Archive for August 2007


Pernah tak korang rasa bila korang sedang buat kerja di internet. Tiba-tiba sahaja connection internet korang terputus tiba-tiba? Jika pernah, ini maknanya kita mempunyai masalah yang sama. Tidak salah aku katakan aku agak tidak berkenan bila perkara sebegini berlaku ketika aku sedang sibuk buat kerja penting. Sakit hati pun ada, sakit jiwa pun ada. Pendek kata, serba tak kenalah.

So, macam mana kita nak mengatasi masalah ini? Apa yang korang rasa aku patut lakukan? Melaporkan kepada pihak polis atau pihak yang bertanggungjawab? Bagi aku senang aje. Bawak bersabarlah. Benda yang normal dan akan berlaku tak kira masa dan tempat. Bukan kita boleh jangka. Walaupun marah tahap peringkat nak bunuh harimau pun. Tak yah lah nak sakit hati sangat. Bawak bersabar dan doa-doalah cepat internet tu ok balik. Dalam 2,3 hari ini. Connection di rumah aku asyik putus-putus. Tak senang aku nak buat keje. Kadang-kadang kene gi internet cafe untuk cover apa yang dah berlaku.

Mengenai KPLI aku yang lepas. Aku nak cerita apa yang berlaku. Walaupun kita semua faham dimana ujian KPLI ini berlaku setiap tahun. Tapi ianya agak sukar jugak untuk melepasi tahap2 yang ditetapkan. Ujian Mtest jugak bukan calang-calang. Aku yakin ramai yang tersungkur apabila menjawab ujian tersebut dan terlalu ramai calon-calon yang hebat-hebat belaka. Jika benar korang hendak jadi Guru. KPLI antara yang terbaik. Tetapi, terlalu banyak ranjau yang perlu ditempuhi. Pokoknya. Korang berani cuba atau tak? Aku dah lepas. Cuma tunggu keputusan bulan Disember ini. Tapi bulan September ini aku ada 2 interview lagi. Kita tengok yang mana dulu aku dapat tawaran dan gaji yang bagus. Sementara itu. Aku wat aje keje internet. Duit lepas jugak bulan-bulan. Cover duit streamyx, duit bil, duit motor dan kereta aku. Duit PTPTN lagi. Insya-Allah leh tahan lagi. Tapi untuk kawin. Aku mesti ada kerja tetap..

Pentingkah kerja tetap bagi anda semua sekarang? Bagi yang dah berkahwin. Mempunyai kerja tetap adalah nikmat yang tidak dapat diucapkan. Biarpun tidaklah sebanyak mana, tetapi asalkan dapat menampung hidup sekeluarga. Bagi mereka, itu yang terbaik. Tetapi bagi anak-anak muda macam aku. Apakah jenis pekerjaan yang korang hendak buat? Aku tak boleh cakap besar sebab belum ada kerja tetap dan tidak ada sijil ijazah lagi. Dan aku bersyukur aku tak menyusahkan mak abah aku. Kerja melalui internet antara rahmat bagi aku sebab aku berjaya menjana sedikit income untuk diri sendiri. Tak adalah mintak duit mak abah lagi cam budak kecik dulu. So, anda bagaimana? Mahu kerja atau tidak?

Semua orang mahu kerja bukan? Pokoknya, kerja apa yang anda mahu buat? KIta fikir, kita tenung. Lakukah kita di mata masyarakat dan alam pekerjaan. Totally different. Ramai penganggur memilih pekerjaan. Aku tidak nampak salahnya. Tetapi jika langsung tak dapat kerja selama 3 tahun. Aku rasa dah besar sangat salahnya. Kawan aku, setelah 4 tahun menganggur. Akhirnya berjaya mendapat kerja tetap selepas lepas ujian KPLI kali 3. Tahniah aku ucapkan pada dia. Dalam tempoh 3 tahun tu, memang dia tak buat apa-apa kerja. Memang dia ada mohon kerja-kerja lain. Tapi nasib tak menyebelahi dia. Mungkin rezeki dia pada tahun ke 4 dan Tahniah sekali lagi sebab bulan Disember nanti dia akan bertunang. Double rezeki dia! So, rezeki masing-masing ada. Pokoknya anda kena sabar dan sentiasa berusaha.

