Archive for November 2007


Hari ini aku cuma nak beritahu. Aku berehat dalam 4 hari. Bermula dari hari Ahad hingga hari Rabu, aku takkan beroperasi melainkan aku jumpa mana-mana internet cafe semasa aku holiday bersama dengan mak abah aku di Johor. Kenapa Johor? AKu pun tak tahu. Parents aku suka jalan-jalan ni. Penang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak, KL, Selangor dan Sabah. Semua diorang dah pergi. Yang belum sekarang, negeri sembilan, Melaka dan Johor. So, sekali harungla kali ni dan aku merangkap drebar diorang kali ni. Huuu..

Ok. Kepada pembeli-pembeli paypal. Aku minta maaf sebab menghilangkan diri 4 hari ini. Sape yang dah terbayar. Sila contact aku hari Rabu ni. Aku akan transfer ke akaun korang secepat mungkin. Leh contact kat no hp aku ni : 019-2009289. SMS je kalau tak mampu call..

Ok. Aku nak promote 3 Buah E-book. Kalau berminat. Korang boleh sambar satu. Aku tak minta 3 bijik sekali. Ambil satu dan beli. Sebab harga ketiga-ketiga buah buku digital ini sangat murah. Semua bawah RM25. Tak caya? Meh aku review sikit 3 e-book ni..

Ebook Pertama : E-book HYIPOINT

Penulis Dia : Noorizam Shah
Harga : RM10 sahaja ( Maybank ) dan 6 USD (Paypal)
Keterangan : Maklumat yang sangat berguna tentang skim cepat kaya, HYIPoint, HYIP dan bermacam-macam skim yang menipu rakyat Malaysia. Pendedahan tentang Kaedah yang digunakan untuk menipu dan menjalankan HYIP. Serta mengupas beberapa isu menarik. Bagus dan boleh dapatkan segera sekarang!

Penilaian Earncent : 6.5 /10

Ebook Kedua : $7 Secrets @ Rahsia 7 Dollar


Penulis Dia :
Harga : 7 usd ( Paypal )
Keterangan : Sangat sesuai bagi newbie. Korang juga boleh dapat 7 dollar berulang2 kali. So, cuba sekarang, fahamkan. Boleh sebarkan dan jual. TAk minat nak jual tak apa. Ambil, baca dan jadikan manfaat serta ilmu yang berguna.

Penilaian Earncent : 7 /10

Itu sahaja. Pulang dari Johor nanti. AKu akan submit 2 E-book yang aku akan promote nanti. Sekarang sibuk sikit nak kemas barang. Aku cuma ada 1 jam je nak kemas barang dan beg. Ngamuk mak aku kang tahu aku wat keje last minute. Nasib seluar dengan baju sempat kering. Nak gosok plak lepas ni. Huu. Penat. Tak tido lagi. Nampak gaya abah aku la drive pagi ni. Aku jadi co-pilot ajela..

Ps: Apa2hal, sila tinggalkan di ruang comment ini..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Thanks because you manage to found this sub-page. I make this page only for you guys. Its rare and only a few poeple will fine this chance. I always sell this product for $10 usd and more than that. But only for a few days. This chance will open!

Its only 1 dollar Offer from Earncent to you!

This E-book really can help you to earn $1 everyday. I believe in 1 day you can make $1 AT LEAST! Its good and i already try this method.

Its not simple to do at first time. But after you know how to make money from this simple E-book. I believe you can get $1 again and again.

I don”t want to big mouth and talk more and cheat you. But please try and do the step by step in this e-book. Its really help. just take a tea and cake and learn it. Just in 24 hours, you will know how to get $1 dollar easily from this e-book method. Buy now? Do it now or you will regret next time!




Thanks again!

PS: If you have problem. Please leave the message here with your email. I will contact you as soon as possible.

Earncent.com and titan.

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Nov 14

Update..

9 comments - Post a comment


Saja nak review dan update apa-apa yang patut sahaja hari ini. Malas nak post topic-topic yang panas atau sejuk. Hari ini takde mood. Miss nasi lemak pagi tadi. Mungkin ngantuk sangat malam tadi..

Kerja-kerja paid per blog aku tergendala kejap. Aku tak buat apa pun kerja 2-3 hari sebab aku lebih tumpukan pada forum posting di 10 forum. Penat gila dalam 1 minggu ini sebab setiap 1 forum aku kena buat dalam 50 atau 100 post. Setiap payment antara $5 hingga $10. Bergantung pada requirement yang diperlukan dan juga syarat-syarat yang wajib aku patuhi. Adoi, penat gila hari ini..

A3union dah kenakan limit pada aku. Setiap hari cuma boleh dapat $6.69 sahaja. Tak dapat aku nak kata apa-apa. Setiap hari selepas lebih 20-30 klik withdraw dekat website a3union. Barulah aku berjaya withdraw dengan kaedah cuba jaya. Baki ada dalam $200++ lebih dan masih ada 2 contract yang setiap satunya $200 dan $250. ENtah bila aku habis withdraw semua tu pun aku tak tau. Fikir aku janji aku dapat balik aku punya modal sudahla..

