Sebenarnya tak banyak yang aku nak cerita. DAlam 2,3 hari ini mungkin korang perasan aku tak posting di kebanyakkan blog aku. Tapi aku still aktif posting dekat forum2 yang masih membayar aku. Harap dapat beberapa payment esok atau lusa. i need to have at least $250 usd in this month. Aku dah dapat kumpul suku daripadanya dan selebihnya akan dapat di pertengahan bulan ni dan akhir bulan ni. Satu payment besar akan dapat di penghujung bulan Oktober nanti. Payment apa? Biarlah rahsia..

Sebelum aku tidur hari ini. biarlah aku review apa yang aku dah buat hari ini. Posting sudah, blogging sudah. Complete beberapa offer dan reviewme pun sudah. Check akaun maybank, paypal dan e-gold pun sudah. Bidvertiser dan adbrite belum check sebab aku selalu check akaun hujung minggu sekali. Baru suprise kan? Actually, dua2 program tu nak dekat minimum dia. harap2 dapat payment bagus..

Hari ini aku takde niat nak bercerita panjang macam selalu. Cukuplah muhasabah diri sahaja. Penat jugak untuk preparation beberapa perkara dan aku banyak tidur sikit disiang hari. Maklumlah, kan aku jadi burung hantu sekarang. Kerja kuat di malam hari, tapi tidur disiang hari. Harap2 usaha aku berbaloi. Insya-Allah. Selebihnya tawakkal sahajalah..

Aku minta maaf awal-awal jika aku tak dapat update setiap hari. Memang sibuk sikit dan aku bakal mengeluarkan produk baru. Produk apa. Tunggu sahajalah. Tengah setting apa-apa yang patut dan mungkin aku akan beli domain baru semata-mata untuk buat web jualan bagi produk aku itu. Ini kali pertama aku buat web jualan macam ini. Mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Mungkin juga singkat. So, harap yang terbaik.

Satu perkara yang menjadi tanda tanya bagi aku ketika ini.
Mengapakah perempuan begitu lemah dalam beberapa perkara?

Aku malas nak perdebatkan hal ini. Tapi saje nak tahu betulkah keadaan ini berlaku dan akhirnya aku terpaksa mengakui bahawa mereka memang lemah dan memang begitu sifatnya. Kita tak dapat ubahnya melainkan perempuan sendiri hendak mengubahnya. Tapi ada perkara yang memang tak boleh diubah. Apa dia? Biarlah aku dah perempuan sahaja tahu rahsianya..

Cukup sampai di sini sahaja. Tak ada kaitan sangat tajuk dengan apa yang aku cuba sampaikan. Mungkin hanya borak kosong sahaja. tetapi, jika korang tahu apa yang aku cuba sampaikan. Ambillah ikhtibar..

Ps: Dapat 2 payment hari ini. Satu payment kecil dan satu lagi payment besar..


Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 9 comments. Apa plak komen korang?
Jutawan - 09 Aug 07 at 01:43:57
Bro, payment kecik dan payment besar tu dari mana? Tolong ler elaborate sikit. Gua nak jadi pengikut you boleh, belajar apa2 yang patut.
Badruzamani Azmi - 09 Aug 07 at 02:45:40
Perempuan dijadikan Allah dengan sifat penuh kelembutan agar mampu menjadi penasihat kepada khalifah. Lelaki diberi kekuatan untuk memimpin.

Masing - masing mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sudah diamanahkan. Namun, ramai insan kini sudah lupa pada tanggungjawab dan amanah yang diberikan, sambil memperjuangkan sesuatu yang sia - sia seperti kesaksamaan gender.

Namun begitu, baik lelaki mahupun perempuan mempunyai kelemahan dan kekuatan masing - masing. Allah sudah menetapkan begitu. Tetapi, terdapat manusia yang bersahabat dengan syaitan, yang cuba mendikrimasi dan mengekploitasi wanita ke jalan yang salah.

p/s - just to cent
abdfatah - 03 Apr 08 at 01:49:51
dah tentunya ada perbezaan yang total… kalo pompuan lemah dah tentunya ada kekuatannya yang tersendiri… jangan ambik kesempatan dah laa atas kelemahan yang ada tersebut…

menyusahkan orang dan menyusahkan negara…

abdfatah’s last blog post..kebangkitan penggiat bloggers
Rafhz - 03 Apr 08 at 05:35:57
Perempuan + lelaki = sempurna (lengkap)…

sebab tu la pempuan memerlukan lelaki n lelaki memerlukan pempuan… kita semua sama2 memerlukan… tp jgn la smpai mengambil kesempatan… :halo:

Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves
abdfatah - 09 Apr 08 at 23:20:38
nampaknya spam sedang melanda dah nih.. otomatik rasanya…

tutup akismet nih…

saling memerlukan dgn persefahaman yang mantap…

abdfatah’s last blog post..kes Lina Joy semakin gempak! sufiah bagaikan puteri…
Rafhz - 10 Apr 08 at 02:03:25
kecian titan, titan!! blog ko kene spamm… alamak lupe plak.. titan x de dalam mase beberapa hari ni.. diag jerantut… so hopefully titan terbace la comment nie

Rafhz’s last blog post..Elixir of Life!… Slowing down the skin aging process
yazidyahaya - 10 Aug 08 at 04:33:47
kenapa perempuan lemah???sememangnya sejak azali lagi emmag mereka ni lemah…Bak kata nabil..lu pikir la sendiri
Raja Kamil - 12 Oct 08 at 15:58:01
yang lemah tu leh wat yang kuat turut lemah
Ronaldmohoni - 09 Aug 11 at 16:06:02
Perempuan memang kadang-kadang lemah. Namun jika keras kepalanya timbul, mengalahkan lelaki.



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011