalah.
Korang nak tahu camana aku leh detect webhosting yang aku gunakan down atau tak? Siap pakai sistem SMS lagi tu. Aku nak promosi Pingdom untuk korang. Mengapa? Sebab Pingdom memberikan service percuma untuk Trial selama 30 hari. Tapi jika korang berminat dengan pingdom dan ingin meneruskan perkhidmatan Pingdom, korang leh teruskan. Bayar yuran tahunan yang agak murah tu.
Pengalaman aku dengan Pingdom? Asal down je 1 minutes, diorang akan SMS aku. Aku dah set kepada email sebab untuk Trial ni hanya 20 SMS percuma sahaja diberikan. Kalau nak lebih, boleh subsribe service Pingdom ni. Memang bagus dan aku sangat-sangat recommend korang pakai Pingdom. Anytime diorang bagitau bila site atau blog korang down atau up semula! Korang boleh cuba sekarang PIngdom kat sini >> Pingdom
So, dengan perkhidmatan Pingdom ni, aku leh detect mana-mana hosting aku samada Namsahaz, Cgyhost atau Netkl down walalupun ketika aku tidur. Senang je sebab Pingdom akan monitor untuk kita. Jika berminat, boleh cuba versi Trial selama 30 hari dengan Pingdom. Cuba dulu. Baru korang tahu best atau tak best!

Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
No related Posts
« 2 Reason WHY I Love Nod32 Antivirus?? | Siapa Pernah Menang Contest? »
















Nampak cam bagus. Bolehla cuba nih. Free trial. tak rugipun..
merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
kuasadua’s last blog post..Galeri Wanita Untuk Wanita, Suami dan ??
Mak ai..hari2 aku dapat alert melalui email dari pingdom nih. Asal down biarpun 1 minit. Diorang email aku secara auto. Hehe, dah aku set auto. So, jadila auto..
abdfatah’s last blog post..kes Lina Joy semakin gempak! sufiah bagaikan puteri…
skang dah tak perlu gunak kot titan, servis netkl baguskan?
Saya mewakili pihak CGY Hosting Network Sdn. Bhd. ingin memohon sepuluh jari kemaafan terhadap sebarang gangguan perkhidmatan yang diharapi oleh para pelanggan CGYHost. Alhamdulillah, dengan penstrukturan semula syarikat dan penjenamaan baru CGYHost kepada CGYNet akan memberikan kesegaran kepada kami untuk terus komited memberikan yang terbaik kepada para pelanggan.
Kadang-kadang terkejut juga saya membaca komen-komen bekas pelanggan kami. Selain itu, fitnah-fitnah juga disebarkan dan terdapat tokok tambah dalam penyebaran sesuatu isu mengenai CGY. Saya agak terkilan tetapi mungkin pelanggan lebih terkilan dengan perkhidmatan CGY sejak akhir-akhir ini. Untuk makluman, CGY TIDAK PERNAH BANKRUP atau menutup operasi syarikat sejak ia dikorporatkan. Tambahan pula, CGY juga mempunyai perniagaan-perniagaan lain seperti IT Consultant, IT-Centre, Cyber Cafe, Live Streaming & Production Service. Alhamdulillah, hasil daripada komitmen CGY, operasi hosting telah dipulihkan kembali pada 13 Ogos 2008.
CGY yang suatu masa dahulu merupakan salah satu daripada syarikat hosting Bumiputra pada tangga lima teratas terumbang-ambing disebabkan masalah kekurangan modal pusingan, tambah-tambahan lagi apabila pelanggan-pelanggan besar kami lewat melakukan bayaran.
Terima kasih di atas komen-komen saudara. InsyaAllah, pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan CGYNet dan memperbaiku mutu serta kualiti perkhidmatan CGYNet.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi saya di talian 017-2577622 atau YM : mytechnie atau MSN : pro_yazrie@msn.com. Saya sedia menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan sebaik mungkin.
Akhir sekali, Salam Ramdhan dari kami CGYNet dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.
Wassalam WBT.
Sekian,
“CONNECT WITH ENDLESS POSSIBILITIES”
Mohd Yazrie bin Mohd Shukri
Ketua Pegawai Eksekutif
CGY Hosting Network Sdn. Bhd. (782068-A)
http://www.cgynet.my
Saya baru berkesempatan untuk turun padang kembali. Sibuk uruskan penstrukturan semula syarikat dan kejar payment.
Sekiranya anda perlukan tajaan, sila emelkan permohonan anda ke yazrie@cgynet.my.
Wassalam WBT.