Betulkah anda sudah sampai di tahap itu? Pukul rata memang kebanyakan internet marketer baik yang lama atau yang baru akan bosan dengan Perniagaan Internet. Tidak salah aku katakan kadang-kadang aku pun naik bosan. Mengapa ini terjadi? Aku ada cara aku snediri untuk menghilangkan bosan itu. Tapi macam mana dengan orang lain? Kita tak boleh mengubah nasib orang lain melainkan meereka yang hendak mengubahnya kan?

Ada yang tanya pada aku beberapa hari ini. Boleh dapat duit ke buat kerja macam ini? “Affiliate program saya tak jalanlah Bang, susahlah nak cari customer.” Dan macam-macam jenis rungutan yang aku telah dengar baik dari kawan baik aku sendiri, kawan-kawan satu course dan juga musuh-musuh ketat aku. 80% akan kata susah nak buat duit dari internet. Bila aku cakap aku mula belajar dari umur aku 17 tahun ketika SPM, diorang tak percaya. Itulah inilah. Aku tak nafikan. Sebab aku pun bukan untung banyak pun umur tu. Setakat cuba-cuba dan ada benda yang aku buat berjaya dan ada yang tidak. Aku pernah rugi beribu-ribu duit sejak 5 tahun aku cari duit melalui internet. Tapi mengapa aku tak pernah berhenti? Sebab aku tahu, perniagaan internet antara satu cabang perniagaan. Kita memang boleh buat duit dari internet. Tapi mesti faham caranya. Duit tak akan datang dengan mudah punya.

Tapi kalau betul-betul bosan. korang boleh jumpa aku kalau tak puas hati. Ikut cara aku. Mungkin ada yang boleh bawak. Mungkin jugak tak ada. Terpulanglah pada diri masing-masing. Aku tak pandai macam IM tempatan yang lain. Tapi aku yakin aku boleh pergi jauh. Mengapa? Otak aku dah fikir aku confirm jadi Jutawan. Takkan aku nak menidakkan. So, fikirlah secara positif. Aku memang dah jadi Jutawan. Cuma tinggal ikut jalannya sahaja. Sebenarnya anda dah jadi Jutawan, cuma anda meninggalkan jalan dan cara-cara menjadi jutawan. Tidakpun, memang anda tak tahu cara nak jadi Jutawan?

JUtawan segera? Tak ada. Mawi dan Siti Nurhaliza pun susah payah nak jadi tahap macam ini. Rosyam Nor tu, berapa tahun berlakon? Antara pelakon yang aku paling gemar sebab asyik jadi Hero dalam Drama dan Filem sekarang. Sekarang, duit 1 juta pun dia tak pandang. Anak-anak dia, hidup senang punya. Kenapa? Dia berusaha dan akhirnya masyarakat iktiraf dia even dia tak mintak pun. Betul tak? So, tak ada istilah jutawan segera. Perniagaan internet masih belum lagi melahirkan Jutawan segera tanpa penat lelah. Tanyalah mereka yang telah berjaya. Komitmen dan usaha merupakan nadi penggerak mereka dari dulu sehingga sekarang.

Laksanakan. Kalau nak buat duit. Laksanakan apa yang korang perlu buat. Takat menanam tebu kat bibir. Baik tak payah. Usaha mesti sungguh-sungguh. Memang aku tak nafikan. Ramai yang tengah down sebab tak tahu macam mana nak cari duit dari internet. Duit dari tulis blog pun tak banyak dapat. Duit itu ini pun tak banyak dapat. Google adsense pun tak meletup. Advertlets pun berapa ringgit sahaja. Yang aku mampu cakap. Usaha lagi. Banyakkan baca dan menuntut ilmu. Tak tahu, tanya IM Malaysia yang dah berjaya. Kalau diorang tamak haloba, cari orang yang boleh bagi korang jawapan.

