Berita hari ini tidaklah seindah macam yang disangka. Aku tidak terlalu aktif lagi untuk membuat kerja untuk projek aku yang lepas berikut beberapa perkara yang perlu disetelkan dahulu. Tapi jangan bimbang, semua urusan akan diuruskan secepat mungkin dan aku tahu aku perlu buat sesuatu tentang masalah itu.

Hari ini tidak banyak yang aku dapat kongsikan. Tapi aku yakin tak ramai yang tahu apa aku buat hari ini. Sebab hanya aku saja yang tahu kan? hoho! By the way, hari ini aku lebih banyak melawat ke blog-blog orang lain. Saja jalan-jalan hari ini cuci mata. Mana tau ada benda menarik yang perlu aku tahu hari ini. Siapa tahu mungkin aku akan dapat sesuatu yang berguna. Siapa tahu kan? Nasib manuasia terletak di mana? Untung sabut timbul kat sungai mana kan?

5 minit yang lepas aku cuba untuk login dekat maybank2u. Tapi mungkin sebab maintainace aku tak dapat login. Saje je. Nak topup. Prepaid aku dah habis. Aku rasa mungkin dah sampai masa aku tukar kepada line berbanding prepaid. Mungkin lebih berbaloi walaupun aku tau promosi Maxis sekarang memang melampau habis. RM2 boleh sms/call setiap hari. Supersaver punye promosi tu. Kalau airasia atau Mas wat promosi macam tu, mesti tiap2 hari flight penuh punya..

Banyak juga yang aku dapat hari ini. Nanti aku share dengan korang apa yang patut. Sebab aku otak aku tengah tepu lepas balik dari konvokesyen ni. Rasa macam-macam benda nak buat tapi terbeku. Better aku wat list atau note apa-apa yang patut sebelum aku terlupa apa-apa kan?

Payment aku down sikit dalam bulan Ogos yang lepas tetapi tak apa. Normallah tu kan? Adat cari duit kat internet ni. Ada turun naiknya dan aku rasa aku kena buat sesuatu sekarang. Banyak yang aku dah terlepas ketika aku berada di Sabah. Tak apa, ada hikmahnya aku terlepas dan ada juga hikmahnya aku di Sabah tempoh hari.

Oklah. Mata aku dah kuyu ni. Tanda-tanda awal aku menyerah kalah malam ini. Dah terbiasa sangat tidur awal kat Sabah. Terbawa-bawa pula bila aku balik Banting ni. Nak tak nak terpaksa aku mengaku kalah.

Apa-apapun. Biarpun tinggal 1 hari sahaja lagi kita akan berpuasa di bulan Ramadan, aku nak juga ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Harap semua kaum lelaki dapat berpuasa penuh 30 hari. Perempuan tak apa. Diizinkan atas sebab-sebab terlarang..

Ps: Tinggal 1 hari je lagi. So, siapa yang nak ganti puasa. Dah tak boleh dah agaknya..

Pss:  Cabaran income $150 usd untuk bulan Puasa bermula pada hari esok bagi diri aku.







Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

    This post has 5 comments. Apa plak komen korang?
    abdfatah - 18 Aug 08 at 02:22:46
    selamat berpuasa laaa… untuk 2008.
    samdaddycool - 18 Aug 08 at 03:39:16
    ni bila punya puasa ni?
    akazuma - 18 Aug 08 at 05:13:50
    ler, korang korek balik post lama tu..
    abdfatah - 18 Aug 08 at 05:58:35
    ahahahaa… tertaip komen pasal dekat nak posa aaaaaa…
    Raja Kamil - 12 Oct 08 at 16:13:30
    hehe.. korek post ni, tak salah


    Get cash from your website. Sign up as affiliate.


    PanelPlace - No more missing out on surveys!

    -----------------------------
    @ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

    -----------------------------