Hari ini macam biasa. Sebelum Jam 12 tengah malam. Aku cuba update blog macam biasa. Tak ada apa-apa website atau forum untuk direview kali ini. Cuma hari ini aku sudah tukar template baru dan macam mana? Ada rasa perubahan yang ketara tak? Aku akui ada beberapa benda dan perkara yang aku tak dapat buat dengan template lama dengan yang baru. Tapi aku rasa aku dah cukup puas hati dengan template ini walaupun aku sedang sedaya updaya edit dan coding apa-apa yang patut. Harap yang terbaik untuk template yang terbaru ini. Harap dapat yang terbaik daripadanya.
Tugas aku hari ini macam biasa. Posting di beberapa forum yang wajib dan update blog2 aku yang lain. Dari payperpost.com aku dah buat 1 review dan untuk reviewme.com, belum dapat apa-apa review hari ini. Blogsvertise ada aku dah accept 1 review baru. Sat lagi aku sambung wat. Pening dah banyak sangat program nak kena jaga dan beberapa forum yang aku jadi moderator. Nak warning dengan ban orang lagi. Penat juga hari ini walaupun hari Sabtu sepatutnya kita
Tentang Bidvertiser, tadi ada orang tanya. Apa itu bidvertiser? Ok. Sabar, aku akan buat satu review khas tentang BIdvertiser. Bukan post pendek. Aku cuba terangkan agar korang faham. Kalau rajin, gi la melawat website yang ownernya bayar untuk promosi website diorang. Aku tak rasa korang rugi pun berbuat demikian. Ehehe..
Tentang Nuffnang dan Advertlets, aku pun aku cuba buat satu post ringkas tentang 2 website yang menjadi kegilaan IM Malaysia sekarang. AKu tahu banyak yang dah tahu dan banyak dah review dan cerita pasal benda yang sama. Tapi tak kesahla. Janji korang nak aku buat. Aku buat sajalah. Blog ni baru sahaja. Tapi aku cuba nak ada dekat dalam search engine Pakcik Google secepat mungkin. Dan tentang Google Adsense, korang boleh cuba dapatkan review yang aku baru wat dekat Blog kepada abg Earncent.com. [klik sini]
Taib. Hari ini cuma dapat payment2 kecil sahaja dari beberapa forum. Nak tahu apa forum yang bayar aku dalam bulan July? Nantikan satu Page Baru khas untuk update payment yang aku dapat dari forum2 yang aku join selama ini. Rahsia bagaimana dapat RM100 melalui forum berbayar akan di PoSt pada bulan Ogos akan datang. Nantikan sahaja post tu. Aku tak boleh bagitahu bola.
Babai !! Nantikan Post2 aku yang akan datang. NIlai 1 CeNt itu kadang2 lebih berharga dari nilai satu jam randik. Believe it or not?
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content
No related Posts
« Moneytalkpro Forum – Dapatkan RM20 seminngu! | Apa Erti Kemerdekaan Bagi Korang? »













