Hari ini hari yang agak sibuk. Sibuk mengemas rumah, cat rumah, basuh pinggan dan seangkatan dengannya serta mengelap apa-apa yang sepatutnya. Seisi rumah jadi sibuk dan pendek cerita. Aku tak online sangat hari ini. So, duit yang masuk pun tak banyak sangat. Income bawah 10 dollar hari ini sebab tak banyak post dekat blog dan forum. Tak apa, aku yakin aku akan dapat lebih selepas ini. Cuma dah nak raya ni, tak salah kita tolong Mak Abah kita kan? Sibuk-sibuk pun, kenalah tolong ni. Inikan rumah kita juga..

Pagi ni aku dengan abah aku akan gi amik adik aku yang balik naik keretapi dari Perlis. Nun jauh budak tu belajar. Time raya baru ingat nak balik. Dia tuntunt MP3 dari aku. Adeh, malas tul aku nak menunaikan permintaan dia. Dia geram sebab aku rembat Handphone baru. Hehe. Sekali dia minta kat abah mak aku sekali. Pulak tu, adik bongsu aku gi angkat Nokia N70. Mana tak amuk budak perempuan tu. Dia nak jugak MP3 tu dan nampak gayanya aku kena teman gak budak ni gi cari benda yang dia nak. Aku tak faham betul. Laptop ada, pasal tak dengar dari laptop je. Ada handphone. Apsal tak dengar dari situ aje..Aku memang tak faham betul orang pempuan ni tau tak..

Oklah. Hari ini sahur awal sebab nak kuar rumah jam 5 lebih nanti. Abah aku dah bangun ni.  Ok. Masa dah time. Babai!


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 7 comments. Apa plak komen korang?
Jutawan - 19 Oct 07 at 09:04:28
No problem bro, adik nakkan kasih sayang abang tu, lebih2 lagi pompuan, Ko dah belikan ker?
titan - 19 Oct 07 at 17:50:48
Belum lagi. Hujung bulan ni. Tak tukau lagi duit Paypal. Dah cashkan duit paypal dengan e-gold aku bulan ni. Dapat kot. Dia nak tukar Ipod shuffle plak. Adeh, kopak aku sebagai abg sulung..
emme - 31 May 08 at 05:52:24
Ala cakap je dgn adik ko titan, lain kali kalau nak barang tunggu dah kerja. Dah dapat duit gaji mcm2 boleh beli. :)

Contohi ko yang kerja sendiri… tak pon ajar adik ko blogging, dapat jgk duit lebih.
farahaznil - 31 May 08 at 05:58:50
hahhaa..adik ko skolah lg ke titan??
videono - 23 Mar 09 at 03:57:37
perempuan mungkin menyusahkan. Tapi, kita memang memerlukan mereka sentiasa. Jadi, terimalah mereka seadanya.. :)
Ronaldmohoni - 12 Aug 11 at 11:35:30
hehe, orang perempuan, biasalah titan. Kadang2 menyusahkan, kadang2 menyenangkan.
farahaznil - 12 Aug 11 at 22:03:42
dua2 sama je….saling memerlukan…hilang sorang maka tak sempurnalah kehidupan….cewaaahhh



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011