Bagus Sangat Ke Pergi Bengkel atau Seminar? | EarnCent.com



Ehm, ini salah satu topik yang aku rasa ramai nak tahu bukan? Ramai yang pernah tanya aku. Perlu atau tidak pergi ke Bengkel atau seminar tentang perniagaaan, tentang MLM atau berkaitan dengan perniagaan internet. Jawapan aku, terpulang pada pendapat dan kemampuan masing.

Actually. Tak semua orang berkemampuan pergi bengkel atau seminar. Mungkin terlalu jauh macam kat sabah tu. Masa aku kt sana, ramai yg nak pi bengkel. Tapi tak ramai yg wat bengkel kt sana atau ceramah. Yg banyak seminar dgn bengkel pasal CNI, dan MLM2 yg lain..Aku sendiri 4 tahun kt sana tau perasaan diorang. Kadang-kadang bangga gak diorang nak pergi bengkel atau seminar Irfan Khairi tu. Cuma diorang busy dan kekadang hari dan tarikh kejadian bengkel tu jatuh pada tarikh diorang bekerja atau diorang ada kenduri kawin masa tu..Ada je alasan kan??

Pendapat aku yang lain, bagus juga kalau dapat pergi. Kalau tak dapat. Carila sumber yg mampu. sebab kekadang aku tanye member2 yg pi seminar. Korang faham tak apa yg diorang ajar masa gi bengkel atau seminar? Ada yg faham, ada yang geleng kepala. So, terpulang pada masing2 punye kefahamanla..

Usaha masing2. Kadang2 ada yg leh buat duit dr internet even tak pegi seminar atau bengkel. Tapi percent dia tak tinggila.. percent yg berjaya dlm bengkel pun tak tinggi. So, actually, tu depend pada peserta masing2. kalau nk berjaya, kene usaha. Klu pegi bengkel pastu senyap je. Jangan salahkan sesapa klu korang rasa cam tak berbaloi gi bengkel tuh..

Dan diharapkan masa pergi bengkel tu, buatlah notes yang penting2 dan tangkap apa yang korang rasa korang boleh aplikasikan untuk business korang. Mesti ada follow up dan kalau leh dapatkan support dari bengkel dan penceramah tu lepas tu. Kalau korang senyap je, diorang pun senyap jugak kan? Kang kalau tak buat apa-apa, lepas tu tak dapat buat duit. Mulalah dicanang sana sini yang bengkel dan seminar itu tak bestla, tak fahamlah, tak leh buat duitla dan memacam alasan lagi. Nak kata lembab. Mungkin. Nak kata bebal. Tak pulak. Mungkin diorang masih tak berapa faham dan malu nak tanya masa pegi seminar dulu kot. Tapi takkan la sampai slow sangat nak faham kan?

Last advice, kalau ada kemampuan, ada duit. Pergilah. Tahu suasana dan boleh juga tukar-tukar maklumat dengan IM-IM Malaysia yang lain. Sape lagi nak tolong kita kalau bukan bangsa kita sendiri kan? Tapi jangan pulak ikut bengkel2 yang tak berapa betul plak hinggakan jadi macam cerita katak dengan Ular yang Sham ceritakan di blog dia. Haru jadinya nanti. Mesti bijak bertindak mengikut keadaan..

Ps: Tahniah kepada Noorizam sebab berjaya dapatkan payment pertama dari Widgetbucks. Bila la agaknya aku nak dapat payment. Hari dapat tahun depan la gamakanya..







Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 14 comments. Apa plak komen korang?
zool - 11 Dec 07 at 07:00:12
Bergantung kepada pemahaman dalam seminar tersebut.. Kalau datang seminar tido.. hampaih le gamaknya..

zool’s last blog post..PC Fair Melaka
ain farah - 11 Dec 07 at 09:50:18
Betul tu. Kalau tdo. Pastu pura2 faham. Malas bertanya atau malu bertanya. Susahla nak jawab..

Tapi kalau dapat faham. Bagusla. Ain tak penah lagi pegi seminar atau bengkel. Masa sekolah dulu selalu la gi seminar SPM dgn UPSR..
merahkatak - 12 Dec 07 at 01:46:54
Tengok keadaan jugak. Harap2 la diorang faham. Kalau tak faham. Tak gunala pegi seminar tu. Perabih duit dengan masa je..

