Archive for September 2007

Sep 15

CSI Experience?

2 comments - Post a comment


Just Testing SOmeting. Jangan tanya apa-apa. AKu tengah try sesuatu ini. Harap maklum.




Ps: Terima kasih kerana tidak tanya apa-apa
Pss: Korang faham ke apa minah ni cerita?

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Sakitnya hati. Pagi tadi semua kedai nasi lemak aku pegi. Semua dah tutup. Tak jadi aku nak beli..

Sape2 tau tak kat mana ada jual nasi lemak pagi esok? Meh habaq kat aku. Jangan jauh2 dah la. Kalau tak, tak sanggup aku nak cari. Aku tengah keempunan nasi lemak ni. Balik UMS terus aku lupa beli nasi lemak. Bila aku sedar dari tidur je, sekali esok puasa pulak. Daif sungguh aku ni..

OKlah. Aku nak gi masak jap. Jap lagi nak sahur. Mak abah aku tak bangun lagi. Tugas aku mengejutkan diorang setiap pagi.Dan harap2 aku dapat buat sesuatu. Hoho..

BUsiness Jalan Macam biasa. Dan aku telah install satu software untuk hide IP address aku. Ada benda jahat yang aku nak buat kali ni. Apa dia? Rahsia. Nanti aku beritahu korang. Apa yang aku nak buat nanti ek. Hoho..

Sapelah leh wat nasi lemak untuk aku hari-hari agaknya..:(

Ps: Sorry, aku tengah mamai rindukan nasi lemak ni. Dah 1 bulan lebih aku tak makan..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


dsc00089xj7.th Aku Ponteng Puasa?

Korang makan Tom Yam Tak? Aku Agak sibuk sedikit hari ini. Tak banyak yang aku boleh bicarakan. Aku akan post beberapa program yang menjadi kegemaran dan program baru yang aku sertai setelah aku balik dari UMS. Agak penat dan sejak bulan Puasa bermula ni, aku selalu nak tidur saja. Apalah agaknya sindrom yang aku kena ni. Aku kena buat sesuatu ni. Walaupun aku tahu aku boleh mengubahnya. Cuma aku malas sahaja. Hehe..

Ok. Baru saja dapat beberapa offer dari Blogsvertise dan Payperpost. Dah pun buat semua post yang diperlukan. Aku pun dah complete beberapa post dekat 3,4 forum yang aku join dulu. Harap-harap dapat payment secepat mungkin. Ada benda yang aku hendak buat dengan duit tu. Hari ini dapat 2 payment kecil. Bolehlah, sape nak bagi kan? At least setiap hari ada duit masuk. Ada 10 usd satu hari pun dah kira hebat tau tak kalau berinternet ni. Jangan tak dapat duit langsung sudah. Itu sudah kes berat tu..

Sekali lagi kawan aku mempersoalkan tentang perniagaan internet. Benarkah boleh buat duit? Kalau setakat 3-4 ratus sahaja sebulan. Baik tak payah buat. Memanglah tak payah buat kalau korang dah kaya. Kalau orang yang tahu nilai duit. Tak adanya tolak rezeki kalau tahu cara nak buat duit. Masalahnya korang ni semua tahu ke tak cara nak buat duit? Jangan asyik cakap tak pakai mulut aje. Kang ada yang makan garam lebih 1 kilo karang. Aku dah cakap dari mula lagi. Benda macam ini. Tak semudah yang korang sangka. Aku pernah dapat beberapa ratus sehari pun sebab aku dah usaha dekat 2-3 tahun memahami selok belok pertempuran dalam dunia internet ini. Semua ini indah jika korang tahu macam caranya nak mendalami cara buat duit dari internet. Pokoknya, korang tahu atau tidak?

