Tinggal 3 jam sahaja lagi aku akan pergi ke LLC Airasia dan aku kena pergi awal sebab flight aku Jam 10 pagi. Malas aku nak pergi lambat-lambat. Kalau ada masalah, naya aku dibuatnya. Aku akan pergi naik teksi. Abah aku tak dapat hantar sebab ada mesyuarat penting pagi ini. Adik perempuan dan emak aku tak reti drive kereta. Adik laki aku pulak dekat kolej. So, tak ada siapa boleh hantar aku even aku boleh bawa kereta sekalipun. Tapi sape nak bawak balik kate tu nanti kan? So, terpakselah aku jadi lone ranger pagi2 buta ni. Hoho..
Semua barang dah settle dan final check pun dah ok. Semua alat-alat perang aku dah setel. Harap-harap tak lebih berat la beg aku arini. Aritu kena charge. Hampeh tul. Terpaksalah bayar walaupun aku rasa cam nak tumbuk je pempuan tu. Ada dekat Rm50. Sakit woo. Aku leh dapat beberapa e-book yang bagus dari Rm50 tu. Tapi nak buat macam mana kan. Dah aku gi bawak beg berat-berat pasal apa kan? Biarlah. Aku ada simpan sikit duit nak cover untuk 2 minggu. Tak ada masalah rasanya. Yang penting aku happy masa kat Sabah nanti.
Tentang perniagaan internet. Aku akan cerita panjang lebar mengikut pengalaman cetek aku ini. Walaupun ramai pelajar IPTA yang bijak-bijak belaka. Tapi tak ramai yang membuat seperti apa yang kita buat. Tak boleh salahkan mereka. Mereke berusaha untuk dapatkan satu modal yang berharga untuk mereka bekerja. So, buatlah sungguh-sungguh. Aku ada jalan aku. Korang pun ada jalang korang sendiri. Cuma pilih dan fokus betul-betul Tak rugi kan rasanya kalau korang fikir itu yang terbaik buat diri korang.
Aku dah habis jual semua e-gold dan paypal aku. Alhamdulillah. Target untuk dapat usd250 bulan ini hanya berjaya mencapai $186 sahaja. Walaupun masih ada beberapa hari sebelum berakhir bulan Ogos. Tapi aku bangga dapat jumlah banyak tu dengan usaha tak seberapa ini saja. Adalah sikit modal nak beli domain baru dan lancar product baru yang akan dipasarkan tak lama lagi. Product apa? Tunggu. Masih dalam proses dan kemaskini. Aku akan launch bila dah setel semua perkara di UMS dan beberapa perkara lain.
Kepada sesiapa yang mengenali aku di UMS, terima kasih atas segalanya dan apa-apa yang berlaku. Terlalu banyak benda yang berlaku dalam 4 tahun ini. Suka duka, geram duka dan macam-macam lagi. Tak dapat banyak aku share dekat blog ini melainkan aku terlepas pandang sahaja. Sekarang bukan untuk study lagi. Sekarnag waktu untuk bekerja dan aku faham aku kena buat sesuatu sekarang. Sampai bila nak macam ini kan? I need to do something. Kepada mereka-mereka yang penting dalam hidup aku, terima kasih kerana hadir dalam wayang hidup aku. Sesungguhnya aku sangat bersyukur berkenalan dengan korang semua. Hehe, jiwang karat aku pagi nih.
Tak ada banyak masa lagi. Aku hendak mandi dan buat air teh. Air teh terakhir aku sebelum aku pergi tinggalkan rumah ini. Akhirnya aku tidak akan bergelar student lagi. Aku akan masuk ke alam pengangguran sekarang. Tak apa, aku ada banyak cara nak cari duit. Pokoknya, kita mahu atau tak nak.
Ps: Aku akan jual satu produk basah yang menjadi kegemaran semua orang. Terutamanya untuk budak2 semenanjung di Sabah. Mungkin diorang gemar benda-benda macam ini. Aku yakin produk in memang laku. Nantikan produk basah yang bakal muncul tidak lama lagi. Mungkin aku guna mini site sahaja untuk promosi product ni..
Pss: Maksudnya, aku akan ada 2 produk selepas pulang dari Majlis Graduasi ini. Satu produk basah dan satu lagi produk Digital. Nantikannya..Â
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
No related Posts
« Percutian Selama 2 Minggu di Sabah | Report Majlis Konvokesyen UMS ke 9 – 2 Hari Terakhir »














jangan mimpi basah dah laa..
abdfatah’s last blog post..kebangkitan penggiat bloggers
Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves
emet’s last blog post..Siapa Nak Free 6000 SMS? - Pengguna Hotlink l Maxis Sahaja
rajin ek korang.
merahkatak’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
Produk digital lebih mudah utk di buat urus niaga di alam maya ni. Tapi, kalau nak jadi jutawan, seeloknya ada produk sendiri dan barangan fizikal..pendapat aku lerr..
Din Beramboi’s last blog post..Peraduan : Siapa Paling Hensem dan menangi hadiah !
kalo jual kpd mereka yang tak tahu apa-apa lagi tak best laa…
ada ke gitu…?
pi jenguk laa pasal apa takleh jual produk yang tak ada kena mengena dengan orang yang tak reti nak guna….
boleh ke gitu?
jemput2 sekeping boleh..?
abdfatah’s last blog post..kebangkitan penggiat bloggers
keropok lekor titan, yay!