Hari ini aku simpang jauh dari artikel-artikel atau post-post yang biasa aku buat. Lagi satu bulan kita akan menyambut Hari kemerdekaan kita sekali lagi. Memanglah sebab setiap tahun tanggal 31 Ogos itu menjadi tarikh keramat kepada kita rakyat Malaysia. Tak salah aku katakan itu merupakan tarikh-tarikh penting selain birthday Agong dan Hari keputeraaan Nabi Muhaammad saw. kan? Tapi aku percaya, lebih ramai yang ingat tarikh hari kita merdeka berbanding birthday Nabi kita dan apatah lagi birthday Yang Dipertuan Agong kan? So, sedarlah diri tu sikit. Silap ari bulan, birthday mak abah kita pun belum tentu ingat.
Nasihat aku, take note. Simpan tarikh2 penting tu dalam satu buku atau diari. Paling malas pun, letak dalam reminder dalam handset kita tu. So, kalau lupa. Fungsi Reminder dalam handset Nokia khususnya akan mengingatkan anda. Takkan letak birthday awek je dalam tu kan?
Berbalik kepada Erti Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia? Khususnya kaki IM malaysia. Pastinya banyak pengertiaan yang berbeza. Aku sendiri. Bebas dari hutang Yuran Kolej aku adalah satu pengertian kemerdekaan yang tidak aku gambarkan. Dan hutang PTPTN masih on day way. Huu..
Tak apa. At least aku belajar sesuatu dari situ. Apa ertinya susah payah hendak memerdekakan diri kita. Susah kita nak banding erti kemerdekaan bagaimana Malaysia atau negara2 lain merdeka. Kita di situasi dan zaman yang berbeza. So, setiap orang ada definisi masing-masing dan tak perlu didebatkan. Cukup dalam satu sudut dihati kita. Nilai kemerdekaan itu penting!
So, Sempene 31 Ogos 2007 ini. AKu letakkan satu lagu khas dari Imeem.com untuk santapan telinga korang yang sudi baca blog baru aku ini. Lagu khas dari Sudirman Hj Arshad. Nikmatinya sambil minum nescafe. Pasti Sedap !!
Ps: Lagu ini sampai sekarang terkesan pada diri aku sejak aku umur 5 tahun..
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content


























Tapi buat benda2 baik la…
Tapi kita bebas ke skang? cara pakaian, hiburan, ekonomi, dsbnya tak mencerminkan kita macam dah merdeka jer…
Titan ko taknak buat edisi siasat ke? Sape yg sebenarnya yang memerdekan negara kita? komunis atau pemimpin UMNO?
Kesian Shamsiah Fakeh(AWAS), dan kawan2nya yang masuk hutan berjuang bersama2 komunis… Waktu tu mereka takde pilihan selain menyertai komunis, sebab British cube menghapuskan pengaruh mereka kerana menentang Malayan union.
““Sungguh malang pula aku sebenarnya tak pandai mendayung. Apabila kukayuh, sampan itu berpusing-pusing di tempat itu juga. Hatiku merasa sangat kesal kerana tak pandai mendayung sampan. Akhirnya sampan itu terbalik dan aku terjun ke dalam air. Sungguh sedih dan malang lagi, aku tidak pandai berenang pula.”
“Sebagai seorang ibu yang telah menyelamatkan anaknya di tengah-tengah hujan peluru tentera penjajah dan bersama-sama pula dengan anak sesat selama empat hari tiga malam dengan penuh sengsara, dan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, tergamakkah seorang ibu membunuh anaknya sendiri?” <—- Shamsiah Fakeh
http://ms.wikipedia.org/wiki/Shamsiah_Fakeh
Siapa pejuang kemerdekaan sebenar?
Adakah mereka yang mengangkat senjata? Atau mereka yang mengangkat pen dan kertas untuk mencapai kemerdekaan?
merdeka dari segala macam anasir yang menjajah… itulah dia merdeka…
merdeka bin bebas
yay! merdeka yay!