Kalau nak tanam pokok. Mesti ada adabnya kan? Mesti beli benih. Mesti ada cangkul. Mesti ada racun serangga. Mesti ada bajanya. Mesti buat ikut turutan. Bilangan tanah pasir, tanah gambut dengan baja mesti ada kiraannya tersendiri kan? Pokoknya mesti faham dan tahu. Tak ada jalan short cut. Kalau tidak, pergi ajelah kerja kilang. Cari kilang swasta. Gaji pun dekat seribu apa kalau dah lebih 6 bulan bekerja. Lagi untung kalau korang buat overtime. Ini kerja bukan fulltime. Aku pun buat separa masa sahaja. Tak ada daya nak buat fulltime memandangkan aku pun ada kerja lain. So, fikirlah bulat-bulat..

Okla. Apapun, selamat berpuasa. Jangan ada yang minum air paip sudahlah. Teringat zaman aku kecik2 dulu. Ponteng puasa minum air paip. Kalau aku tahu, aku minum sirap bandung ka, makan pizza ka..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Berita hari ini tidaklah seindah macam yang disangka. Aku tidak terlalu aktif lagi untuk membuat kerja untuk projek aku yang lepas berikut beberapa perkara yang perlu disetelkan dahulu. Tapi jangan bimbang, semua urusan akan diuruskan secepat mungkin dan aku tahu aku perlu buat sesuatu tentang masalah itu.

Hari ini tidak banyak yang aku dapat kongsikan. Tapi aku yakin tak ramai yang tahu apa aku buat hari ini. Sebab hanya aku saja yang tahu kan? hoho! By the way, hari ini aku lebih banyak melawat ke blog-blog orang lain. Saja jalan-jalan hari ini cuci mata. Mana tau ada benda menarik yang perlu aku tahu hari ini. Siapa tahu mungkin aku akan dapat sesuatu yang berguna. Siapa tahu kan? Nasib manuasia terletak di mana? Untung sabut timbul kat sungai mana kan?

5 minit yang lepas aku cuba untuk login dekat maybank2u. Tapi mungkin sebab maintainace aku tak dapat login. Saje je. Nak topup. Prepaid aku dah habis. Aku rasa mungkin dah sampai masa aku tukar kepada line berbanding prepaid. Mungkin lebih berbaloi walaupun aku tau promosi Maxis sekarang memang melampau habis. RM2 boleh sms/call setiap hari. Supersaver punye promosi tu. Kalau airasia atau Mas wat promosi macam tu, mesti tiap2 hari flight penuh punya..

Banyak juga yang aku dapat hari ini. Nanti aku share dengan korang apa yang patut. Sebab aku otak aku tengah tepu lepas balik dari konvokesyen ni. Rasa macam-macam benda nak buat tapi terbeku. Better aku wat list atau note apa-apa yang patut sebelum aku terlupa apa-apa kan?

Payment aku down sikit dalam bulan Ogos yang lepas tetapi tak apa. Normallah tu kan? Adat cari duit kat internet ni. Ada turun naiknya dan aku rasa aku kena buat sesuatu sekarang. Banyak yang aku dah terlepas ketika aku berada di Sabah. Tak apa, ada hikmahnya aku terlepas dan ada juga hikmahnya aku di Sabah tempoh hari.

Oklah. Mata aku dah kuyu ni. Tanda-tanda awal aku menyerah kalah malam ini. Dah terbiasa sangat tidur awal kat Sabah. Terbawa-bawa pula bila aku balik Banting ni. Nak tak nak terpaksa aku mengaku kalah.

Apa-apapun. Biarpun tinggal 1 hari sahaja lagi kita akan berpuasa di bulan Ramadan, aku nak juga ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Harap semua kaum lelaki dapat berpuasa penuh 30 hari. Perempuan tak apa. Diizinkan atas sebab-sebab terlarang..

Ps: Tinggal 1 hari je lagi. So, siapa yang nak ganti puasa. Dah tak boleh dah agaknya..

Pss:  Cabaran income $150 usd untuk bulan Puasa bermula pada hari esok bagi diri aku.

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011