So, bila kita tak cuba tentang sesuatu yang baru, memang kita takkan tahu apa keistimewaaannya bukan? So, hari ini dan beberapa hari yang lepas aku telah mengenali Facebook dengan lebih mendalam.  Aku malas nak cakap panjang-panjang. Tapi aku suka mencadangkan sesuatu website atau program yang baik untuk diikuti jika bende tu benar-benar mampu mendatangkan hasil.  Nampak cam mengarut je kan Facebook ni? Simple dan macam-macam kena buat. Tapi..

Aku suka Facebook! Itu sahaja yang aku dapatkan setelah beberapa hari bertapa dengan Facebook. Biarpun senarai kawan-kawan yang aku ADD itu ada yang cina dan melayu sahaja, tapi diorang sporting dan kebanyakkan student yang masih belajar di luar negara. Best gila cakap dengan awek cina semalam. Hehe..

Facebook sangat berbeza jika nak dibandingkand dengan Hi5, friendster dan Myspace serta beberapa social website yang lain. Pendek kata, Malaysia mempunyai jumlah yang agak ketara di Friendster dan Myspace. Dan tidak ketara aku cakapkan Facebook antara yang tertinggi di kalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi student2 di luar negara.

Kawan aku cerita sebenarnya Facebook in hanya satu program yang khas untuk salah satu universiti di UK dan akhirnya dibuka kepada orang ramai setelah mereka rasa Facebook pastut diketengahkan. Mungkin siapa tahu Google atau Yahoo akan beli Facebook bukan? Hoho !! Setahu aku diorang tak beli lagi kan? Atau aku yang terlambat tahu berita tu?

Senang cerita, facebook ada beberapa elemen yang tidak ada di friendster dan Myspace. Totally diferent. Ada software yang atau features yang kita kene download atau add dulu before kita dapat gunakan tu. Aku sekarang tengah gila main game WarBook dekat Facebook. Memang gila habis. Aku main dengan adik aku. Walaupun dalam lingkungan 130000 orang sahaja yang main. Tapi aku puas hati dapat bertempur cara maya ni. Ada pempuan pun main game Warbook ni tau! Jangan jeles !! Ni ada cite sket pasal game yang aku tengah dok gila main sekarang. Nak wat posting kat forum pun lepas aku habis turn serang. Hoho..

Application: WarBook
By: Freewebs
Description: Warbook is a medieval fantasy game played in Facebook. Control a kingdom, build an army, and conquer your friends!
Users: 124,313 daily active users (24%)
Built by : TJ Murphy and Han Xiao of Freewebs.


So, malas nak cakap banyak. Korang pun leh join kat sini. Jika berminat untuk promosi atau buat sesuatu business dekat sini. Amatlah digalakkan sebab ada satu ruang yang dipanggil marketplace di Facebook. So, korang leh promote dan promosi apa-apa yang korang suka di bahagian marketplace ni. Nak tawarkan pekerjaan pun ok apa. Ada orang siap tawar perkhidmatan translation kat sini tau..

Ps: Sampai sekarnag aku tengah dok fikir, camana nak dapatkan 10 dollar sehari dari Facebook. Aku tengah kaji sambil cuba naikkan level Hero aku. Baru je level 4. Hoho.. 




Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 8 comments. Apa plak komen korang?
vangardx - 01 Nov 07 at 17:18:57
aku ada akaun facebook tapi tak update pun..skadar register..terlalu bnyk komitmen buat masa ini.. :D

best blog ni..bnyk benda boleh baca..nak subscribe boleh?

vangardx’s last blog post..Sorry Arsenal, Manchester United will take the lead
titan - 01 Nov 07 at 17:57:15
Boleh. Ada kat tepi tu. Langgan je kat sidebar kanan tu. Free aje. KAng aku caj, korang marah..

Subscribe je kalau korang berminat..

Apa akaun facebook ekau? Saje buang masa ngorat budak2 yang stady kat overseas. CUte-cute gila..
emet - 06 Feb 08 at 02:11:40
Betul la, blog ko ni lain dari yang lain… Cam best jer facebook ni, nanti aku daftar la… wat mase ni bz ckit maa.. ;)

emet’s last blog post..Kisah Kejayaan Labanon
rina - 06 Feb 08 at 02:21:11
Busy mende. Busy ngomen nih. Hehe..tak apalah. Facebook dah lama join. Warbook je yang tak penah terfikir nak main. Ramai gak yg hantar request ajak main.

Pasnih nak try mainlah. Macam best je serang2 kingdom orang nih..

rina’s last blog post..Why not we talk about Backlink?
abdfatah - 06 Feb 08 at 02:28:58
sayapun ada join facebook jemputan dari rakan bloggers jugak. tak terupdate jugak dengan facebook nih. tunggu laa nanti free ke apa ke bleh jenguk semula facebook tersebut…

kalo dapat ribu3 jadi jutawan bleh teruskan usaha dengan facebook. mesti bleh kaya raya dengan facebook nih…

abdfatah’s last blog post..mahu dapatkan 20K dengan mudah?
Raja Kamil - 12 Oct 08 at 16:51:34
hehe.. mudah2an tercapai sasaran nak jadi jutawan
farahaznil - 12 Aug 11 at 00:53:42
org mana main dah friendster titan oi…..hahahaha…zaman dah maju…guna fb je ler
Ronaldmohoni - 14 Aug 11 at 10:50:51
Titan,
Nampaknya ko adalah antara pengguna terawal Facebook di Malaysia. Saya sendiri hanya mengenali facebook di tahun 2009. hehe.



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011