Mengapa aku suka Buat Service.. | EarnCent.com

Semalam aku ada cerita macam-macam benda pasal service kan? Aku rasa ramai yang nak tahu serba sedikit pasal service. Actually, tak banyak aku nak cerita tapi aku cerita secara kasarnya sajalah. Sebab benda nih susah sikit nak bagitau secara details. Kita sendiri kene olahnya. Kita sendiri yang kene corakkan dan jadikan service kita menarik. Perkhidmatan tu yang pasti memuaskan hati semua pihak dan harga jangan terlalu tinggi. Kekadang, ada customer kita rasa terseksa sangat pakai service kita tu..

Ok. Aku sentuh 2-3 perkara lagi tentang perkhidmatan di internet ini.

Pukul rata, ramai yang tahu tentang service buat blog atau buat website. Itu termasuklah sekali kos beli domain dan hosting. Di sini korang kene bijak sikit. Biasakan masuk kos harga domain dan hosting dan kos upah. Jika boleh bagitau customer harga yang korang tawarkan siap detailsnya sekali. Kadang2 ada customer yang tak kesah, janji website diorang siap dan nampak menarik. Jika perlu khidmat designer, pakai je. Kene bayar, bayar je. Janji customer puas hati. Biasanya duit bukan masalah bagi diorang.

Pastikan juga jangan wat janji tebu. Kalau service dalam 24-48 hours. Buat secepat mungkin. Jangan tangguhkan lama-lama. Kekadang, ramai orang lupa sikit benda-benda gini.

Korang pernah buat service yang orang lain tak buat? Ok. Antara contoh service yang unik aku buat tapi tak ramai orang buat. Contohnya macam service pengaktifan akaun paypal menggunakan Virtual Credit Card (VCC). AKu pasti tak ramai IM Local yang buat service ini. Lebih2 lagi service yang aku tawarkan dalam tempoh 24-48 jam. Rata-rata ramai yang puas hati. Sebab kalau aku ada masalah, aku bagitau diorang awal2 dan bagitau perkara sebenar. Jangan tipu. Tapi berikan penjelasan yang sewajarnya. Satu lagi, berikan sedikit info. Macam apa yang aku buat sekarang. Aku buka thread di Forum WangCyber dan 70% aku dapat pelanggan dari sana. Leh usha kat sini jika ada antara korang nak pakai Service Mengaktifkan akaun paypal menggunakan VCC.

Khidmat Nasihat dan Kelas buat duit di YM. Ini antara cara yang semakin famous sekarang dan ramai orang buat service ini. Walaupun kadang2 aku rasa macam banyak yang tak kena tentang service ini. Tapi aku nasihatkan korang fikir 2-3 kali sebelum mengambil service ini. Totally, hanya 50% saja yang akan berjaya membuat apa yang korang dapat dari kelas di YM. Dan mostly ramai yang tak berapa pandai untuk teruskan apa yang diorang mahu. Kadang2 malu nak bertanya. Korang dah bayar service ni, so tanyalah puas2 sampai korang faham. Kalau nak buat blog, tanya dia betul2 dan korang mesti dapat buat blog dalam tempoh 1-2 hari sahaja. Tak susah buat blog, kalau faham. Tak sampai 1 minit dah boleh buat blog baru..

Pukul rata. Fikir jugak sebelum korang amik sesuatu service. Berbaloi atau tak. Jika korang rasa perlu sangat. Ambil lah dan jangan lupa praktikkan. Ilmu yang tak diamalkan, tak guna 1 sen pun. Korang pun leh lihat apa yang Zul cakap kat blog dia hari ini. Banyak info berguna pasal perkhidmatan ini. Perkhidmatan tak semestinya pasal business sahaja. Kadang-kadang khidmat nasihat tentang komputer, design, isi borang dan macam-macam lagi boleh dibuat. Pokoknya, ada duit. Semua leh jadi..

Kadang-kadang khidmat nasihat atau service ini bukan sahaja melalui YM atau Email Sahaja. Korang boleh buat melalui E-book. Sekarang ramai yang buat panduan e-book untuk macam2 benda. Buat duitlah, buat designlah, buat itu ini dan bermacam lagi. Contohnya macam Sham Rajaadsense yang buat satu panduan Social Marketing. Korang boleh download panduan dalam bentuk e-book itu di blog sham. Aku dah baca panduan tu, memang berguna. Bagi newbie, bacalah walaupun aku pasti ramai yang tak berapa faham.

Cukup jelah info tentang perkhidmatan hari ini. Banyak aku nak cerita, tapi aku kena hantar mak aku gi pasar dan hantar akak aku gi wat gambar passport. Dan aku nafikan aku agak sibuk sikit 2-3 hari ini. Kalau aku lambat buat service aku, harap diampunkan. Aku cuma insan biasa yang cuba menjadi insan luar biasa..

