Hari ini aku akan ceritakan beberapa perbezaan yang agak ketara setelah aku mencuba beberapa program seperti paid posting, blogging, paid blogging dan macam2 program lain. Pendek kata, dah puas mencuba dan hasilnya pun boleh tahan.

Apa perbezaaan yang agak ketara di antara Payperpost.com dan Reviewme.com?

Aku tahu mesti ramai yang tertanya-tanya tentang program yang membayar ahlinya untuk menulis blog sahaja. Mesti ramai yang tak percaya. Tulis blog pun boleh dapat komisen ke? Boleh. Siapa kata tak boleh? Dah banyak program2 macam ini muncul dan aku akhirnya memilih tiga program yang dapat bertahan dengan aku selama ini. Ok. Ini tiga program yang aku cakap tadi :

1. Payperpost
2. Reviewme
3. Blogsvertise

Ok. Aku cerita sedikit perbezaan dia yang ketara. Cuba perhati betul2 dan fahami apa yang tersirat dan tersurat.

Aku dah cuba ketiga-tiha program ini. So, take advantages dan jangan amik kesilapan aku sebagai kebiasaan korang semua. Tak elok tu..

1. Payperpost selalunya mempunyai offer dan bayaran yang agak tinggi berbanding blogsvertise dan reviewme. Tetapi kadang2, blogsvertise dgn reviewme pun boleh dapat offer yang tinggi. Bezanya korang sempat tak grab offer tu sebelum orang lain sambar? Paling tinggi offer aku pernah dapat $10 usd di Payperpost, $11 usd di Blogsvertise dan $20 usd dekat Reviewme.com.

2. Setiap offer agak berbeza. Tak semua offer sama dan dalam ketegory yang berbeza. Korang mesti ada banyak blog yang mempunyai kategori yang berbeza. Kategori bagi business dan webmaster sangat sesuai untuk ketiga-tiga program ini. Terutamanya reviewme dan blogsvertise. Payperpost lebih kepada global dan kadang2 banyak review untuk filem dan dating online site. Dan banyak juga untuk US dan Canada member sahaja.

3. Kebanyakkan offer untuk tulis blog berbayar ini adalah international. Terutamanya bagi blogsvertise dan reviewme. Aku dah dapat banyak offer dan dapat payment dari 2 program ini. Cuma tak berapa banyak dari Payperpost. sebab offer dia banyak untuk US dan canada member. Sebab lain, susah betul post yang kita tulis tu diterima. Kadang-kadang kena reject..

3. Setiap program ada perbezaaan dari segi menghantar blog. Di payperpost, kita hanya boleh submit 1 blog sahaja. Untuk submit lebih blog, blog yang pertama tadi mesti ada 10 post yang approved oleh Payperpost. Setakat ini, aku tak lepas lagi. Banyak gak kena reject..

4. Berbeza dengan Blogsvertise dan Reviewme. Korang boleh submit banyak mana blog korang mahu. Tapi diorang akan pilih blog korang dari beberapa kategori yang kadang2 aku sendiri tak terfikir. Blog bahasa melayu aku pun terpilih gak. Mungkin sebab blog BM aku tu PR 1..So, masih misteri lagi bagaimana blog kita memenuhi kriteria Blogsvertise dan Reviewme. Pokoknya, aku ada 4 blog approved dekat Blogsvertise dan 5 blog approved dekat Reviewme.

5. Tentang Payment. Juga berbeza. Aku tak tahu sangat berapa minimum setiap program. Tapi aku dapat simpulkan kalau korang guna paypal sebagai bayaran rasmi korang di Payperpost, reviewme dan blogsvertise. Korang leh terima minima $1 usd ke akaun paypal korang. Insya-Allah aku post bayaran yang aku dapat dari ketiga-tiga program ini nanti.

6. Syarat untuk join ketiga2 program ini. Mesti ada akaun paypal. Tak ada leh create free dekat website paypal.

7.  Contoh Post untuk ketiga-tiga program yang aku dah join ni, korang boleh check dekat blog silat aku ini. Kalau dalam bahasa inggeris tu, salah satu programnya. [KLIK SINI]

Cukuplah sampai sini dulu. Aku rasa korang boleh tahu semua maklumat dekat website diorang. Klik aje link diorang kat atas tadi. Tak faham, boleh tanya aku. Aku tak tipu, memang aku dah dapat bayaran ketiga-tiga program ini. Berapa? Aku tak pernah bagitahu pendapatan sebenar aku. So, anggar2 sendirila yek?

Ps: Hari ini. AKu buat 1 offer untuk Payperpost dan 1 offer untuk Reviewme.com. Boleh check dekat blog khas aku itu tadi..


Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 5 comments. Apa plak komen korang?
sya - 02 Aug 07 at 10:42:05
Boleh buat duit ke macam ini bang? Ehm, kena study sdulu benda2 macam ni dulu. Sekarang sibukla. Study..
Raja Kamil - 12 Oct 08 at 16:20:51
blaeh je kaji. tak salah kan
Ronaldmohoni - 09 Aug 11 at 13:52:38
Ada yang kata, lebih best bermain dengan ReviewMe. Hmm, rasanya, dizaman 2011 nih, ada beberapa program baru yang muncul. cuma bayaran agak rendah sedikit.
farahaznil - 10 Aug 11 at 13:03:34
HAHA…RAJINNYA KAU BUAT SEMUA BENDA NI…AKU HANYA RAJIN KOMEN AJE..HI HI HI =P
Buat Duit Mfadhly - 21 Aug 11 at 07:46:28
apapun aku lebih suka buat duit dengan satu2 dulu baru pergi income yg lain



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011