Hari yang agak gelap buat saat ini kerana aku sedang duduk ditemani lagu2 sudirman dan menaip di laman web2 tertentu. Hari ini tidak banyak perkara yang dilakukan. Selain review beberapa website dan jalan-jalan cari idea dan berfikir bagaimana hendak tambahkan pendapatan, aku melencong ke friendster untuk update akaun. Nampak ada beberapa komen dan aku cuma buat apa yang patut sahaja. Malas nak tulis apa-apa atau reply. Hati aku cukup terkesan sejak pemergian Nurul. Mahu tahu berita selanjutnya tentang nurul. Sila pergi ke blog lama aku ini > Nurul Dalam Kenangan
Apa-apa pun. Hari seterusnya kena diteruskan juga. Bisnes mesti tetap kena jalan juga. Hari ini dapat beberapa payment kecil dalam Maybank dan Paypal. Ada rezeki sikit hari ini. Mungkin rezeki Nurul agaknya. Dan dapat email dari Zotspot.com. Ada berita baik. Nanti aku cerita dalam post2 akan datang. Payment untuk bulan July dari Reviewme.com dah sampai dalam email. Berapa? Nanti aku cerita. Tak ada semangat sangat nak cerita. Terlalu banyak perkara berlaku dan terlalu ramai yang tinggalkan aku bulan ini. Hoho, sedihnya..
Azam aku bulan Ogos ini. Mencapai $300 usd dalam satu bulan. Aku tahu itu agak sukar. Tapi aku mesti cuba. So, masih ada dua ratus lebih dollar yang aku kena kumpul. Harap2 tercapai azam untuk bulan Ogos. Korang macam mana? Perbaharui azam tiap2 bulan macam aku ker? So, at least ini target kecil aku. Walaupun mungkin nampak macam remeh temeh. At least i’m trying my best to earn some cash to paying my bills.. How about you guys?
Ok. Baru je update blog2 aku yang lain. Nanti aku inform apa-apa yang patut. Start besok, aku cuba concentrate pada kerja2 aku selain posting dan blogging sahaja. Kena naikkan traffic dan cari customer juga. So, harap berjaya hendaknya dengan step by step dalam perancangan awal aku nanti. Moga-moga berjalan dengan baik.
Satu tanda soal dalam diri aku sekarang. Pernat tak korang terfikir, macam mana rasanya bila korang kehilanggan seseorang yang korang kasihi? Maksud aku bukan kekasih. Tetapi seseorang yang korang rasa rapat betul pada hati korang? Boleh share dengan aku tak?
Ps: Offer Blogsvertise pun dah approved hari ini bila check tadi. Alhamdulillah..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
No related Posts
« Apa Erti Kemerdekaan Bagi Korang? | Perbezaan antara Payperpost dan Reviewme.com »
















Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves