So, apa yang korang nampak lepas nampak gambar kat atas nih? Ada kemungkinan tak korang faham apa yang korang lihat? Laa..tak faham jugak? Oklah. Dengan ini aku menyatakan bahawa Blog Earncent atau blog buat duit ini juga turut tersenarai dalam banyak2 blog dan website di The Malaysian DotCom Youth Search 2008 Award. Ini bermakna blog buat duit ini juga bertanding bersama-sama blog lain macam Wangcyber, Amanz, Smartzul, Noorizamshah dan lain-lain lagi. kiranya semua member-member bloggers la.
Aku tak berapa pasti apa kriteria yang diperlukan untuk disenarai
So, diorang akan kira pemenangnya sape yang paling banyak vote antara banyak-banyak blog, website dan forum di Malaysia. Aku berusaha sahaja dan hope dapat banyak vote. Saja aku nak bersaing dengan bloggers yang lain dan dalam masa yang sama ini merupakan salah satu cara terbaik untuk mempromosi bloggers Malaysia dan blog aku sendiri. Dapat gak traffic datangnya dari Youth Search.
So, simple way. Jika korang rasa aku dah banyak atau dapat bantu korang cari duit atau korang dapat beberapa informasi berguna dari aku. Korang dijemput atau diajak untuk Vote blog ini dan aku sekali sebagai salah seorang bloggers yang bertanding di The Malaysian DotCom Youth Search 2008 Award. Eceh, macam jadi wakil Malaysia di Korat, Thailand plak. Hehe..Ini undi bukan pakai SMS, korang boleh undi dan vote dengan menggunakan banner tiga segi di sidebar kanan atas sekali di blog ini. Korang nampak kan? (Cuma perlu klik untuk vote) Tak nampak? Ada tak betul la dengan mata korang tu. Untung lagi tokei kedai cermin mata sekarang ek..
So, jika ingin buat duit. Macam-macam cara ada. Ini juga salah satu pemangkin untuk buat duit di internet. Pokoknya usaha dan usaha sampai dapat duit. Pilih juga guru dan cara yang anda sesuai. Mahirkan hingga menjadi kekuatan anda.
Ps: Aku baru sahaja recover balik apa yang aku lupa sejak balik dari Pahang semalam. Terus aku baca apa yang tertinggal. So, harap aku dapat sedikit trafik dari YOuth Search dan menjadi pemenang di Youth Search. Tak rugi mencuba kan?
Pss: Jika korang tak tau langsung mende Search Engine atau PageRank. Ebook Percuma ini sesuai sangatlah untuk korang. Baca dan fahamkan. Ini baru preview aje. Amiklah. Percuma sahaja. Download kat sini
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
No related Posts
« Make Money From Search Engine Myth Report | Buat Duit dengan Nufflets »














Bukan ramai orang dapat join nih. Harap2 you salah seorang pemenang nanti.
nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
Kalau leh dapat top ten…kira dahsyatlah blog ngko
Teruskan!!!
Afzai Afandi’s last blog post..MindSet Resolusi Ke Arah Kejayaan
kalau dapat top ten. memang bonus besar tahun ni la gamaknya..
So, meh undi blog ni ramai-ramai..
nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
mng jgn lupa kawan2 plak hehe
lankapo’s last blog post..Fantasy Honeymoon at Barcelona, Spain
Lagipun..diorang akan kira ikut content, vote dan sebagainya. Bukan bergantung pada vote aje..
Kalau menang. Kira duit raya tahun depan la ni..
aidilmujahid’s last blog post..sok temuduge
abdfatah’s last blog post..nak tahu asas perkomputeran?
anugerah prestij top comment titan… kehkehkehkehkeh…
abdfatah’s last blog post..rajuk sepak takraw PSM
kalo menang untuk lain kali boleh aaa belanja pizaaa…
abdfatah’s last blog post..miliki komputer dengan nilai yang rendah?