Bekerja intenet sangat susah. Tetapi sekali anda tahu lubuk emasnya. Anda tidak akan berhenti daripada mencari pendapatan. Siapa kata perniagaan internet susah? Anda cuma tidak tahu cara untuk memudahkannya sahaja! 

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Dua berita gembira aku dapat hari ini. Pertamanya, aku berjaya lepas hari-hari yang ditunggu selama ini. Baru sahaja selesai ujian kedua KPLI. Ujian temuduga yang selama 1 jam lebih sebab hanya 4 orang sahaja yang sama subjek dengan aku. 2 perempuan dan 2 lelaki termasuk aku. Aku lelaki yek..

Walaupun tidaklah aku menaruh harapan yang tinggi. Tapi melihatkan antara 4 orang peserta tadi. Aku rasa aku ada peluang. Cuma masalahnya, aku tak ada sijil sahaja. Macam mana nak ada sijil sedangkan aku cuma akan dapat lepas konvo bulan September ini sahaja. Itu saja halangan aku kata Tukang interview tadi. Nak buat macam mana, berserah sajalah. Kalau dapat, rezeki. Tak dapat. Kita cuba lagi..Ada lagi beberapa interview akan menyusul. Ini pertama kali aku interview dengan pegawai kerajaan. So, far both of them really nice. Just hope the best from them.

Berita kedua. Penukaran wang paypal aku sebanyak $50 telah selamat sampai ke Maybank aku. Biarpun tak banyak. Tapi berbaloi la untuk usaha 1 minggu yang lepas. Untuk minggu ini. Cukup $50, aku akan exhange lagi. Kalau e-gold. Aku cuma perlu tunggu $10-20 sahaja untuk withdraw. Ini antara rate yang aku dapat masa jual beli paypal dan e-gold. Kiranya harga semasa la..

1 usd E-gold = RM3.15
1 usd Paypal = RM3.00

So, better aku ada banyak e-gold banding paypal kan kalau aku ada lebih $100 usd. Betul tak? Aku pun sebenarnyat kesah sangat. Janji duit masuk. TUl tak? Ada beberapa program dan forum berbayar yang menjadi regular untuk paypal dan e-gold ini. Bukankah aku ada bagitahu beberapa program tersebut kan? korang boleh belek balik kalau nak tahu. Penat aku nak terang lagi sekali. Tengok mood aku kalau nak aku huraikan. Aku baru caj member aku RM50 sebab nak belajar apa yang aku hendak buat. Aku cuma terang basic dan apa yang dia mampu buat. Kirannya dia bayar aku untuk khidmat nasihat. Best tak service aku? Ada lagi 5 orang dari Sabah yang kiranya Junior aku. Berminat nak tahu. Aku caj RM100 seorang. Diorang kata ok ajer. Janji memang cara aku boleh buat duit. So, aku takde hal nak share apa-apa yang patut. Cara aku memang berkesan. Pokoknya. Kena ikut step by step. Jangan gelojoh ada. Inilah cara aku yang terbaru. Service! Nanti aku cerita lebih dalam post2 akan datang. Sekarang aku penat. Nak tidur! I need some rest!

Oklah. Nasihat aku. Tidur melebih 3-4 jam adalah afdal berbanding tidur si burung hantu!

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Apa berita gembira yang aku hendak kongsikan bersama korang? Berita pertama adalah tentang Majlis konvokesyen yang akan berlaku pada 2-4 September di Universiti Malaysia Sabah tak lama lagi. Aku akan berangkat pada 24 August dan akan balik ke bilik ini pada 8 September. Kenapa aku balik lambat? Aku ada masalah dan beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Kalau nak dikirakan, tinggal beberapa hari sahaja aku kan berambus ke universiti aku. Dan 16 Ogos ini aku akan ada temuduga dengan KPLI. Gemuruh gak aku. Ini first time aku join temuduga dengan government. Tak tahu macam mana. Hentam sajalah labu!

1 lagi berita Gembira. Semua masalah yang aku cerita semalam dah setel. Cuma hari ini nak buat confirmation sahaja. Dan duit aku dah masuk dekat Maybank dan bakal dapat 3 payment kecil di Paypal aku hari ini. Tadi baru masuk beberapa dollar di E-gold. Alhamdulillah. Sape nak bagi kan? Terimalah seadanya sebab aku kerja pun tak tentu sangat. Kadang-kadang rajin. Kadang-kadang malas. Beginilah lumrah hidup orang kerja sendiri. Tapi bagi aku, kerja tetap mesti ada..

