Korang makan Tom Yam Tak? Aku Agak sibuk sedikit hari ini. Tak banyak yang aku boleh bicarakan. Aku akan post beberapa program yang menjadi kegemaran dan program baru yang aku sertai setelah aku balik dari UMS. Agak penat dan sejak bulan Puasa bermula ni, aku selalu nak tidur saja. Apalah agaknya sindrom yang aku kena ni. Aku kena buat sesuatu ni. Walaupun aku tahu aku boleh mengubahnya. Cuma aku malas sahaja. Hehe..
Ok. Baru saja dapat beberapa offer dari Blogsvertise dan Payperpost. Dah pun buat semua post yang diperlukan. Aku pun dah complete beberapa post dekat 3,4 forum yang aku join dulu. Harap-harap dapat payment secepat mungkin. Ada benda yang aku hendak buat dengan duit tu. Hari ini dapat 2 payment kecil. Bolehlah, sape nak bagi kan? At least setiap hari ada duit masuk. Ada 10 usd satu hari pun dah kira hebat tau tak kalau berinternet ni. Jangan tak dapat duit langsung sudah. Itu sudah kes berat tu..
Sekali lagi kawan aku mempersoalkan tentang perniagaan internet. Benarkah boleh buat duit? Kalau setakat 3-4 ratus sahaja sebulan. Baik tak payah buat. Memanglah tak payah buat kalau korang dah kaya. Kalau orang yang tahu nilai duit. Tak adanya tolak rezeki kalau tahu cara nak buat duit. Masalahnya korang ni semua tahu ke tak cara nak buat duit? Jangan asyik cakap tak pakai mulut aje. Kang ada yang makan garam lebih 1 kilo karang. Aku dah cakap dari mula lagi. Benda macam ini. Tak semudah yang korang sangka. Aku pernah dapat beberapa ratus sehari pun sebab aku dah usaha dekat 2-3 tahun memahami selok belok pertempuran dalam dunia internet ini. Semua ini indah jika korang tahu macam caranya nak mendalami cara buat duit dari internet. Pokoknya, korang tahu atau tidak?
Kalau nak tanam pokok. Mesti ada adabnya kan? Mesti beli benih. Mesti ada cangkul. Mesti ada racun serangga. Mesti ada bajanya. Mesti buat ikut turutan. Bilangan tanah pasir, tanah gambut dengan baja mesti ada kiraannya tersendiri kan? Pokoknya mesti faham dan tahu. Tak ada jalan short cut. Kalau tidak, pergi ajelah kerja kilang. Cari kilang swasta. Gaji pun dekat seribu apa kalau dah lebih 6 bulan bekerja. Lagi untung kalau korang buat overtime. Ini kerja bukan fulltime. Aku pun buat separa masa sahaja. Tak ada daya nak buat fulltime memandangkan aku pun ada kerja lain. So, fikirlah bulat-bulat..
Okla. Apapun, selamat berpuasa. Jangan ada yang minum air paip sudahlah. Teringat zaman aku kecik2 dulu. Ponteng puasa minum air paip. Kalau aku tahu, aku minum sirap bandung ka, makan pizza ka..
Artikel pilihan: iPhone 5 gadget impian fighter | Buat duit dengan Jobdirumah | Peminat iPhone 5

heheeh..lama x jenguk blog ko nih..
dah ade post baru plak..anyway aku rasa cam ade yang salah ngan ayat ko..
“Jangan asyik cakap tak pakai mulut aje” – rasanya “Jangan asyik cakap tak guna otak”
~aku dapat rasakan ko sengaja buat2 salah kan supaya lawak ckit (kataku berpandangan positif..hoho)
oklah..aku pun macam x berapa larat plak musim2 posa nih..
terutama bila tenampak tom yam ko tuh..gulp..
lagipun suma forum2 pun cam down jek..
forum pun posa kot? huhuuu
wokeh..apa2 projek just inform..
bubye!! adios and salams
Kalau kita cakap. Takkanla pakai otak. Mesti cakap pakai mulut kan? Kan?
BIasalah. Aku tak rasa pun down bulan pose ni. Makin naik lagi semangat adalah. Idea datang mencurah2. Masalahnya aku ni tak cukup kaki tangan. Kene wat team jugak la nampak gayanya..
yang penting, posa korang bermakna
masa kecik2 ko xde bajet lg nak beli tu suma..hahhaa..tu sbb balun air paip..akakakakakaka…
Tom yam tu kelihat sedap. Betul.. betul.. betul.. setuju sangat, kalau tak percaya perniagaan internet tu boleh buat duit, baik kerja supermarket jeh (Sabah kurang kilang) atau kerja hotel ke. Hujung bulan dapat gaji.
hahahaha…tak pun pi bazar awal kaaaa…..pastu minum dlm bilik air…hahahahaha