Archive for August 2007


Tinggal 3 jam sahaja lagi aku akan pergi ke LLC Airasia dan aku kena pergi awal sebab flight aku Jam 10 pagi. Malas aku nak pergi lambat-lambat. Kalau ada masalah, naya aku dibuatnya. Aku akan pergi naik teksi. Abah aku tak dapat hantar sebab ada mesyuarat penting pagi ini. Adik perempuan dan emak aku tak reti drive kereta. Adik laki aku pulak dekat kolej. So, tak ada siapa boleh hantar aku even aku boleh bawa kereta sekalipun. Tapi sape nak bawak balik kate tu nanti kan? So, terpakselah aku jadi lone ranger pagi2 buta ni. Hoho..

Semua barang dah settle dan final check pun dah ok. Semua alat-alat perang aku dah setel. Harap-harap tak lebih berat la beg aku arini. Aritu kena charge. Hampeh tul. Terpaksalah bayar walaupun aku rasa cam nak tumbuk je pempuan tu. Ada dekat Rm50. Sakit woo. Aku leh dapat beberapa e-book yang bagus dari Rm50 tu. Tapi nak buat macam mana kan. Dah aku gi bawak beg berat-berat pasal apa kan? Biarlah. Aku ada simpan sikit duit nak cover untuk 2 minggu. Tak ada masalah rasanya. Yang penting aku happy masa kat Sabah nanti.

Tentang perniagaan internet. Aku akan cerita panjang lebar mengikut pengalaman cetek aku ini. Walaupun ramai pelajar IPTA yang bijak-bijak belaka. Tapi tak ramai yang membuat seperti apa yang kita buat. Tak boleh salahkan mereka. Mereke berusaha untuk dapatkan satu modal yang berharga untuk mereka bekerja. So, buatlah sungguh-sungguh. Aku ada jalan aku. Korang pun ada jalang korang sendiri. Cuma pilih dan fokus betul-betul Tak rugi kan rasanya kalau korang fikir itu yang terbaik buat diri korang.

Aku dah habis jual semua e-gold dan paypal aku. Alhamdulillah. Target untuk dapat usd250 bulan ini hanya berjaya mencapai $186 sahaja. Walaupun masih ada beberapa hari sebelum berakhir bulan Ogos. Tapi aku bangga dapat jumlah banyak tu dengan usaha tak seberapa ini saja. Adalah sikit modal nak beli domain baru dan lancar product baru yang akan dipasarkan tak lama lagi. Product apa? Tunggu. Masih dalam proses dan kemaskini. Aku akan launch bila dah setel semua perkara di UMS dan beberapa perkara lain.

Kepada sesiapa yang mengenali aku di UMS, terima kasih atas segalanya dan apa-apa yang berlaku. Terlalu banyak benda yang berlaku dalam 4 tahun ini. Suka duka, geram duka dan macam-macam lagi. Tak dapat banyak aku share dekat blog ini melainkan aku terlepas pandang sahaja. Sekarang bukan untuk study lagi. Sekarnag waktu untuk bekerja dan aku faham aku kena buat sesuatu sekarang. Sampai bila nak macam ini kan? I need to do something. Kepada mereka-mereka yang penting dalam hidup aku, terima kasih kerana hadir dalam wayang hidup aku. Sesungguhnya aku sangat bersyukur berkenalan dengan korang semua. Hehe, jiwang karat aku pagi nih.

Tak ada banyak masa lagi. Aku hendak mandi dan buat air teh. Air teh terakhir aku sebelum aku pergi tinggalkan rumah ini. Akhirnya aku tidak akan bergelar student lagi. Aku akan masuk ke alam pengangguran sekarang. Tak apa, aku ada banyak cara nak cari duit. Pokoknya, kita mahu atau tak nak.

Ps: Aku akan jual satu produk basah yang menjadi kegemaran semua orang. Terutamanya untuk budak2 semenanjung di Sabah. Mungkin diorang gemar benda-benda macam ini. Aku yakin produk in memang laku. Nantikan produk basah yang bakal muncul tidak lama lagi. Mungkin aku guna mini site sahaja untuk promosi product ni..