Aku dah 5 tahun cari duit dari internet. Biarpun tak kaya-kaya. Tapi aku bangga sebab aku dapat sara hidup aku sendiri walaupuun kadang-kadang dalam poket ada RM1.20 saja masa nak balik kampung raya dekat Banting. Nasib baik tiket kapa terbang dah beli masa aku kat Sabah dulu. Kena pulak time tu puasa. Aku korek tabung. Dapat dalam Rm2.70. Tambang bas gi kota kinabalu. RM1 dan tambang ke airport. RM0.50. Baki RM1.20. Aku beli roti harga RM1 dan itulah buka juadah buka puasa aku dalam flight Airasia. Punya best lagi tu, pramugari bagi aku air suam dalam flight. Terharu gila sebab aku memang haus gila waktu tu walaupun hanya secawan plastik sahaja. Dan lepas aku turun airport sahaja, aku dapat sms. Product aku dah ada sales. Alhamdulillah..Berkat roti RM1 dan air suam pramugari tu agaknya. Hehe..

So, usaha tu tangga kejayaan. Nasib juga memainkan peranan penting. Yang perlu kita tahu, macam mana kita nak buat duit dari internet. Bumi ini luas. So, tak mustahil aku katakan ada banyak cara nak buat duit dari internet.

Ok. Aku tinggal 1 hari sahaja lagi. Khamis ini aku akan terbang ke Sabah untuk menguruskan majlis konvokesyen aku. Aku cuti dekat 2 minggu. So, kalau tak ada post baru. Faham-faham sajalah. Berita baik. Aku dapat 3 payment kecil dalam paypal aku dan 4 payment dalam e-gold aku. Aku sedang usahakan untuk jual semua duit paypal dengan e-gold aku secepat mungkin. Belanja aku dekat sabah nanti. Hehe..

Ps: Aku dalam sidang 2 pada hari pertama. Jam 2 petang di Dewan Besar UMS. So, sape-sape dekat Sabah. Mehla datang. Ada pesta Tamu Gadang ke 9 bakal bermula nanti.


Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 10 comments. Apa plak komen korang?
Noorizam Shah - 22 Aug 07 at 02:48:39
saya belum bosan lagi bersaing dengan perniagaan internet. sebab saya menjana pendapatan sampingan melalui internet. :D
titan - 22 Aug 07 at 05:06:48
Yap. Betul. Kalau betul sudah bosan. Gi la cari kerja yang tak bosan kan? Banyak lagi kerja tak bosan agaknya bagi diorang. So, usaha tangga kejayaan. Kalau nak buat fulltime, fikir dulu. Berbaloi atau tidak. Tapi kalau nak wat sampingan. Korang semua amat digalakkan :)
yazidyahaya - 10 Aug 08 at 04:28:27
aku tak bosan..tapi dulu ade gak putus asa..tapi sekarang tak dah..usaha dan terus berusaha
zifah - 10 Aug 08 at 04:45:51
aku ske posting yg ni coz ala2 diari sendiri n citer pasal konye experiences..yup, org yg dah kaya tu pun dok usaha lagi, inikan kita pulak yg agak kureng kaya ni..aku rasa cam sebak je ble baca dis posting..

so, kesimpulannya, hidup kite ni takkan bermakna kalo tak usaha, tak berusaha dan tak terus berusaha.. :)
Raja Kamil - 11 Oct 08 at 18:29:21
setakat ni xpenah bosan lagi dengan perniagaan internet…kalau boleh 24 jam nk duk depan lptop ni..hehe
abdfatah - 02 Dec 08 at 18:26:45
bosan yang teramat sangat dengan kesengalan steramyx yang lembab… tentunya anda akan rasa bosan yang teramat sengal sekali… ahahahaaaa…
Ronaldmohoni - 10 Aug 11 at 10:03:05
Sekarang nih tak seteruk dulu. sekarang nih, semakin banyak peluang menjana pendapatan secara online. Walaupun bahasa inggeris kita tahap budak tadika lagi teror. saya cuma bosan bila berukband nih buat hal.
farahaznil - 10 Aug 11 at 10:13:08
xbosan klu masyuk….tp kalau dah berpuluh kali duk try mcm tu je….fulamak…org gila pun naik hangin…btw…aku tgk kat fb yg dok jual baju la…beg laaa….mcm laku je…jeles aku…haha
farahaznil - 11 Aug 11 at 00:44:08
lg 1..biarpun sikit….cukuplah nak buat belanja buku ke..makan ke…hp br ke kan???ha ha ha
yas - 23 Dec 11 at 12:15:09
tarbiah yang terbaik ni bro…aku suka part2 yg rm ko tinggal 1.20 tu jerr…hehehe



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011