Adbux aku meningkat dengan pertambahan 2 ahli baru yang rajin mengklik iklan2 dan harap2 diorang still maintain. Program affiliate Lazzeo aku meningkat dengan baik apabila aku berjaya mendapat 8 orang dalam satu hari setelah promosi di 3 forum. Ok apa. Ingat senang ke. Aku nak target 15 orang di Lazzeo dan Bizpreneur. Walaupun aku dah Gold Member di kedua-dua community ni dan bakal menerima payment setiap bulan, aku still nak dapat komisen referrals dari diorang. Orang kat bonus..

Tak ada job dari Payperpost, Blogsvertise dan Reviewme hari ini. Aku pun tak gi usha mana tau ada offer masuk atau ada yang aku berkenan. Aku baru register lagi 2 program sebijik macam Blogsvertiser dan Reviewme. Harap2 dapat income baik bulan November ni..

Penjualan VCC aku seperti biasa. Aku target 5 orang setiap bulan dan bulan ini aku dah dapat 3 orang. Keuntungan tak tinggi. Niat nak tolong kawan dan nak untung sikit. prgram Malaysia Dating online baru ada 7 orang downline. Setiap orang aku dapat $0.10. Target nak dapat 500 orang. Rasanya cam susah je kan? Tak apa, usaha tangga kejayaan.

Tentang ViralURL. Aku cuma berjaya dapat 4 orang sahaja dan maknanya aku dapat 4usd dalam akaun viralurl aku. Malangnya minimum payout adalah 10 usd. So, aku tak dapat withdraw dan offer 1 usd untuk 1 orang dah tamat. Kenalah tunggu promosi next time..

Ok. Cukuplah update hari ini. Kalau ada lagi aku edit dan aku masukkan apa-apa yang patut. Aku mahu mandi. Penat gila keje malam tadi..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Hoho..Ini antara post ke 2 aku tentang Widgetbucks. Senang cerita sebenarnya aku tak ada idea nak cerita hari ini. Dok godek-godek forum dengan blog orang mencari idea dan peluang business baru. Aku tengok ramai yang tengah dok hangat cerita pasal Widgetbucks. Ada yang kena banned dan ada juga yang hilang income diorang. Susah woo mahu cakap dan aku dapat katakan bahawa, pasti ada aktiviti yang membuatkan akaun diorang kena banned. Aku yakin 120 %. Mesti ada sebab mengapa akaun diorang kena banned..

Yang bagusnya. Akaun aku selamat. Mungkin disebabkan beberapa faktor yang aku rasa aku leh share dekat sini..

1. Impression aku je melampau. Tapi nak dapat click tak banyak. Purata 1-5 click sehari.
2. Aku cuma letak dekat blog dan forum english sahaja. Dan ini satu-satunya blog yang dalam melayu aku letak widgetbuck. Itupun tak dapat banyak klik dari blog ini. So, kebarangkalian untuk kene banned agak rendah la kot..
3. Aku dah cecah minimum. 50 ++ lebih je. Tak banyak macam yang dalam Wangcyber. Dah dekat 2-3 ribu lebih. Aku tak tau camana diorang wat leh dapat banyak tu. Mungkin teknik diorang power gila. No wonder adsense diorang kencang gila! Tapi kene banned plak dengan Widgetbucks. Nak gelak pun ada. Pelik pun ada. Camana adsense power tapi WB kene banned?
4. Pikirla sendiri..

Korang leh baca apa-apa information pasal WB dekat blog diorang ni >> Blog WB Yang buat aku pelik tu. Diorang pakai Blogger. Takde ke blog hosting sendiri??

Korang leh baca cerita tak puas hati dekat 2 forum ini. Aku cuma syak yang kena banned tu ada wat fraud activity saja. Dah takde cara lain. Mungkin tak klik sendiri. Tapi jika advertiser tak dapat pulangan yang lumayan. So, mesti advertiser marah kan? Klik tinggi gila. Tapi takde orang beli product. Itu yang sampai kene banned kot. Sape-sape yang apply teknik tak betul tapi berjaya dengan adsense, tak semesetinya berjaya dengan widgetbucks kot. Apa perasaan korang kalau diorang bayar mahal2 tapi takde sorang pun buyer? Tapi salah WB gak. Tak cite awal-awal..

Dan sekarang. Kita dah tak leh letak dekat mana-mana laman web atau blog yang bukan dalam bahasa english. So, nampak gaya blog nih pun kene buangla code WB diorang? hoho..

Korang leh bincang kat forum ni >> WangCyber dan DigitalPoint

Ps: Harap2 dapat payment WB hujung bulan Disember 2007. Adala sikit duit nak sambut tahun baru. Hehe..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------