Pss: Maksudnya, aku akan ada 2 produk selepas pulang dari Majlis Graduasi ini. Satu produk basah dan satu lagi produk Digital. Nantikannya.. 

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Persiapan sedang dijalankan dengan sebaik mungkin dan aku sedang penat mengemas apa yang patut. Tak banyak yang hendak aku bawak. Cuma bawak badan aje macam biasa. Tak kurang juga aku katakan agak berat gak beg aku. harap2 tak membebankan ketika aku berada di sabah.

Persiapan ketika berada di sana pun agak ok. Kereta sewa saje belum dapat lagi. Harap-harap apa yang Ganesh cakap tu akan termakbul. Aku memang perlukan kereta. Dapat 1 hari masa hari konvo tu pun takpe. Janji dapat jalan-jalan dekat sana dengan parents aku. Parents aku akan datang pada 31 Ogos ini. Tepat2 tarikh merdeka diorang sampai dan aku tak sure aku dapat cari kereta nak ambil di airport atau tidak. Sewa kereta akan meningkat pada musim-musim sebegini. Sekarang RM100 hanya untuk kereta kancil. Naik gila aku dibuatnya dengan belanja aku dekat sabah ni. Nasib baik aku dah kumpul sikit duit untuk berbulan madu sorang-sorang di sini.

Oklah. Aku malas nak buang masa. Sebelum aku naik teksi pagi nanti ke airport. Aku akan post 1 post untuk korang. So, aku nak sambung sikit lagi kerja. Lepas itu nak mandi jap dan buat last check. Takut-takut kalau ada apa-apa yang tinggal. Malas aku nak bebankan parent aku bawak apa-apa nanti. Yang aku tengah pening ni. Mana aku nak letak kasut nanti. Beg dah penuh nih. Kasut kulit yang baru pakai beberapa kali sahaja selama tahun ini. Haru aku dibuatnya. Nih kes mak aku yang kemas bajulah nih. Semua baju dalam almari aku nak diletak dalam beg naik gunung aku tu. Manalah cukup Mak oii..Tak apalah. Janji dia bahagia..

Ps: Aku akan berada di Sabah untuk majlis graduasi selama 2 minggu. Majlis 3 hari sahaja. Tapi aku nak settle macam-macam perkara sebelum aku balik ke Banting semula. Ok. Babai..  

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Betulkah anda sudah sampai di tahap itu? Pukul rata memang kebanyakan internet marketer baik yang lama atau yang baru akan bosan dengan Perniagaan Internet. Tidak salah aku katakan kadang-kadang aku pun naik bosan. Mengapa ini terjadi? Aku ada cara aku snediri untuk menghilangkan bosan itu. Tapi macam mana dengan orang lain? Kita tak boleh mengubah nasib orang lain melainkan meereka yang hendak mengubahnya kan?

Ada yang tanya pada aku beberapa hari ini. Boleh dapat duit ke buat kerja macam ini? “Affiliate program saya tak jalanlah Bang, susahlah nak cari customer.” Dan macam-macam jenis rungutan yang aku telah dengar baik dari kawan baik aku sendiri, kawan-kawan satu course dan juga musuh-musuh ketat aku. 80% akan kata susah nak buat duit dari internet. Bila aku cakap aku mula belajar dari umur aku 17 tahun ketika SPM, diorang tak percaya. Itulah inilah. Aku tak nafikan. Sebab aku pun bukan untung banyak pun umur tu. Setakat cuba-cuba dan ada benda yang aku buat berjaya dan ada yang tidak. Aku pernah rugi beribu-ribu duit sejak 5 tahun aku cari duit melalui internet. Tapi mengapa aku tak pernah berhenti? Sebab aku tahu, perniagaan internet antara satu cabang perniagaan. Kita memang boleh buat duit dari internet. Tapi mesti faham caranya. Duit tak akan datang dengan mudah punya.

