Perlukah Keluar duit dulu? | EarnCent.com



Kalau korang pernah pergi dating dengan awek kan? Pernah tak korang keluar duit dulu untuk tambang teksi ke, tambang bas ke tambah bayar KFC atau Pizza ke. Pernah tak? Jangan tipu aa. Korang mesti pernah keluar duit dulu kan? Mengapa hobi ini selalu terjadi dekat budak2 remaja lelaki atau orang lelaki? Mengapa? Malas aku nak persoalkan. Memang patut pun kita kena bayar kan? Dah lah gatal bawak anak dara orang ke hulu ke hilir. Dah dapat ngorat lagi tu. So, terang-terang kita kena bayar kan? Lagi satu. Dah kita lagi, kenalah gentleman. Kang budak pempuan tu habaq satu kampung, heboh kat satu kolej. Jatuh pulaa saham korang nanti.

Selalu kan terjadi begini? Samalah cam aku. Aku pun pernah muda dulu. Kenapa terjadi? Orang kata, inilah investment jangka masa panjang. Ada juga investment jangka pendek. Jangka pendek? “Investment yang ini, aku hold dulu” Tak sesuai untuk diajar atau dipraktikkan sekarang..

So, dari soal ke awek atau dating. Kita mesti keluar duit dulu. Jika dengan perempuan pun ada investment. Dalam online business pun kita keluar duit dulu kan? Tak rugi rasanya jika kita nak menjalankan sesuatu bisnes itu. Kita kena keluarkan duit dulu. Mengapa? Banyak sebabnya. Salah satunya, tak ada benda kat Bumi ini percuma. Air suam kat kedai pun dah kena bayar 20 sent. Dah sama harga masuk tandas tu! Pendekkan cerita. Semua perkara mesti keluar duit dulu. Perlu!

Rugi? Mengapa perlu kata perkataan itu. Rugi tu kan perkara biasa. Dah macam dalam rojak kehidupan. Pukul rata, memang hari-hari kita rugi kan? Rugi nak ngorat awek tu, rugi nak tidur awal. Rugi nak makan itu ini. Rugi nak itu ini. So, sampai kiamat tak akan habis jika cakap pasal rugi. Abaikan aje. Tapi jangan lupakan. Perlu kira jugak mengapa kita rugi. Kita perlu tahu berapa kita rugi sebagai tanda ukuran hari ini dengan masa akan datang. So, rugi tu penting atau tak. Kita kena ambil tahu. Biasalah rugi. Takkan terus berniaga boleh untung cepat! RUgi tu dah asam pedas usahawan internet macam kita ni.

So, jika ada orang tanya. Buat duit kat internet perlukan modal ke? Perlu bayar apa-apa ke? Jawapan konkrit sekeras batu bata adalah Perlu. Tanyalah aku lagi, memang aku jawab perlu. Nak bayar duit internet. Perlu tak? Nak bayar bil elektrik dan telefon. Perlu tak? Inikan kos modal yang kita perlu keluar duit jugak? So, faham2 sendirila.

Belum cerita kalau nak buat domain sendiri atau atas nama sendiri. Senang cakap. Memang perlu keluar duit dulu. So, sediakan duit dulu sebelum buat duit secara online. Tak perlu ribu-ribu. Setakat RM200 untuk permulaan, itu dah mencukupi untuk hosting dan domain selama setahun. Yang baki dari RM200 tu, boleh buat macam-macam. Tak tahu jugak nak buat apa? Nantikan post-post aku seterusnya. Korang subsribe aje blog aku ini. Nanti boleh tahu berita semasa direct ke email korang. Insya-Allah aku cuba bantu kalau ada yang berminat.

Cukup sampai hari ini. Lain kali aku sambung lagi. Permintaan dari 2 orang rakan online aku hari ini. Sorang dari Malaysia dan lagi seorang dari Australia. Suruh aku buat satu e-book. Adeh, pening kepala aku. Aku cuba buat khas untuk korang. Harap2 korang bahagia. Tapi aku tak janji cepat!

Ps: Dapat beberapa payment kecil lagi hari ini. Kerja posting dan blogging berjalan dengan lancar.

Pss: Banyak forum berbayar baru muncul sekarang. Nak tahu? Biarlah rahsia dulu..

Technorati Profil - Testing Power..







Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 7 comments. Apa plak komen korang?
Jutawan - 09 Aug 07 at 01:46:16
Bro, biasa you dapat maklumat terbaru berkenaan forum berbayar kat mana yek? Kat mana you survey?
MHariz - 09 Aug 07 at 02:45:53
Akum, terima kasih kerana mengunjungi http://www.mhariz.com diharap datang lagi, Hariz pun berminat dalam bisnes ni sebb tu la bila besar Hariz nak jadi Boss kepada bisnes Hariz sendiri.
shueqry - 09 Aug 07 at 08:09:30
Hi Titan, apa khabar? Shueqry here.

Terima kasih pada Titan sbb masuk ke blog saya kelmarin. Rasanya itu pertrama kali Titan datang ke sana, ye tak?

Jana wang dari Internet ibarat satu bisnes kecil. Semua bisnes perlukan modal, even dari segi masa dan tenaga walaupun sesetengahnya kata ia boleh bermula free.

Sejauh mana seriusnya kita berbisnes dan menjana wang di Internet boleh diukur dengan berapa banyak modal yng kita laburkan, tak kira sama ada modal masa, tenaga ataupun fulus.

Good article ! Bersemangat saya membacanya !

- shueqry -
titan - 23 Nov 07 at 07:25:03
What the hell ?? You want to talk about drugs? Ok. I will tell about drug next time. Hoho..

camana leh terlepas sekor mangkuk nih..
abdfatah - 03 Apr 08 at 01:46:34
nyamuk spemmers drug tu…

apohal pun semuanya perlukan modal untuk bergerak ke mana-mana. dah tentunya memang PERLU untuk kuarkan modal untuk buat bisness … tak ada modal dah tentu takleh nak buat bizness…

semuanya perlukan modal… modal permulaan sedikit atau pun banyak…

abdfatah’s last blog post..kebangkitan penggiat bloggers
Rafhz - 03 Apr 08 at 05:51:06
:halo: modal jugak x semestinyer duit kan… idea pom modal gak ka… sbg contoh klu kite komen byk2 kat blog titan kite dapat hadiah betul x.. hehe.. so ape lagi komen… jgn x komen…

mmg semua perlukan modal.. tapi kite perlu berfikir jugak adakah ptt kite kluarkan modal klu benda tu x penting@ merugikan… sp pendek kate fikir dulu sebelum buang :halo:

Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves
Raja Kamil - 12 Oct 08 at 15:47:13
duit kecik untuk dapat duit besar


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?
Disney Vacation Home Rentals
Fleet Tracking
Speed Reading Software
Cool Myspace Joe Jonas layouts
-----------------------------