2007 December | EarnCent.com


Archive for December 2007


Pagi ini merupakan pagi yang agak cepat bagi aku. Tak terasa sangat masa berlalu dan aku akhirnya berjaya menyiapkan E-book Percuma aku yang pertama di Internet hasil permintaan beberapa blogger dan newbie. So, jika ada antara korang yang berminat untuk mendapatkan E-book ini. Sila baca detail di bawah. Aku tak nak korang menyesal lepas baca E-book percuma ini dan sesungguhnya aku sangat menyesal memberikannya secara percuma. Waa !!

E- book ini menceritakan tentang bagaimana aku mendapat duit dari Payloadz. Aku
bukanlah seorang yang otai ataupun pakar dalam Payloadz. Tapi setelah 1 bulan aku bermain kata dan bermadah dengan Payloadz. Aku terus nekad untuk membuat 1 E-Book berbentuk kajian dan panduan Cara Pantas Buat Duit dengan Payloadz.

Apakah ciri-ciri istimewa E-book Panduan Cara Pantas Buat Duit Dengan Payloadz? Kalau nak tahu, korang boleh baca E-book ini. Aku berikan percuma (sudah tak Percuma) sempena Tahun Baru 2008 ini. Orang kata hadiah buah tangan dari Blog aku ini.

Walaupun mungkin ada kecacatan dalam E-book yang serba kekurangan ini, aku terus juga taip dan menaip sehingga tidak sedar sudah 4 jam aku bersengkang mata buat E-Book Panduan ini dan aku akan terus buat kajian dan kajian tentang Cara-cara buat duit melalui internet. Cara Aku strict to the point. Tak ada lagi madah-madah. Kita tunjuk terus cara buat duit dari Payloadz. Bagaimana dan bagaimana, step apa dan apa yang kene ada.

Review aku sendiri terhadap E-book ini. Ia mampu membantu newbie mahupun Expert untuk mencari dan mendapatkan Duit Paypal mudah melalui Payloadz. Tak percaya? korang kene download dulu E-book ini. Jangan banyak cakaplah. Download je dulu, baca dan fahamkan. Aku buat Khas untuk newbie dan untuk Sesiapa yang tidak tahu apa itu Payloadz.

Dengan ini, korang semua boleh download melalui link ini sahaja sekarang

Download Place >>E-Book Panduan Cara Pantas Buat Duit Melalui Payloadz

Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content


Akhirnya Nufflets dilancarkan semalam pada pukul 8.40 malam ketika Hari Raya Krismas sedang rancak di ibu kota dan negara-negara yang meraikannya. Iklan Nufflets yang aku pasangkan di blog ini akhirnya menampilkan dirinya di sidebar kanan aku. Kiut je kat situ dan iklan pasal Nufflets.Anda tahu apa itu Nufflets? Ianya merupakan Ads Network ke 4 yang datangnya dari Malaysia dan ini sekaligus merancakkan Ads Network tanah air dan beberapa negara yang boleh menyertainya. Jika aku tak silap, Nufflets membuka penyertaan kepada negara Malaysia, Singapura, Australia, Thailand, China dan Jepun. So, makin besar dan jika korang perasan, Nufflets lebih kepada Asian Ads Network. So, meluas berbanding Nuffnang dan Advertlets yang menumpukan pada Malaysia dan Singapura sahaja. Cuba korang lihat hari jadi diorang ni..

NuffNang - 27th of February
Advertlets - 9th of March
GrabMyAds - 21th of November
Nufflets - 25th of December

Dalam masa tempoh 1 tahun. 4 Ads Network datangnya dari hasil anak Malaysia. Semuanya sedang berdiri gah dan membuat sesuatu yang baru untuk arena Blog Malaysia. So, aku tahu ramai yang berminat untuk join 4 program ini. Jika belum, korang boleh join sekarang. Jika sudah, berusahala untuk mendapatkan income yang hebat dengan Nufflets dan Ads Network yang lain juga.

Ok. Tak banyak yang aku leh bagitahu. Korang leh lihat sendiri di website diorang dan sebenarnya beberapa blogger Malaysia telah menemui Nufflets lebih awal dari aku. Antaranya adalah HongkiatBoonage, dan Flisterz.

Untuk pengetahuan korang. Nufflets lebih berbentuk kepada Adsense. Earning dikira melalui text ads CPC. Ini bermaksud korang akan dapat duit untuk setiap click yang korang dapat dari iklan Nufflets yang ada di blog korang.

Antara syarat untuk join Nufflets. Mesti pakai blog yang ada domain dan hosting sendiri. Aku tak pasti jika free host blog diterima atau tidak. Korang juga akan dapat 5 usd percuma dalam akaun korang selepas berjaya daftar dan blog korang diterima oleh Nuffnang. Bonus 10usd juga akan menyusul selepas ini. Tapi bagaimana nak dapatkan 10usd? Korang akan tahu selepas korang register Nufflets ini.

So, ini antara peluang buat duit lagi dari Ads Network. So, aku tak rasa kita kena lepaskan peluang ini. Rebutlah peluang bersama-sama. Aku yakin masih tak ramai yang menyertai Nufflets. Di harap post ini dapat membuka ruang bagi blogger Malaysia untuk terus membuat duit dari blog dan program2 lain lagi. Jangan buang masa lagi. Kalau nak buat duit dari blog, inilah masanya. Marilah support barangan buatan Malaysia..

