Peraturan tidak rasmi
So, aku rasa ramai yang dah tahu kan semenjak tahu bahawa posting diforum juga mampu memberikan pulangan yang lumayan jika kena caranya. Jika korang nak dapatkan duit dengan cara yang mudah dan tidak dalam purata yang banya, posting dan blogging antara cara yang terbaik bagi korang.
Ok. Antara peraturan tidak rasmi. Ini antara point-penting yang perlu korang amik tahu.
1. Jangan buat post pendek sangat. Mesti dalam lingkungan 15-20 patah perkataan bagi setiap satu post. Kadang-kadang, ada admin minta mesti lebih 30 patah perkataan. Tapi ada juga yang tak kesah, satu patah perkataan pun tak apa. So, ini kena tengok peraturan rasmi diorang.
2. Mesti faham english. Jika tak berapa faham atau mahir english pun. Buat-buatlah macam pandai sebab orang luar negara atau orang putih pun. Bahasa english diorang pun ada yang tunggang langgang. So, jangan amik kira sangat. Janji setiap word yang korang tulis, tak salah. Maksudnya, perkataan student. Jangan tulis “studnt” plak. Error macam ni banyak berlaku. Biarpun grammar lingatng pukang, janji word korang betul. Ini antara yang dititikberatkan kalau posting dalam forum atau korang amik upah posting.
3. Jangan mencarut, jangan tulis lucah atau letak gambar lucah dan sama waktu dengannya. Mean, jagalah adab memposting ni. Kalau korang tak suka, diorang lagi tak suka kan benda-benda macam tu. Reputasi pun buruk punya kalau korang involve benda macam tu. Kalau berkeras nak involve gak. Boleh, tapi main jauh-jauh aa. Ni bulan Ramadan..
4. Spamming. Jangan buat kerja spamming. Macam copy and paste orang lain punye kerja dan tulis post pendek-pendek. Kalau admin atau moderator kata takpe, teruskan posting. Kalau dah kena warning. Abaikanlah.Cari forum lain..
5. Promosi business. Korang boleh promosi tapi dekat signiture saja. Jangan masuk forum orang, lepas tu promote tiba-tiba pasal business. Tak tentu hala jadinya. Silap kena kutuk sepanjang Ramadan sampai Syawal nanti. So, kalau nak buat jugak. Tanggung sendiri akibatnya.
6. Korang mesti ada 2 payment processor. Iaitu mesti ada akaun E-gold dan Paypal. Wajib. kalau tak ada, boleh abaikan jika korang nak dapatkan duit poket melalui posting. Mesti ada, kalau tak ada, pandai-pandaila pinjam kat sapa-sapa..Sebab ada orang guna cara ni. Guna kawan punya paypal. Pastu transfer duit kat maybank. Aku pun pernah buat dan tak ada masalah..
7. Fraud activity. Maksudnya korang cuba tipu atau buat lebih dari satu akaun. Aku rasa jangan buat even korang nak dapat lebih akaun. Cara tak bape elok walaupun aku pun pernah buat dulu. 1 tahun yang lepas. Dan akhirnya aku cuba buat dengan 1 akaun je sekarang. Tak ada masa nak buat macam tu. Rasa cam tak best.
8. Support. Ini aku tak galakkan. Jika korang nampak admin ada buat iklan atau promote diorang punya iklan macam adsense ke yahoo ke bidvertiser ke, adbrite ke. Supportlah dengan melawat forum diorang. SAtu kali visit pun tak apa. Janji dapat bantu diorang. So, diorang pun dapat bayar kita. Give and take. Cuma jangan buat kerja melampau atau jahat sangat. Sampai akaun diorang kena banned. Dah banyak kes macam ni. Tak puas hati dengan admin.
9. Bina reputasi anda. Ini terpulang pada anda. Orang kata nickname atau username. So, bina reputasi anda sendiri dan aku rasa ramai dah tahu cara ini. Ini juga salah satu cara nak promosi diri sendiri kan? Tak salah aku rasa kalau korang nak cuba cara ini. Kalau ada produk atau service, ini juga mampu menjual diri korang.
By the way. Itu sahaja post untuk hari ini. Ada sedikit kerja posting yang aku nak buat hari ini. Baru je selesai 2 kerja tadi. Request payment dah PM admin tadi. Mungkin esok baru dapat duit. Ada lagi 3 job tak siap lagi. Sebelum subuh aku cuba siapkan.
Ps: baru sahaja berjaya install forum smf baru. Lum lagi leh bagitahu korang. Berjaya juga install ad management. Hoho..susah woo. Aku ingat senang je..Apapun, hari ini lebih baik dari semalam. Income pun lebih baik dari semalam. Rezeki Ramadan..
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content








.gif)







