Hari ini aku sahur bersama-sama keluarga tersayang. Rasanya mesti tak sama kan bagi mereka-mereka yang bersahur di kolej, di luar negara, di universiti dan di mana-mana sahaja di dunia ini yang beragama Islam bersahur ketika ini. Suasana yang berbeza dan aku tahu suasana itu. Ini kerana sudah 4 tahun aku mengalami keadaaan sedemikian rupa dan akhirnya puasa tahun ini aku mencipta kelainan. Maklumlah, belajar dekat Sabah tu jauh. Walaupun naik flight cuma 2 jam setengah sahaja. Tapi nak balik tu dah macam aku tinggal luar negara. Lum kalau dari Jepun ke, Korea ke, Brazil ke Ukraine ke. Mesti lebih 5-10 jam dalam flight sebelum sampai ke Malaysia kan? Sebab tu aku kata, suasananya berbeza. Pernah tak korang buka puasa dalam flight? Dah 2 kali aku kena masa balik untuk raya dulu. Makan roti je sebab tak mampu nak beli nasi lemak diorang yang masa tu harga RM6. Air suam diorang beri percuma cawan kecil. Huu..

Itulah. Indah sungguh waktu ketika belajar dan sekarang aku melangkah ke alam pekerjaan. Semua resume sudah dihantar dan telah pergi interview mana-mana yang patut dan sekarang pun aku masih meng”apply” mana-mana ruang kosong yang ada. Tibai je mana-mana dulu. Ambil pengalaman. Bak kata IM Malaysia sekarang. Pengalaman mengatasi segala-galanya. Experience is Money !! So, if you want money. Take experience first.

Aku nak cerita sikit pasal Experience atau dalam bahasa melayunya “Pengalaman”. Benarkah pengalaman memainkan watak yang penting dalam kehidupan kita. Tak kiralah dalam kerja, dalam sukan, dalam permainan, business dan memacam la lagi. Penting sangat ke? Ramai kawan aku kata penting. Nak buat bangunan yang tinggi-tinggi yang mencakar dan menggaru langit pun mesti ada pengalaman. Kalau tak, malas orang upah kontraktor cam ko buat bangunan tinggi kan? So, pengalaman memainkan perananan yang sangat penting. Terutamanya zaman IT dan zaman Wang sekarang. So, carilah pengalaman dulu. Itu lebih penting sekarang. Duit akan datang dengan sendirinya..

Satu perkara yang aku ingin ketengahkan tentang penganggur yang berjaya sekarang. Ramai yang kata susah sangat nak cari kerja tetap. Yap. Aku akui hakikat tu. Nak cari kerja tetap memang susah. Tapi nak cari kerja sementara memang senang walaupun aku tahu tak semua tempat di Malaysia ni senang nak dapat kerja baik sementara pun tetap. Alhamdulillah kawasan area atau daearah aku agak senang mencari kerja tak tetap. Nak tetap kena kerja lebih setahunlah. Baru dapat gaji tetap. So, macam mana nak dapat kerja tetap? Satu yang aku nak beritahu atau tips untuk cari kerja tetap. Pertamanya, kerjalah mana-mana dulu kerja sambilan. Gaji tiga atau empat ratus pun tak apa. Janji ada duit masuk dalam poket. So, lepas tu kalau nak apply kerja. At least kita ada pengalaman bekerja biarpun hanya 3 bulan. At least kita pernah bekerja. So, pada graduan2 yang baru saja fresh graduan macam aku ni. Cari kerja sambilan dulu dan asah kepakaran masing-masing. Jadikan itu sebagai pengalaman berharga.

Aku tahu mungkin ramai yang menyoal kemampuan IM (Internet Marketer) di Malaysia baik yang newbie atau yang dah tahap sifu. Tapi segalanya terpulang pada anda. Kalau kami boleh buat dari internet. Tak mustahil satu hari nanti IM merupakan Top List dalam iklan-iklan surat khabar 10 atau 20 tahun akan datang di Malaysia. Aku tak rasa sangat terlambat sebab Internet kian menular di media dan otak-otak rakyat Malaysia sekarang. Tak mustahil aku katakan 10-20 tahun nanti setiap rakyat malaysia ada satu bijik computer di rumah masing-masing. Computer pun dah murah. Bawah RM700 pun dah boleh dapat yang lengkap punya. Tapi RAM sama Hardisk dapat standardlah..

Jadi, persoalan demi persoalan akan timbul dari satu hari ke satu hari yang akan datang. Dari situlah pengalaman bermula dan mengajar kita. Macam mana? Salahkah aku kata pengalaman merupakan senjata anda sekarang?

Apa-apapun. Selamat berkerja dengan hati yang murni. Lepas ni aku nak jalan-jalan dan baca informasi yang menarik kat blog-blog orang. Mana tau dapat ilmu yang bermanfaat bersama.

Aku ada buka satu butang baru. Khas untuk Hawaiian Pizza. Teringin nak makan Pizza. Jika korang rasa berbaloi datang blog aku dan sudi bantu aku makan Pizza. Boleh hulur 1 sen dua kat sini. Saja try benda baru..




Ps : Kena marah lagi dengan N..
Pss : Experience is Money. Did you agree with that?


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 4 comments. Apa plak komen korang?
abdfatah - 03 Apr 08 at 01:54:04
pengalaman memang penting… berapa lama anda kerja dan berapa lama anda punya pengalaman dalam perniagaan…

itulah dia caranya untuk anda menggunakan sepenuhnya pengalaman yang telah anda miliki untuk menghasilkan pengalaman2 yang lebih bernilai tinggi dan menghasilkan wang yang maksima setiap hari…

abdfatah’s last blog post..kebangkitan penggiat bloggers
Raja Kamil - 12 Oct 08 at 15:44:59
pengalaman tak bleh beli. bleh kongsi
Ronaldmohoni - 10 Aug 11 at 15:28:50
pengalaman itu amatlah penting. tanpa pengalaman, agak sukar untuk melakukan sesuatu perkara.
farahaznil - 12 Aug 11 at 00:43:55
yup….btl tu…tanpa pengalaman kita kosong….



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011