Hari ini agak penat sedikit. Aku tidur sahaja dari pagi sampai ke tengah hari. Lepas itu mak aku call suruh amik dia kat sekolah. Abah aku pulak ada mesyuarat. Itulah. Kalau anak cikgu. Kenalah terima hakikat bahawa aku adalah anak Cikgu atau Guru. Mesti ramai yang tak berapa suka kan kalau orang panggil kita anak Cikgu? Bukan aku tak suka, tapi setiap kali ada mangkuk ayun yang mempersendakan aku macam dengan panggilan macam itu. Memang aku belasah cukup-cukup. Nampak sangat nak merendahkan martabat mak abah aku. Lepas cukup raya tahun tu. Aku gi rumah dia aku minta maaf. Hehe..
So, salah ke kalau kita ni ditakdirkan sebagai anak Guru? Ada yang suka, ada juga yang tak suka. Terus terang. Aku suka sebab ada banyak advantages yang aku dapat dan aku memang suka mencari peluang-peluang yang sedia ada. Apa dia? Malas aku nak beritahu. Nanti korang report mak abah aku.
Benarkah Guru itu satu pekerjaan yang mulia? BAgi aku Ya. Kenapa? Kalau korang anak Cikgu. Korang mesti tahu punya macam mana Cikgu-cikgu ni buat kerja. Aku malas nak cakap banyak Setelah lebih 10 tahun mak abah aku kerja jadi Cikgu. Aku tahu susah senang diorang. Bukan senang nak sampai tahap sekarang. Dari gaji ratus-ratus nak jadi 1-2 ribu pun amik bertahun. Dan akhirnya. AKu nampak jugak senyuman diorang sekarang. Bangga tak jadi anak Cikgu? Ya, aku bangga! Tapi aku bukan mendabik dada sesuka hati. Aku bangga bersebab dan aku dibesarkan oleh mereka. Tentunya aku happy walaupun kekadang kene lempang gak sedas dua. Biasalah, kecik2 curik mangga dan rambutan orang. Kacau anak dara orang. Biasalah tu. Manalah mak abah tak ngamuk. Dulu, rotan abah aku aku siap nyorok. Sekali bila kumpul masa raya. Ada 7 rotan semuanya. Abah aku pun tak ingat berapa banyak kali dia beli..
Dan jika kita lihat zaman sekarang. Profesion Guru dah berubah. Macam-macam dah jadi dan aku malas nak memanaskan lagi bangku guru-guru. Diorang pun ada maruah. Nampak sangat Profesion Guru sekarang dipandang rendah oleh budak2 sekolah hingusan tu. Mentang2 budak sekolah sekarang dah pandai Law. Melawan aje kerja diorang. Aku teringat dulu kene lempang dengan Cikgu. Korang tahu bila Mak abah aku tahu kene lempang masa darjah 1 dulu? Minggu lepas! Itupun aku terlepas cakap. Haha! Banyak kali gak aku kene belasah dengan cikgu. Tapi buat dek ajelah. Dah memang salah aku. Nak buat macam mana kan? Terimalah seadanya..
Bila terkenang balik zaman masa kecik2 dulu. Aku teringat Cikgu Hamidah. Nih la Cikgu yang bertanggungjawab melempang aku tu. Aku nak pinjam pemadam pun tak boleh. Sekali kene sedas! Tahan air mata dari tertumpah. Last2 masa aku tunggu kelas akak aku masa balik sekolah tu. Dia belanje aku aiskim coklat dengan akak aku. Yang 20 sen satu tu. Terharu aku dia minta maaf dengan aku. Aku pun bukan kesah sangat masa tu. Biol lagi aku masa tu. Senyum ajelah dapat ais krim..
La. Dah nak subuh. Cukuplah cerita tentang Cikgu atau Guru ni. Kepada student atau budak2 sekolah. Dengarlah cakap guru. Kalau kene lempang tu. Rilekla. Tunjuk kuat sikit. Budak lelaki mesti tahan kene belasah! Kerja sekolah buatla dan jangan ponteng sekolah. Bukan aku tak tahu. Seronok ponteng ni. Sekali cuba, mesti nak ponteng lagi. So, jangan cuba kalau tak nak kena kejar dengan pengetua pakai Mercedes Benz kaler hitam!
Ps: Dapat beberapa payment kecil hari ini. Insya-ALlah. Esok atau lusa aku akan cashkan duit aku. Dapatlah tambah sikit lagi duit poket masa kat UMS nanti.
Pss: Aku nak pergi Eygpt. korang percaya tak?
Pss: Temuduga KPLI aku adalah pada 16 Ogos 2007 di Institut Perguruan Islam, Kajang, Selangor. Kod Pusat : B01 C dan jam 8 pagi. ( Mati aku kena bangun awal..)
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content












