Ok. Persiapan sedang dijalankan dengan sebaik mungkin dan aku sedang penat mengemas apa yang patut. Tak banyak yang hendak aku bawak. Cuma bawak badan aje macam biasa. Tak kurang juga aku katakan agak berat gak beg aku. harap2 tak membebankan ketika aku berada di sabah.
Persiapan ketika berada di sana pun agak ok. Kereta sewa saje belum dapat lagi. Harap-harap apa yang Ganesh cakap tu akan termakbul. Aku memang perlukan kereta. Dapat 1 hari masa hari konvo tu pun takpe. Janji dapat jalan-jalan dekat sana dengan parents aku. Parents aku akan datang pada 31 Ogos ini. Tepat2 tarikh merdeka diorang sampai dan aku tak sure aku dapat cari kereta nak ambil di airport atau tidak. Sewa kereta akan meningkat pada musim-musim sebegini. Sekarang RM100 hanya untuk kereta kancil. Naik gila aku dibuatnya dengan belanja aku dekat sabah ni. Nasib baik aku dah kumpul sikit duit untuk berbulan madu sorang-sorang di sini.
Oklah. Aku malas nak buang masa. Sebelum aku naik teksi pagi nanti ke airport. Aku akan post 1 post untuk korang. So, aku nak sambung sikit lagi kerja. Lepas itu nak mandi jap dan buat last check. Takut-takut kalau ada apa-apa yang tinggal. Malas aku nak bebankan parent aku bawak apa-apa nanti. Yang aku tengah pening ni. Mana aku nak letak kasut nanti. Beg dah penuh nih. Kasut kulit yang baru pakai beberapa kali sahaja selama tahun ini. Haru aku dibuatnya. Nih kes mak aku yang kemas bajulah nih. Semua baju dalam almari aku nak diletak dalam beg naik gunung aku tu. Manalah cukup Mak oii..Tak apalah. Janji dia bahagia..
Ps: Aku akan berada di Sabah untuk majlis graduasi selama 2 minggu. Majlis 3 hari sahaja. Tapi aku nak settle macam-macam perkara sebelum aku balik ke Banting semula. Ok. Babai.. Â
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content
No related Posts
« Anda bosan dengan Perniagaan Internet? | Produk Digital Versus Produk Basah »














terlepas tapis agaknya… jauh perjalanan luas pemandangan…
gi dengan air asia dapat laa diskaun berganda…
abdfatah’s last blog post..kes Lina Joy semakin gempak! sufiah bagaikan puteri…
Rafhz’s last blog post..Elixir of Life!… Slowing down the skin aging process
nak cuti ke sabah jugak laaa… kat sarawak laa … nak tempah ngan bossmalier…
abdfatah’s last blog post..miliki komputer dengan nilai yang rendah?
apa2pon.. all the best for Titan!