Tapi kalau betul-betul bosan. korang boleh jumpa aku kalau tak puas hati. Ikut cara aku. Mungkin ada yang boleh bawak. Mungkin jugak tak ada. Terpulanglah pada diri masing-masing. Aku tak pandai macam IM tempatan yang lain. Tapi aku yakin aku boleh pergi jauh. Mengapa? Otak aku dah fikir aku confirm jadi Jutawan. Takkan aku nak menidakkan. So, fikirlah secara positif. Aku memang dah jadi Jutawan. Cuma tinggal ikut jalannya sahaja. Sebenarnya anda dah jadi Jutawan, cuma anda meninggalkan jalan dan cara-cara menjadi jutawan. Tidakpun, memang anda tak tahu cara nak jadi Jutawan?

JUtawan segera? Tak ada. Mawi dan Siti Nurhaliza pun susah payah nak jadi tahap macam ini. Rosyam Nor tu, berapa tahun berlakon? Antara pelakon yang aku paling gemar sebab asyik jadi Hero dalam Drama dan Filem sekarang. Sekarang, duit 1 juta pun dia tak pandang. Anak-anak dia, hidup senang punya. Kenapa? Dia berusaha dan akhirnya masyarakat iktiraf dia even dia tak mintak pun. Betul tak? So, tak ada istilah jutawan segera. Perniagaan internet masih belum lagi melahirkan Jutawan segera tanpa penat lelah. Tanyalah mereka yang telah berjaya. Komitmen dan usaha merupakan nadi penggerak mereka dari dulu sehingga sekarang.

Laksanakan. Kalau nak buat duit. Laksanakan apa yang korang perlu buat. Takat menanam tebu kat bibir. Baik tak payah. Usaha mesti sungguh-sungguh. Memang aku tak nafikan. Ramai yang tengah down sebab tak tahu macam mana nak cari duit dari internet. Duit dari tulis blog pun tak banyak dapat. Duit itu ini pun tak banyak dapat. Google adsense pun tak meletup. Advertlets pun berapa ringgit sahaja. Yang aku mampu cakap. Usaha lagi. Banyakkan baca dan menuntut ilmu. Tak tahu, tanya IM Malaysia yang dah berjaya. Kalau diorang tamak haloba, cari orang yang boleh bagi korang jawapan.

Aku dah 5 tahun cari duit dari internet. Biarpun tak kaya-kaya. Tapi aku bangga sebab aku dapat sara hidup aku sendiri walaupuun kadang-kadang dalam poket ada RM1.20 saja masa nak balik kampung raya dekat Banting. Nasib baik tiket kapa terbang dah beli masa aku kat Sabah dulu. Kena pulak time tu puasa. Aku korek tabung. Dapat dalam Rm2.70. Tambang bas gi kota kinabalu. RM1 dan tambang ke airport. RM0.50. Baki RM1.20. Aku beli roti harga RM1 dan itulah buka juadah buka puasa aku dalam flight Airasia. Punya best lagi tu, pramugari bagi aku air suam dalam flight. Terharu gila sebab aku memang haus gila waktu tu walaupun hanya secawan plastik sahaja. Dan lepas aku turun airport sahaja, aku dapat sms. Product aku dah ada sales. Alhamdulillah..Berkat roti RM1 dan air suam pramugari tu agaknya. Hehe..

So, usaha tu tangga kejayaan. Nasib juga memainkan peranan penting. Yang perlu kita tahu, macam mana kita nak buat duit dari internet. Bumi ini luas. So, tak mustahil aku katakan ada banyak cara nak buat duit dari internet.

Ok. Aku tinggal 1 hari sahaja lagi. Khamis ini aku akan terbang ke Sabah untuk menguruskan majlis konvokesyen aku. Aku cuti dekat 2 minggu. So, kalau tak ada post baru. Faham-faham sajalah. Berita baik. Aku dapat 3 payment kecil dalam paypal aku dan 4 payment dalam e-gold aku. Aku sedang usahakan untuk jual semua duit paypal dengan e-gold aku secepat mungkin. Belanja aku dekat sabah nanti. Hehe..