Ps: Jika aku tak salah, owner dia Nabil.

Pss : Ini post kedua aku. Bila aku buat tadi, tiba-tiba terpadamla pulak. Huu..

Pss : Nufflets Slogan - Everyone’s Advertising !

Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content




So, apa yang korang nampak lepas nampak gambar kat atas nih? Ada kemungkinan tak korang faham apa yang korang lihat? Laa..tak faham jugak? Oklah. Dengan ini aku menyatakan bahawa Blog Earncent atau blog buat duit ini juga turut tersenarai dalam banyak2 blog dan website di The Malaysian DotCom Youth Search 2008 Award. Ini bermakna blog buat duit ini juga bertanding bersama-sama blog lain macam Wangcyber, Amanz, Smartzul, Noorizamshah dan lain-lain lagi. kiranya semua member-member bloggers la.

Aku tak berapa pasti apa kriteria yang diperlukan untuk disenaraihitamkan di Youth Search ini. Tapi selepas 1 hari aku submit permohonan. Dalam 1-2 hari aku, aku dapat email, masuk bulk mail plak tu memberitahu aku yang blog aku tersenarai dan bagi aku javasricpt untuk aku embedkan ke blog aku.

So, diorang akan kira pemenangnya sape yang paling banyak vote antara banyak-banyak blog, website dan forum di Malaysia. Aku berusaha sahaja dan hope dapat banyak vote. Saja aku nak bersaing dengan bloggers yang lain dan dalam masa yang sama ini merupakan salah satu cara terbaik untuk mempromosi bloggers Malaysia dan blog aku sendiri. Dapat gak traffic datangnya dari Youth Search.

So, simple way. Jika korang rasa aku dah banyak atau dapat bantu korang cari duit atau korang dapat beberapa informasi berguna dari aku. Korang dijemput atau diajak untuk Vote blog ini dan aku sekali sebagai salah seorang bloggers yang bertanding di The Malaysian DotCom Youth Search 2008 Award. Eceh, macam jadi wakil Malaysia di Korat, Thailand plak. Hehe..Ini undi bukan pakai SMS, korang boleh undi dan vote dengan menggunakan banner tiga segi di sidebar kanan atas sekali di blog ini. Korang nampak kan? (Cuma perlu klik untuk vote) Tak nampak? Ada tak betul la dengan mata korang tu. Untung lagi tokei kedai cermin mata sekarang ek..

So, jika ingin buat duit. Macam-macam cara ada. Ini juga salah satu pemangkin untuk buat duit di internet. Pokoknya usaha dan usaha sampai dapat duit. Pilih juga guru dan cara yang anda sesuai. Mahirkan hingga menjadi kekuatan anda.

Ps: Aku baru sahaja recover balik apa yang aku lupa sejak balik dari Pahang semalam. Terus aku baca apa yang tertinggal. So, harap aku dapat sedikit trafik dari YOuth Search dan menjadi pemenang di Youth Search. Tak rugi mencuba kan?

Pss: Jika korang tak tau langsung mende Search Engine atau PageRank. Ebook Percuma ini sesuai sangatlah untuk korang. Baca dan fahamkan. Ini baru preview aje. Amiklah. Percuma sahaja. Download kat sini

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Kali ini Jon Leger pula nak bagi duit jika anda sebarkan laporan
percuma beliau tentang Mitos Search Engine. Komisyen yang dibayar
ialah US$0.25 per refferal untuk 2-tier. Banyak betul Program Paid Per Lead sekarang. Belum masuk Santasal dengan The Death lagi..



Cara buat duit :1. Register dekat website Joe Leger ini.
2. Confirmkan email korang di email yahoo atau Gmail korang.
3. Aktifkan dan Login ke akaun website Search Engine Myth
4. Download Report Search Engine Myth ini..
5. Sebar-sebarkan kepada sahabat handai anda. Jika ada list. Bolehlah jugak khabar2kan pada list network anda.

Contoh:

Jika anda refer 10 orang anda dapat
0.25 x 10 = US$2.50 (atau ~RM8.40)

Jika 10 orang itu refer 10 masing-masing, anda dapat
0.25 x 10 x 10 = US$25.00 ((atau ~RM84.00)

Rasanya anda dah faham sebab bulan ni saja dah 3 program pay per
lead macam ni yang dilancarkan. Jadi bertindak segera, rebut
peluang anda sekarang di website diorang nih.

So, ini pun macam sebijik sama dengan The Death of Network Marketing Report yang dilancarkan oleh Mike Filsaime.

So, apa pendapat korang tentant report ini. Siapa yang dah baca? Apapun, korang leh gi usha website Joe Leger kat sini >> Register Here

Yang bagusnya. Dia bayar setiap 1 dan 15 haribulan setiap bulan selepas Launch dengan rasminya pada 9 Januari 2008. So, sebelum terlambat. Baik join sekarang.

Ps: Apapun. Selamat Hari Raya AidilAdha !!

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member


















  • Voice your opinion on Australia\'s largest Consumer Review Site

-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------