Ada beberapa perkara sebelum aku mengucapkan Hari Raya esok. Tadi dah tolong mak aku buat kuih sikit. BUkan banyak sangat pun. Tolong pun cam tak tolong je. Apapun, hari ini adalah hari yang agak boring. Aku banyak bermain dengan akal dengan mencuba kepastian dan kestabilan sesuatu yang aku belum pasti kesahihannya. Tak apa, biarkan aku dengan dunia aku sendiri. Aku pasti aku leh dapat jalan penyelesaiannya setelah aku pulah dari Pahang Sabtu ini.
Ini antara 3 harapan atau perkara-perkara yang aku nak buat atau merangkap kepada tugas2 aku yang tidak kesampaian. Walaupun ada yang separa complete. Aku cuba siapkan secepat mungkin.
- Aku akan buat satu blog baru dengan domain yang baru. Target bukan untuk adsense, bukan untuk buat duit. Tapi lebih kepada macam diari harian aku sendiri. Mungkin aku buat blog ni untuk syok sendiri sahaja. Ini untuk menggantikan blog-blog aku yang dah lama gila tak update di blogdrive dan blogspot. So, semua blog akan aku linkkan ke blog baru aku ini. Tunggu ajela. Senang cakap boleh kata blog syok sendirila. Bukan untuk buat duit punye..
- Kene survey hosting dan nama domain. So, kalau ada mana2 cadangan yang korang leh bagitahu aku dengan harga yang berpatutan. Boleh bagitahu aku kat ruang komen. Aku sangat-sangat mengalu-alukan. Manatau hosting company yang korang pakai bagus. Aku dah pakai namsahaz dengan cgyhost. So, aku nak try yang baru pulak.
- Nak fikir nama domain ni yang sakit. Kebanyakkan yang aku nak. Semua dah kene sambar. Tak apa. Masih ada banyak masa lagi..
- Aku nak beli e-book untuk belajar design. So, ada apa-apa cadangan? Ebook IM local digalakkan. Mungkin korang leh usha dan beritahu serba sedikit info macam ni. Leh kan?
- Aku nak memahirkan photoshop dan bagi expert dengan perisian Paint. Hehe. Penting ni, sebab tak ramai orang faham. Mungkin aku akan habiskan masa dalam bulan Disember aku ni untuk try error photoshop CS3 ni. Persedian mental dan fizikal sedang dilatih sekarang. Semoga selamat berjuang dan sempat kembali sebelum 31 Disember 2007..
- Aku akan cuba buat Contest Top Commentator Setiap Bulan dan beberapa contest lagi. Mungkin satu lagi contest dekat bakal blog baru aku. Tungguuu..
- E-book yang tertangguh2 sejak bulan Julai akan aku cuba selesaikan sebelum Disember ini. Memandangkan offer2 dan job semaking kurang, so aku rasa ini masa yang sesuai untuk mengarang setelah banyak data dan maklumat diperolehi. Bukti-bukti pun semakin banyak. Sori kepada yang mengharap aku buat e-book. Aku tak janji. Tapi aku cuba..
- Nak settlekan hutang PTPTN secepat mungkin. Harap2 tahun depan mission complete!
- Sasaran aku menghasilkan 2 forum dan 3 blog telah berjaya. Hasil kerja yang aku rasa boleh tahan walaupun takleh lawan macam Digitalpoint atau Wangcyber punye forum. Tapi aku still rasa aku leh buat 1 lagi forum. Tapi menggunakana platform Vbulletin. Aku harap aku leh buat tahun depan..
- Mencapai sales VCC lebih dari 500 card setahun.
- Mencapai payment Adsense $100 setiap bulan. Aku harap aku dapat buat walaupun aku bukan expert bab ni. Tapi aku cuba.
- Aku berimpian untuk menang contest di kawan aku ni. Dia buat contest khas untuk local market. Maksud aku, Malaysia jela. Blog ini cerita pasal buat duit gak. Kira sama niche dengan blog aku la. Senang cerita, camana nak menang Contest ni? Korang mesti daftar sebagai subsriber sahaja dan undian akan dibuat . Kira macam cabutan bertuah la. Tarikh Expired 31 Disember 2007. Masih sempat kalau nak join. Boleh pergi lihat info dekat blog buat duit ni.
- Aku juga berharap untuk menang salah satu hadiah di Blog Afzai. Mana tahu boleh menang kan? afzai buat Top Komentator Contest macam aku. Cuma hadiah berbeza. Korang pun leh usha kat blog afzai kalau nak sertai contest tu.
- Aku juga harap dapat menang blog contest di Iguides forum. Harap2 dapat tempat ke 2 atau tempat ke - 3. Lumayan tu. Tempat pertama susah sikit sebab aku tau ramai lagi yang lebih layak. Hope dapat menang. Sudahlah kalah masa referrals contest hari tu. Waa!!
- Aku juga berharap dapat buat duit dari DP forum lebih $500 setiap bulan dan buat duit dari posting lebih dari $400 sebulan. Harap2 aku mampu buat.
Ehm, dah banyak aku merapik sebelum Raya esok ni. So, selamat membaca harapan-harapan aku yang tak kesampaian ini. Bukan 3 lagi, dah lebih dah ni. So, ada tak korang punya harapan yang belum tercapai atau plan2 yang tak menjadi?
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content