Ok. Aku perkenalkan satu cara untuk dapat duit dari Paypal. Aku pasti ramai yang nak dapat duit dari paypal kan? Aku syorkan satu sahaja forum. Tak perlu banyak2. Kalau tak korang semua jadi gila nak posting .Better fokus pada 1 forum sahaja. Aku dah dapat payment 2 kali dari forum ini. So, better korang cuba sebelum terlambat. 1 post sama dengan $0.04-$0.05. Minimum payout adalah $3 dollar sahaja. Cara nak withdraw duit? PM admin sahaja. Bagitahu nak keluarkan duit dan jangan lupa bagitahu admin akaun paypal korang. Setakat ini. Tak ada masalah dan aku baru sahaja request payment dari admin. Nanti aku post dekat sini payment yang aku dapat. Janji? Insya-Allah..

Ini nama website dia. Forum Webadebts.com[ Kik sini untuk pendaftaran percuma ]
Satu perkara penting sebelum korang boleh buat duit dengan posting dekat forum Webadebts ni. Korang kena aktifkan membership korang. Free. Tak payah bayar 1 cent. Macam mana? Ikut cara ini.

Lepas aktifkan link yang diorang bagi kat email masa korang register dekat forum ini. Pergi ke bahagian userCP kat atas sekali. Lepas dah masuk bahagian userCP, cari link Group member. korang akan nampak Register user dan Paid user. Sahkan pada Paid user dan setiap kali korang posting. korang akan nampak nilai bertambah.

So. Mulakan sekarang. Selalu setiap 2 hari aku akan withdraw. Ini hari ke 7 aku join forum ini. Jangan terlambat dan jangan kata aku tak beritahu korang. Ini salah satu forum yang membayar member dia posting. Topic posting pun mudah2 sahaja. Tak payah risaulah. Join aje sekarang!

Lupa. Webadebt akan bayar menggunakan Paypal. Bukan E-gold. Harap maklum.

Ps: Bakal dapat payment dari Blogsvertise hari ini dan Webadebs forum dan hyipforum.us jugak. Bolehlah. Rezeki posting dan Blogging.

Pss: Aku kene tulis 1 karangan mengapa aku memilih profession Guru. Korang agak, apa aku nak tulis? Pening dah kepala otak aku ni..

Psss: Satu video khas untuk “seseorang” Hehe..




Nasi Lemak. I’m on way..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Bila korang sakit hati. Apa korang akan buat? Terasa sangat tak dekat hati kecil korang tu? Hari ini sahaja. Berlaku beberapa perkara yang buat aku sakit hati. Tak dapat aku ceritakan secara detail sebab perkara ini baru saja tercetus da menyebabkan hati ini sedih sekali. Mengapa ini berlaku? Pasti ada sebab dan hikmahnya. Mesti aku ada buat silap sehingga jadi macam ini.

Mungkin nasib dan takdir tidak menyebelahi aku hari ini walaupun aku dapat 7 bayaran kecil ke paypal aku dan bakal dapat 1 bayaran besar ke Maybank aku. Tapi mengapa hati aku bertambah sakit bila memikirkan masalah-masalah yang baru timbul ini? Belum campur masalah hari konvokesyen aku yang bermasalah ini. Apa kaitan pulak dengan konvokesyen? Nanti aku cerita bila hal ini boleh disetelkan atau tidak.

Macam orang zaman dulu kata. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Yang aku mampu buat adalah bersabar sekarang dan menjan kedua-dua belah otak kanan dan kiri aku untuk mencari punca dan penyelesaiannya. Mungkin punca dan sebab aku boleh teka. Tapi jalan penyelesaiannya tetap tak dapat dilaksanakan sekarang sebab sekarang jam menunjukkan pukul 5.24 pagi waktu Malaysia. Diorang tak bangun tidur lagi..

So, bersabar ajelah. Biarpun aku dapat banyak bayaran hari ini. Tapi hati aku tak tenteram. Betullah orang cakap. Duit tak boleh beli kepuasan atau kegembiraan. Perasasan yang aku alami ini amat berbeza sekali bila aku tak ada duit nak makan..

Jadi. Apa kaitan dengan Paypal bila aku sakit hati? Fikir-fikirkanlah sekarang… 

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------