Asas Posting

Tidak banyak yang aku hendak cakapkan pasal Asas posting. Rasanya ramai yang dah tau kan? Senang aje. Korang leh ikut tips aku untuk asas posting walaupun sebenarnya tak ada standard sebenar.

1. Pertama, korang kena Ikut peraturan (rule) atau faq yang telah diberikan di forum diorang. Selalunya diorang akan cakap atau beritahu dalam satu thread khas tentang peraturan. Baca dan cuba betul-betul fahamkan.

2. Kedua, baca dan fahamkan balik arahan pertama.

Sistem Posting dan Sistem rate

Sebenarnya, sama saja sistem posting atau rate ni. Aku gabungkan sekali agar korang boleh faham. Kalau tak faham boleh tanya.

Bagaimana kita dibayar mengikut sistem posting? Sistem posting berkait rapat dengan asas posting. So, korang baca dan fahami betul2 arahan. Ikut peraturan. Semua forum ada peraturan sendiri walaupun kadang-kadang peraturan tu sama saja. Tapi mungkin sesetengah forum ada peraturan khas dan tak semua orang boleh follow arahan tu. So, jika ini berlaku. Korang abaikan aje forum macam ni. Kalau rule atau peraturan tu ketat sangat. Leave it. Jangan buang masa dekat forum yang susah nak cari makan..

Satu lagi. Setiap forum ada sistem posting tersendiri. Macam yang aku cakap diatas. Kena ikut peraturan diatas. Jika anda dibanned, memang sah-sah korang tak leh join balik forum tu melainkan pakai proxy atau register guna IP yang berbeza. Tengok forum juga. Kadang-kadang tak strict sangat. So, hentam sajalah. Takda standard universal punya sebab selalu forum yang aku join pun, ok je. Tak ada yang buat keje nak menyusahkan orang. So, macam aku cakap tadi. Peraturan tu penting.

Sistem rate

Jika kita cerita pasal rate. Ini antara faktor utama yang perlu korang ambil perhatian. Tak semua rate di forum-forum yang kita join tu mempunyai rate yang sama. Ini bergantung pada “paid per post offer”, “poster contest”, poster offer dan sebagainya. Banyak istilah-istilah yang korang tak berapa fahm. So, nanti aku terang satu-satu. So senang cite. Tengok bawah ni..

100 post = 5 usd
200 post = 20 usd
1000 post = 100 usd
1 post = $0.02 usd
1 post = $0.05 usd
1 post = $0.10 usd
20 post =$2.50 usd

So, ini antara rate-rate yang selalu aku jumpa di mana-mana forum yang membuat offer sebegini. Tak banyak dan korang kena cari sendiri. Tak semua forum dapat stand untuk jangka masa yang lama. So, nasihat aku. Survey dan kaji selidik forum-forum yang menawarkan offer-offer sebegini. Terpulang pada korang. Aku dah terangkan serba sedikit tentang sistem rate.

Tunggu post aku yang seterusnya dan sebenarnya aku agak sibuk 2,3 hari ini. Aku dapt offer 5-10 forum untuk buat post dalam 1 minggu ini. So, banyak masa aku habis kan untuk posting sahaja. Aku dapat offer 1000 post untuk 10 usd. Lumayan. Masalahnya aku tak ada masa sangat nak buat kerja gila tu. 1000 post berkualiti, tak senang nak buat kerja tu. Tapi kalau dapat payment tu. Tukar dengan ringgit malaysia, mahu aku dapat dekat RM350 hanya dengan kerja 5-7 hari sahaja!

Apa-apapun. Aku nak rehat sekarang. Sudah 10 jam aku posting dan 4 offer aku dah done. Aku dah request payout dan 1 payment dah dapat. Alhamdulillah..

Ps: Really tired and need to rest.

Pss: Jam 10 pagi kena pergi pejabat pos. Bayar semua bill dan beli wang pos..


Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 4 comments. Apa plak komen korang?
emme - 14 May 08 at 04:52:12
Terus terang aku bgtau ko titan, aku tak sabar nak tunggu report Cara ko buat duit tu… :)

Aku harap ko “bocor”kan semua rahsia ko buat duit tu. :D

Dan aku harap ko boleh bagitau forum-forum yang bagi offer lumayan macam kat atas tu… InsyaAllah aku nak ikut jejak ko… :D

Bolehkan titan, senang cite memang aku malas nak cari satu2… sebab ko pon nak kuarkan report tukan? aku tunggu jelah, lagi selamat join program yang ko pernah sertai dan dapat bayaran…
Rafhz - 14 May 08 at 05:30:17
haha… sbb tu titan maju dulu hehe…. tp ok gak… klu yg x de mase nk servay sendiri, better mengikuti perkembangan semasa kat blog titan nie, lebih cepat n senang…. :) hehe, selain tu titan pom nk bocorkan rahsia dia dapat duit.. so ape lagi bukan senang n free nk dapat rahsia tu.. hehe
Raja Kamil - 12 Oct 08 at 14:43:15
kalo buat betol2, dapat title posto2
Ronaldmohoni - 10 Aug 11 at 15:33:01
Hmm, begitu rupanya. thanks dengan info ni Titan. Lumayan juga tu.



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011