So, hari ini. Trafic adalah perkara yang aku akan kupaskan bersama dengan korang semua. Aku tahu benda ni nampak macam aneh sikit. Tapi di forum luar negara atau international, benda ini dah jadi perkara biasa sampaikan siap ada website yang jual traffic. Maka, dengan kemunculan website sebegini membuatkan ramai orang yang beli traffic untuk website dan blog diorang. Siapa tak mahu kalau response pantas, service bagus, adil dan saksama dan yang paling penting. Traffic atau hits itu memang datangnya dari 1 ip yang berbeza-beza. Nampak macam mustahil. tapi benda nih dah terbukti kesahihannya..
Korang boleh dapat banyak information tentang beli jual traffic ni dekat satu forum yang sangat popular. Cuba check dekat forum ini. [klik sini] Kalau tak leh tengok. Korang kena register dulu dalam forum ini. Tak ramai orang Malaysia kat sini. Tapi korang boleh dapat macam2 informasi dan offer menarik dari website ini. Tak Percaya? korang boleh cuba dulu sebelum kata tak percaya sahaja sepanjang masa..
Boleh Percaya ke Beli Traffic ini? Betul2 ke hits atau traffic datang dari sumber yang berbeza?
Jawapan aku adalah YA!!
Kalau masih tak percaya. Terpulangla. Ramai yang dah beli dan ramai jugak yang dok terlopong dan masih terfikir cara untuk menaikkan hits dan traffic. Tapi ingat, cara ini sangat berguna jika blog atau website korang tu tak ada adsense. Rasa dah langgar TOS dalam Adsense jika korang beli traffic. Kalau masih nak beli, risiko tanggung sendiri. Lagi satu, jika blog korang tu sangat berguna dan dalam bahasa english, beli traffic sangat sesuai untuk orang2 yang mempunyai website sedemikian. Tak mustahil 1-10% dari mereka yang datang ke blog atau website adan itu akan stay dengan website anda. So, bagi blog bahasa Melayu. Tak digalakkan sebab mungkin user yang datang tu, just datang dan pergi. Kalau nak traffic yang stay, maksudnya pembaca yang setia. Beli traffic, bukan caranya.
Banyak cara sebenarnya nak naikkan traffic bagi sesuatu blog atau website. Tapi satu perkataan sahaja yang sesuai untuk traffic ini. Promosi. Mesti tahu cara promosi yang berkesan. Pukul rata, mesti ramai yang dah tahu cara-cara nak promosi website, affiliate link atau blog kan? So, praktikkan sahaja. Mesti ada salah satu cara yang berkesan. Tapi aku letak juga beberapa cara untuk naikkan traffic yang aku pernah cuba dan hasilnya agak memberangsangkan.
Tips Traffic :
1. Beli traffic : Kriteria seperti yang disebutkan diatas.
2. Exhange link : Korang boleh tukar dengan kawan-kawan korang. Suka sama suka.
3. Jual link atau Beli Link : Cara ini juga antara yang dapat membantu. Beli space dekat blog atau website seseorang.Cuba deal dengan harga yang agak murah dulu..
4. Aktif di forum-forum international. Tak banyak forum di Malaysia selain Forum WangCyber dan Forum Jutawan.org yang mempunyai banyak traffic.
5. Promosi mulut ke mulut
6. Email signiture juga turut membantu.
7. Gunakan Feed macam feedburner atau feedblitz
8. Gunakan Perkhidmatan macam Digg dan Technorati. Sangat membantu.
9. Banner : Jika ada skill. Buat banner sendiri pastu letak kat mana2 blog, website atau forum.
10. Cara paling pantas sekali. Spamming la kat mana-mana. Ini juga sangat berkesan !!
Rasanya. Cukuplah tips2 ini. Aku rasa ramai lagi power dalam bab promosi2 ni. So, toksahlah pura-pura tak tahu melainkan memang tak tahu belaka.
Tentang bayaran untuk Beli traffic ni, biasanya tengok dealer korang atau website yang menawarkan perkhidmatan ini. Kadang2 mahal dan ada jugak yang murah. Cuma kena pandai carik aje. Bayaran dalam Paypal atau E-gold.
Ps: Aku baru je beli traffic untuk Blog aku satu lagi. Kalau berkesan. Aku try untuk blog ini pulak..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
No related Posts
« Perbezaan antara Payperpost dan Reviewme.com | Hospital VS 3 Nasihat Kejam! »


























RK. Tak rugi. Sebab memang takkan rugi..
adi. Apa ko mrepek nih haa???
Soalnya bisnis seperti itu rawan penipuan.
Salam Kenal.