Ok. Pukul rata pastinya ramai newbie yang hendak menceburi pelbagai bidang di internet sekarang. Terlalu banyak cara untuk mendapatkan 1 sen di internet. Hakikatnya terpulang pada individu masing-masing dan aku percaya masih ramai yang tercari-cari formula untuk kaya dengan lebih mudah dari internet macam pelaburan atau hyip. Bukan tak boleh, cuma kena pandai pilih dan yang korang yaking sahaja untuk mendapat kembali return. Tapi masalahnya. Ada ke hyip yang meyakinkan? Dan tak kurang juga wujudnya hyip yang menggunakan nama islam atau muslim untuk menarik ramai pengguna internet melaburkan wang mereka. Terpulang. Rugi atau untung, itu hak anda.

Antara cara yang paling cepat buat duit setakat ini adalah posting dan blogging. Ini cara yang sangat sesuai bagi blogger dan webmaster kerana tau banyak informasi dan terlibat juga dengan kerja-kerja coding. Tak ramai yang tahu bagaimana hendak jadi blogger dan blogging ini. Tak kurang juga yang kaki bangku bab2 menulis dan menaip. Niat dan semangat nak buat duit secara online sampai ke langit. Tapi bila di suruh berusaha sedikit, sudah tarik muka.
“Apa macam kawan, lu mahu duit lu kena kerja maa! Duit tala datang sendili.. “

Apek jual surat khabar sendiri bagitahu aku bila aku tanya macam mana nak cari duit dengan mudah secara offline atau online. Even tak sampai 5 minit aku borak sama apek tu sebab tunggu Mak aku shopping kat Tesco. Tapi perbualan aku dengan dia tu sangat menarik hati aku. Berkat jual surat khabar tu. Dia dah ada syarikat sendiri, maksud aku kedai buku sendiri yang diusahakan lebih 15 tahun. Lama tu. Sampai aku dah besau ni, kedai tu masih ada lagi..Ada beberapa tips Apek tu bagitahu aku. Antaranya..
” Lu kalau mahu manyak wang, lu mesti banyak contact. Takdak contact, lu tak moleh buat bisnes. Bisnes mesti ramai kawan. Kalau lu bisnes sorang2, baik lu tak payah buat bisness!”

Amboi. Bukan main dengan hentam. Tapi sama macam post aku semalam. Contact atau kawan penting tak kira perniagaan online atau offline kan? So, sedaya upayala kena buat contact yang berguna. Mana tau satu hari nanti boleh jadi customer kita kan? Kan? Satu lagi nasihat dia pada aku kalau betul2 serius nak bukak bisnes..
“Lu kalau mau bisnes. Lu mesti pandai kira-kira. Kalau tak. Orang boleh pijak you. Orang boleh makan you punya. Pandai pun penting , mulut pun mesti manis, mesti senyum selalu. Orang masam muka aa. Tak mulih bisnes. Orang macam itu mesti pergi itu tanjung rambutan. Belajar cara-cara mau senyum itu muka. Baru molih bisnes maa!

Amacam? Kira-kiranya. Macam itulah cara dia cakap dengan aku. Kekadang aku tak faham gak telo dia. Pepaham sendiri ajelah. Kalau korang rasa cakap Apek ni tak betul Aku tak kisah. Even Apek nih takda Benz, tapi rumah sewa dekat 4-5 bijik. Kereta dia satu Waja, satu van mini. Tapi gi kerja pakai basikal je. Dah rumah dengan kedai berape meter aje. Selain itu. boleh jimat minyak! Anak2 semua dah berjaya. Ada sorang doktor, sorang Engineer. Sorang bukak business. Yang bongsu, dia tolong si Apek ni la. Tak lama lagi rampas kuasalah. Hehe..

Apa-apapun. Banyak cara nak buat duit. Jika jual surat khabar pun boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Tak mustahil kita pun boleh buat? Sekarang pun dah banyak skim2 yang membantu student lepasan SPM dan Graduan universiti untuk membantu mereka menjalankan perniagaan. Aku rasa aku antara Graduan yang aku cari skim tu lepas bulan September ini. Peluang tu, takkan nak lepaskan pulak. Melainkan aku nak kerja makan gaji. Lagi beberapa hari aku temduga KPLI. Ini 1st time aku temuduga KPLI. Sama ke macam interview keje kilang atau keje2 stor keeper?

Cukuplah sampai sini Sembang Duit aku bersama Apek Surat Khabar. Aku nak dengar lagu nasyid kejap. Nak dengar sama? Mari dengar lagu favourite adik aku kecik tu. Lagu Ina artis Hijjaz yang bekas awek si Mawi dulu. [Ina - Tak Punya Siapa]

Ps: Dapat beberapa payment kecil hari ini. Syukur. Ada income hari ini biarpun rasa agak malas nak buat kerja.

Pss: Tertidur awal malam ni. Ni pun terbangun kul 3. Terus basuh muka dan update apa-apa yang patut.


Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 5 comments. Apa plak komen korang?
black - 07 Aug 07 at 10:18:57
Apek pun jadi jugak nampaknya. Leh tahan jugak apek2 skarang. Dah terbukti di mana Apek jual surat kabar pun boleh berjaya..
yazidyahaya - 10 Aug 08 at 04:35:54
heheehe..betul la ..apek sekarang pun dah pandai buat duit..so ape lagi kalau korang yang muda-muda dan bekerjaya ni??korang taknak wat duit ke?????
Raja Kamil - 12 Oct 08 at 16:03:51
apek sekarang apek cyber gak oi
Ronaldmohoni - 10 Aug 11 at 02:28:03
Tips dari apek tu cukup berguna. dia cakap berdasar pengalaman tu. Yang pasti, kawan itu penting.
farahaznil - 12 Aug 11 at 00:52:14
yupo…btl tu….cina klu bisnes mmg buat btl2..tak mcm org mlayu



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011