Lagi 2 hari aku akan pulang semula ke Banting. Tak sabar rasanya nak pulang dan agak rindukan katil aku. Di sini aku tidur bersepah. Makan ikut suka hati aku aje dan main hentam kromo je. Takde jadual sangat. Hampir setiap hari aku pergi bandar perabiskan duit dan enjoy. Macam waktu-waktu aku jadi student dulu. Ok apa. Tak salahkan kita enjoy sekali sekala. Lagipun ini kan waktu percutian aku..

Tadi baru sahaja pulangkan jubah konvo dan ambil transkrip sijil aku. Alhamdulillah. Lepas dah beban yang selama ini aku tanggung. Susah jugak nak konvo rupanya. Dan akhirnya aku merasa semua itu. Walaupun agak terbatas. Tapi aku akur bahawa ini semua ujian yang perlu aku hadapi dan aku bangga dengan diri aku kerana berjaya melepasi majlis graduasi di UMS. Universiti Malaysia Sabah. Mungkin korang tak tahu kan pasal universiti ini. Ramai yang tak tahu dan aku rasa ramai yang dah tau bukan?

Tak banyak yang aku dapat ceritakan. Pendek kata aku happy sikitla di sini. Jumpa kawan-kawan lama. Ramai yang cakap setiap kali minggu konvokesyen dekat ums nih, kita akan datang sini setiap tahun. Amacam? Best tak wat camni? At least ada reanion dan leh tukar-tukar pendapatan. Kalau kaki business, ini antara salah satu cara buat duit. BUat contact ramai. Aku sempat gak buat duit dekat sini. Mengajar beberapa orang yang hendak buat duit. Semua ada laptop dan boleh online dekat library. Kalau nak online kat bilik kene beli prepaidlah untuk satu bulan. Diorang tak ada masalah bila aku kenakan charge. Janji memang diorang boleh buat duit dari internet. Itu yang aku suka. Sebab diorang nak belajar. So, aku beri beberapa e-book yang bagus sebagai rujukan. Dan dalam 2 hari aku ajar diorang apa yang aku tahu. Tak semualah. Mana ada masa. Janji basic tu lepaslah dan diorang faham bila aku minta diorang refresh balik. Pasal paypal dan e-gold pun diorang faham. So, memang diorang leh wat duit lepas 2 hari aku ajar. Happy gila bila dapat 10usd diorang yang pertama dalam masa 2 hari aku ajar tuh..Diorang tak sangka dengan cara mudah sahaja leh dapat 10-20usd mudah macam itu sahaja. Sorry, diorang ni expert english. So, diorang leh buat lebih dari apa yang aku dapat kalau betul-betul bijak eksploitasi apa yang aku ajar..

Last kata-kata aku sebelum aku balik nih, aku harap yang terbaik untuk 2 hari ini. Dan aku rasa aku nak naik gunung kinabalu buat kali ke-5. Bila? Aku rasa tahun depan atau penghujung tahun ini. Nanti aku confirm sama kawan-kawan aku. Agak sukar sket, ramai yang dah balik Tanah Besar Semanjung. Dan yang kat sini, semua tak ada masalah. Janji ada ongkosnya..

Untuk yang masih belum tahu. Majlis Konvokesyen di UMS telah berakhir 2 hari yang lepas. Dan lebih 4 ribu orang yang telah menamatkan pengajian mereka. Aku orang ke 668 yang mengambil skrol pada hari pertama sidang kedua. Sekejap aje. Yang sakit ati tu, nak tunggu bila majlis tu habis. Maklumlah. Aku antara yang terawal sekali naik pentas. Nanti aku tunjukkan beberapa gambar aku di majlis tersebut.

Ok. Separuh masa pertama dah habis. Nanti aku sambung lagi.


Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 4 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 20 Dec 07 at 13:41:04
apa kebende budak ni merepek. Sah-sah spam guna boster nih..

Apapun. Tahniah titan. Dah graduate rupanya ko. Tak sampai 3 bulan dah sambar kelisa..

merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
Raja Kamil - 12 Oct 08 at 16:49:57
hehe.. tahap ko ni graduate pun tak yah cari keje dah..
Ronaldmohoni - 10 Aug 11 at 09:36:26
Tahniah Titan, akhirnya dapat juga segulung ijazah. Hmm, saya masih belum merasa segulung ijazah.
farahaznil - 10 Aug 11 at 10:16:47
halamak..post lama siot….aku pun tak habis2 lg ni…br abis foundation……hu hu hu….harap2 pas dah grade…blog aku masih hidup lg…hi hi hi



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011