Dengan ini terjawab mengapa, Service adalah income aku no. 2 yang tertinggi dalam bermacam-macam cara aku buat duit dari internet. Kalau aku boleh, korang pun boleh apa..

Ps: Aku rasa aku ada lupa sesuatu 2-3 hari ini. Sape tahu contact aku semula melalui YM.

Pss : Jika nak tahu khidmat buat duit melalui posting dan Blogging. Boleh cari aku di YM atau SMS aje kat no handphone khas aku tu..

Psss: Penat. Tapi aku rindu sama dia..

Pssss: Dapatkan juga Report The Death of Network Marketing di Sini JIKA korang belum baca. Percuma sahaja. Lepas register, korang kene login untuk download report ini ke komputer korang..













Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 13 comments. Apa plak komen korang?
nadzal - 18 Dec 07 at 05:11:40
Nice work! I believe you already earn well from your service. Especially your VCC service. Its good. I always see some people learn something good from you..

Blog service? Its a nice idea..

nadzal’s last blog post..Asthma Triggers?
merahkatak - 18 Dec 07 at 10:16:43
Patutla ko leh buat duit dengan service ko. Ini rahsianye..

Bila the death of network marketing setat bayar member dia?

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
Afzai Afandi - 18 Dec 07 at 18:03:04
Apa yg anda berikan pada masyarakat??
SERVIS…
Servis yg ngko berikan dikehendaki pula oleh masyarakat..so masyarakat mendapat faedah berterusan.
Dari situ pemberian ngko menunjukkan perkembngan…APA JADI PADA NGKO??
Banyak ler duit ngko lepas ni :)

p.s. saja bermain dgn kata2

Afzai Afandi’s last blog post..Bersedia Untuk Mencipta Kejayaan Pada Tahun 2008
merahkatak - 19 Dec 07 at 03:39:00
Hehe. Memang banyak ler duit dia pasni afzai..Pendek kata, kalau service bagus. Takde masalah punyela nk dapat duit..

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
titan - 19 Dec 07 at 14:14:58
Memangla kalau aku dibayar selepas buat service, memangla banyak duit. Hoho..

Apapun, promosi kene buat macam biasa. Kalau tak, camana nak dapat offer kan?

Pendek kata, usaha tangga kejayaan.
abdfatah - 22 Dec 07 at 14:22:30
nama lagi servis. servis yang berkualiti dan dengan kualiti yang ada itu memungkinkan dapat promosi dari kengkawannya yang lain pulak… atau saudara maranya yang lain…

haaa… kat mana lagi. tu dia tanya encik titan aje dan selepas tu selesai apa2 masalah yang berkaitan yang boleh beliau settlekan… apa servis dia…? dah tentunya akan mendapat sambutan dan dengan sambutan yang menggalakkan akan menghasilkan pulangan yang setimpal dengan servis yang diusahakan…

kalo servis hampeh sapo2 pun tak akan ada yang nak syorkan…

abdfatah’s last blog post..nak tahu asas perkomputeran?
nadzal - 22 Dec 07 at 14:38:12
Yap. If your servive is bad. I don’t think many people will come again.

But i can sure titan give a good service :D

nadzal’s last blog post..How To Treat Athsma?
titan - 23 Dec 07 at 14:25:56
Yap. Tanpa service. rasa kurang sesuatu aku setiap hari. hehe. Memang service VCC aku leh tahan. Sekarang, aku tumpu service ni dan 2,3 service dulu. Yang lain akan datang kemudian.
abdfatah - 27 Dec 07 at 16:31:31
step by step laa. lepas satu dan satu bertambah dari semasa ke semasa. berjaya satu servis dan kemudian teruskan kepada pelbagai jenis servis lain yang berguna untuk masa depan masyarakat dan juga turun temurun akan datang. turun temurun…?

abdfatah’s last blog post..nak tahu asas perkomputeran?
abdfatah - 08 Feb 08 at 00:46:08
servis yang menguntungkan kedua-dua pihak yang akan melipatgandakan rezeki masing-masing…

yoyoyoyooo….keep it up bro!

abdfatah’s last blog post..rajuk sepak takraw PSM
emme - 29 May 08 at 14:26:42
Service ni bisnes paling bagus kat muka bumi ni, bagi aku la… Sebab kaalau khidmat bagus mesti dapat regular customerkan?
merahkatak - 29 May 08 at 16:41:41
tak dapat dinafikan dan aku rasa memang ramai orang yang dah wat service sekarang. Aku yakin ramai orang sudah tahu kehebatan buat duit dari service ini.
Raja Kamil - 12 Oct 08 at 15:08:37
service kuda ada sapa leh offer


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------