Internet Down | Kerja Tetap Penting? | EarnCent.com



Pernah tak korang rasa bila korang sedang buat kerja di internet. Tiba-tiba sahaja connection internet korang terputus tiba-tiba? Jika pernah, ini maknanya kita mempunyai masalah yang sama. Tidak salah aku katakan aku agak tidak berkenan bila perkara sebegini berlaku ketika aku sedang sibuk buat kerja penting. Sakit hati pun ada, sakit jiwa pun ada. Pendek kata, serba tak kenalah.

So, macam mana kita nak mengatasi masalah ini? Apa yang korang rasa aku patut lakukan? Melaporkan kepada pihak polis atau pihak yang bertanggungjawab? Bagi aku senang aje. Bawak bersabarlah. Benda yang normal dan akan berlaku tak kira masa dan tempat. Bukan kita boleh jangka. Walaupun marah tahap peringkat nak bunuh harimau pun. Tak yah lah nak sakit hati sangat. Bawak bersabar dan doa-doalah cepat internet tu ok balik. Dalam 2,3 hari ini. Connection di rumah aku asyik putus-putus. Tak senang aku nak buat keje. Kadang-kadang kene gi internet cafe untuk cover apa yang dah berlaku.

Mengenai KPLI aku yang lepas. Aku nak cerita apa yang berlaku. Walaupun kita semua faham dimana ujian KPLI ini berlaku setiap tahun. Tapi ianya agak sukar jugak untuk melepasi tahap2 yang ditetapkan. Ujian Mtest jugak bukan calang-calang. Aku yakin ramai yang tersungkur apabila menjawab ujian tersebut dan terlalu ramai calon-calon yang hebat-hebat belaka. Jika benar korang hendak jadi Guru. KPLI antara yang terbaik. Tetapi, terlalu banyak ranjau yang perlu ditempuhi. Pokoknya. Korang berani cuba atau tak? Aku dah lepas. Cuma tunggu keputusan bulan Disember ini. Tapi bulan September ini aku ada 2 interview lagi. Kita tengok yang mana dulu aku dapat tawaran dan gaji yang bagus. Sementara itu. Aku wat aje keje internet. Duit lepas jugak bulan-bulan. Cover duit streamyx, duit bil, duit motor dan kereta aku. Duit PTPTN lagi. Insya-Allah leh tahan lagi. Tapi untuk kawin. Aku mesti ada kerja tetap..

Pentingkah kerja tetap bagi anda semua sekarang? Bagi yang dah berkahwin. Mempunyai kerja tetap adalah nikmat yang tidak dapat diucapkan. Biarpun tidaklah sebanyak mana, tetapi asalkan dapat menampung hidup sekeluarga. Bagi mereka, itu yang terbaik. Tetapi bagi anak-anak muda macam aku. Apakah jenis pekerjaan yang korang hendak buat? Aku tak boleh cakap besar sebab belum ada kerja tetap dan tidak ada sijil ijazah lagi. Dan aku bersyukur aku tak menyusahkan mak abah aku. Kerja melalui internet antara rahmat bagi aku sebab aku berjaya menjana sedikit income untuk diri sendiri. Tak adalah mintak duit mak abah lagi cam budak kecik dulu. So, anda bagaimana? Mahu kerja atau tidak?

Semua orang mahu kerja bukan? Pokoknya, kerja apa yang anda mahu buat? KIta fikir, kita tenung. Lakukah kita di mata masyarakat dan alam pekerjaan. Totally different. Ramai penganggur memilih pekerjaan. Aku tidak nampak salahnya. Tetapi jika langsung tak dapat kerja selama 3 tahun. Aku rasa dah besar sangat salahnya. Kawan aku, setelah 4 tahun menganggur. Akhirnya berjaya mendapat kerja tetap selepas lepas ujian KPLI kali 3. Tahniah aku ucapkan pada dia. Dalam tempoh 3 tahun tu, memang dia tak buat apa-apa kerja. Memang dia ada mohon kerja-kerja lain. Tapi nasib tak menyebelahi dia. Mungkin rezeki dia pada tahun ke 4 dan Tahniah sekali lagi sebab bulan Disember nanti dia akan bertunang. Double rezeki dia! So, rezeki masing-masing ada. Pokoknya anda kena sabar dan sentiasa berusaha.

Bekerja intenet sangat susah. Tetapi sekali anda tahu lubuk emasnya. Anda tidak akan berhenti daripada mencari pendapatan. Siapa kata perniagaan internet susah? Anda cuma tidak tahu cara untuk memudahkannya sahaja! 







Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 5 comments. Apa plak komen korang?
black - 19 Aug 07 at 03:41:18
Ehm, memang tak senang nak buat duit dari internet. Tapi tak susah jugak nak cari duit dari internet. Pokoknya. Korang hendak atau tak naks sahaja..

Pengalaman aku. Susah. Tapi bila dah tau. Bende nih jadi senang. Tahniah pasal KPLI..
titan - 19 Aug 07 at 21:23:04
Memangla. Tak ada sape nak kerja susah. Tapi sebelum nak senang tu. Ingat senang ke nak jadi senang? Nak jadi susah pun susah tau. Hehe.

Apa-apapun. Mulakan hari anda dengan senyuman !
abdfatah - 02 Apr 08 at 13:58:14
salah satu caranya adalah dengan menjadi top comment. hahahaa… dapat traffik okeh jugak… dapat hadiah lain citer laa….

kalo mereka yang kerja dengan internet macam kat streamiyx pun kerja jugak kerja makan gaji daaa…

abdfatah’s last blog post..kebangkitan penggiat bloggers
Rafhz - 02 Apr 08 at 14:03:10
bg aku sume pekerjaan same je… kalu x minat mst cakap susah.. padahal bende tu senang je bagi org minat… tambah2 klu org tu dah berpengalaman… kat tenet ni pom gitu gak.. cume beza nye tenet ni kat alam virtual… klu kat luar tu kite leh kenal mamat mane yg jadi salesman… jurutera.. doktor… n len2.. yg penting bagi aku setiap kerja perlu ade keikhlasan + minat + usaha… klu x x menjadi nyer …

Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves
Raja Kamil - 11 Oct 08 at 18:56:12
kalau dah minat agaknye dalam mimpi pun leh terpikir lagi cara nak cari duit kat internet….xgitu? keje tetap mmg la penting…mak bapak mana la senang2 nk bagi anak die kat laki yg xda keja tetap….


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------