So, kalau dah pegi. Belajarla sungguh-sungguh..

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
Noorizam Shah - 12 Dec 07 at 02:24:17
pergi seminar tu kena la sungguh2.

Noorizam Shah’s last blog post..Sedikt Pelik dan Menjadi Tanda Tanya…
Afzai Afandi - 12 Dec 07 at 17:32:14
Depand…Bengkel dan seminar ni kena pilih2 jugak, ada yg sekadar nak duit semata2, tapi isi penyampaiannya entah apa2

Kalau dah pergi..bagi tumpuan betul2 ler..kalau tak, tiada gunalah ilmu yang disampaiakn tu

P.S. Dengan rasminya aku join contest ngko. Untung2 dapat pulangan balik atas apa uang ku laburkan utk contest aku.. :)

Afzai Afandi’s last blog post..Main Kutu?baik ke buruk??
titan - 13 Dec 07 at 01:34:08
Macam aku cakap. Tak guna satu sen pun kalau pegi bengkel tapi kita tak exploitasi apa yg kita belajar.

So, faham2la. Jangan dok salahkan orang lain pulak kalau tak faham. Tak faham kene tanya sampai faham. Korang bayar duit seminar dgn bengkel tu.

Tapi bengkel dan seminar berbeza. Bengkel lebih senang faham berbanding seminar..

Ps: aku pun join contest ko. Saje tambah traffic blog ko. Manatau leh sebat 1 place untuk winner. Hehe :D
afham - 14 Dec 07 at 06:37:43
at least kalo gi seminar dapat tgk cam ne orang gebang dan memberi sedikit konfiden untuk berhadapan dengan orang lain plak..
:P

afham’s last blog post..Lets taekwando with me
titan - 14 Dec 07 at 08:51:20
Betul. Konfiden tu penting gak. Tapi bagi aku yg mahal dalam seminar atau bengkel. Ilmu yang bermanfaat dan diamalkan.

Kalau dlm bengkel tu. Kita dapat tangkap 1 tips aje tapi kita kuasai sepenuhnya. Itu pun dah cukup. Tumpukan satu dan jadikan ianya niche anda. At least, korang ada 1 bende yg orang lain xde.

Itu yang aku buat skrg dan alhamdulillah. Agak berjaya..
abdfatah - 14 Dec 07 at 23:27:36
ada duit memang bagus laa. kalo takder duit memang tak berapa bagus jadinya…
titan - 16 Dec 07 at 06:17:08
Aku rasa semua orang nak duit kan? Kan? Hehe. Carila duit. Janji korang tak ganngu bini orang..
abdfatah - 20 Dec 07 at 15:09:32
seminar memang bagus kalo tahu untuk memanfaatkan ilmu yang telah disediaadakan untuk kita. kalo taknak pergi seminar cuba2 laa belajar sendiri dengan susah payahnya sebagaimana yang telah dilalui oleh mereka yang membuat seminar tersebut…. ia boleh diibaratkan jalan pintas sedikit untuk membina kejayaan lebih mudah…

p/s : oh… saya dah mulakan kempen komen bertalu2. mohon maaf kepada tokei blog .

alahai… pc saya slow sikit daaaa atau streamyx yang meragam?

abdfatah’s last blog post..nak tahu asas perkomputeran?
abdfatah - 07 Feb 08 at 14:59:24
kalo dah tahu seminar tak bagus lagi baik tak payah bicarakan pasal seminar apa-apa. dah nama lagi seminar yang tak berapa bagus… kenapa nak bersusah payah menyusahkan diri sendiri… tak gitu?

abdfatah’s last blog post..mahu dapatkan 20K dengan mudah?
fino - 07 Feb 08 at 15:10:11
Terpulang sebenarnya. Dah diorang ada duit, diorang nak gi seminar atau bengkel tu. Biarla diorang. Janji diorang dapat sesuatu daripada situ. Jangan la plak tak dapat apa-apa..

Apapun, saya tak penah lagi gi mana2 bengkel. Kalau seminar pernah la jugak kene pakse dengan kawan-kawan.

fino’s last blog post..Why its happen to us?
Raja Kamil - 12 Oct 08 at 15:45:24
bengkel kalo kena gaya best gak


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?
Cheap Massachusetts Car Insurance
-----------------------------