Ps: Aku dalam sidang 2 pada hari pertama. Jam 2 petang di Dewan Besar UMS. So, sape-sape dekat Sabah. Mehla datang. Ada pesta Tamu Gadang ke 9 bakal bermula nanti.

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Tidak banyak yang aku hendak ceritakan pagi ini. Macam-macam dah berlaku dalam dua tiga hari ini dan aku harap berita baik akan datang pada hari isnin nanti. Hampir 6 payment kecil dan besar akan aku perolehi. Harap2 cukup untuk belanja aku di Sabah nanti.

Apa aku akan buat di Sabah nanti? Ehm, ada 1 cabang duit yang mampu aku laksanakan di Internet. Aku pergi ke Sabah selama 2 minggu ini untuk pelbagai misi. Antaranya..

1. Kutip Hutang
2. Konvokesyen pada 3-4 September 2007.
3. Selesai masalah dalaman
4. Gi cari masalah lama
5. Gi pukul anak orang
6. Bayar Hutan Ganesh Dan Ajib
7. Deal dengan customer
8. Urus masalah Dengan UMS.
9. Jumpa adik-adik angkat aku.
10. Tengok Wayang.

Best tak semua perancangan aku ini? Nampak macam mengarut kan? Tapi apakan daya. Aku perlu lakukan semua tu jugak. Kutip hutang dari member2 aku itu yang paling penting. Dah hampir setahun. Takkan tak reti-reti nak bayar kan? Kalau setakat sepuluh sen hingga ke RM10 tu, aku tak kesah sangat. Tapi kalau dah ratusan, hati mana tak sakit kan? Mungkin ada segelintir dari korang mengalami benda-benda macam ini. Dan mungkin juga yang dah halalkan benda-benda macam itu. So, kepada mereka-mereka yang terasa tu. I’m coming to you soon. Be prepare..

Segala persiapan dah siap dan aku rasa tak ada banyak masalah yang timbul lagi. Semua dah ok dan apa-apa yang perlu aku lakukan cuma tinggal berada di UMS sahaja. Aku harap tak ada apa-apa aral menegak ketika itu.

Kawan aku tanya. Boleh percayakah perniagaan internet ini? Aku terus cakap dengan dia. Zaman sekarang ini semua boleh. Kalau nak beli kereta dari internet pun boleh apa. Sedangkan aku baru je beli rantai harga RM19.90 dari internet semalam. Akan dapat dalam tempoh 3 hari. Sebab rantai tu susah nak dapat. Nak cari yang mahal-mahal pun tak mampu. So, kita cari apa yang susah nak cari. Lagipun bukannya mahal sangat pun. Berbaloi bagi aku.

Perniagaan internet. Susah nak cakap. Tapi aku percaya, ramai yang dah berjaya mencapai tahap yang mampu membuatkan mereka tersenyum bukan? Aku juga sudah mampu tersenyum simpul dan alhamdulilah. Banyak jugak yang mintak service aku dalam pelbagai aspek. Apa dia? Nantilah aku cerita. Yang penting, perniagaan internet memang mampu memberikan pulangan kepada kita. Memang boleh setat dari kosong. Tapi tak semua orang berjaya bermula dari kosong. Pendek cerita. Korang mahu percaya atak tidak?

Perniagaan internet ialah salah satu cara untuk jadi kaya. Betul atau tidak?

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Pernah tak korang rasa bila korang sedang buat kerja di internet. Tiba-tiba sahaja connection internet korang terputus tiba-tiba? Jika pernah, ini maknanya kita mempunyai masalah yang sama. Tidak salah aku katakan aku agak tidak berkenan bila perkara sebegini berlaku ketika aku sedang sibuk buat kerja penting. Sakit hati pun ada, sakit jiwa pun ada. Pendek kata, serba tak kenalah.

So, macam mana kita nak mengatasi masalah ini? Apa yang korang rasa aku patut lakukan? Melaporkan kepada pihak polis atau pihak yang bertanggungjawab? Bagi aku senang aje. Bawak bersabarlah. Benda yang normal dan akan berlaku tak kira masa dan tempat. Bukan kita boleh jangka. Walaupun marah tahap peringkat nak bunuh harimau pun. Tak yah lah nak sakit hati sangat. Bawak bersabar dan doa-doalah cepat internet tu ok balik. Dalam 2,3 hari ini. Connection di rumah aku asyik putus-putus. Tak senang aku nak buat keje. Kadang-kadang kene gi internet cafe untuk cover apa yang dah berlaku.

Mengenai KPLI aku yang lepas. Aku nak cerita apa yang berlaku. Walaupun kita semua faham dimana ujian KPLI ini berlaku setiap tahun. Tapi ianya agak sukar jugak untuk melepasi tahap2 yang ditetapkan. Ujian Mtest jugak bukan calang-calang. Aku yakin ramai yang tersungkur apabila menjawab ujian tersebut dan terlalu ramai calon-calon yang hebat-hebat belaka. Jika benar korang hendak jadi Guru. KPLI antara yang terbaik. Tetapi, terlalu banyak ranjau yang perlu ditempuhi. Pokoknya. Korang berani cuba atau tak? Aku dah lepas. Cuma tunggu keputusan bulan Disember ini. Tapi bulan September ini aku ada 2 interview lagi. Kita tengok yang mana dulu aku dapat tawaran dan gaji yang bagus. Sementara itu. Aku wat aje keje internet. Duit lepas jugak bulan-bulan. Cover duit streamyx, duit bil, duit motor dan kereta aku. Duit PTPTN lagi. Insya-Allah leh tahan lagi. Tapi untuk kawin. Aku mesti ada kerja tetap..

Pentingkah kerja tetap bagi anda semua sekarang? Bagi yang dah berkahwin. Mempunyai kerja tetap adalah nikmat yang tidak dapat diucapkan. Biarpun tidaklah sebanyak mana, tetapi asalkan dapat menampung hidup sekeluarga. Bagi mereka, itu yang terbaik. Tetapi bagi anak-anak muda macam aku. Apakah jenis pekerjaan yang korang hendak buat? Aku tak boleh cakap besar sebab belum ada kerja tetap dan tidak ada sijil ijazah lagi. Dan aku bersyukur aku tak menyusahkan mak abah aku. Kerja melalui internet antara rahmat bagi aku sebab aku berjaya menjana sedikit income untuk diri sendiri. Tak adalah mintak duit mak abah lagi cam budak kecik dulu. So, anda bagaimana? Mahu kerja atau tidak?

Semua orang mahu kerja bukan? Pokoknya, kerja apa yang anda mahu buat? KIta fikir, kita tenung. Lakukah kita di mata masyarakat dan alam pekerjaan. Totally different. Ramai penganggur memilih pekerjaan. Aku tidak nampak salahnya. Tetapi jika langsung tak dapat kerja selama 3 tahun. Aku rasa dah besar sangat salahnya. Kawan aku, setelah 4 tahun menganggur. Akhirnya berjaya mendapat kerja tetap selepas lepas ujian KPLI kali 3. Tahniah aku ucapkan pada dia. Dalam tempoh 3 tahun tu, memang dia tak buat apa-apa kerja. Memang dia ada mohon kerja-kerja lain. Tapi nasib tak menyebelahi dia. Mungkin rezeki dia pada tahun ke 4 dan Tahniah sekali lagi sebab bulan Disember nanti dia akan bertunang. Double rezeki dia! So, rezeki masing-masing ada. Pokoknya anda kena sabar dan sentiasa berusaha.

Bekerja intenet sangat susah. Tetapi sekali anda tahu lubuk emasnya. Anda tidak akan berhenti daripada mencari pendapatan. Siapa kata perniagaan internet susah? Anda cuma tidak tahu cara untuk memudahkannya sahaja! 

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Toronto Flights Flights to Sydney
Flights to Melbourne Fare Search


Cheap downloads. Best Astor Piazzolla album download mp3 online