Berapa Purata Keuntungan Harian Anda? | EarnCent.com



Hari ini aku malas nak review apa-apa website. KIta cakap pasal benda lain pulak. Sebenarnya hari ini aku tak ada mood nak cakap pasal review atau apa-apa website. Entah kenapa hati ni rasa lain macam saja. Apa2 pun, biarlah. Benda dah berlalu. Better kita teruskan apa yang ada depan mata ni..

Berapa Purata Keuntungan Harian Anda?

Ok. Soalan ini tak adalah maut sangat. Cuma kadang-kadang, korang perasan tak. Bila dah selalu online dan cuba cari duit dari perniagaan internet atau online biz ni, rasa2la. Cukup tak duit tu untuk cover life style korang? Untuk 1 tahun pertama, terus terang aku cakap. Memang sakit cam orang kena kanser ulu hati. Sakit toksah cakap. Lum campur kena cerai talak lagi dan masalah2 yang tak diketahui sumbernya. So, pendek kata? Agak sukar untuk 1 tahun pertama. Berapala sangat sen yang korang dapat. Jangan tipula..

Tapi, tak kurang jugak yang berjaya walaupun baru 1-3 bulan bertatih. Dan dapat income masyuk hari2. Buat yang main forex. Aku tak dapat kata apa. Kalau ada Rm50000 dalam tangan. Aku berani cakap dalam 1 tahun aku dah jadi jutawan.. Masalahnya. Nak dapat lebih 3-4 ribu pun masih bertatih lagi. Tak apa, usaha tangga kejayaan. bak kata Cikgu aku dulu2, simpan duit dalam tabung. Lama2 duit tu jadi bukit..

Tak dinafikan, betul jugak kan? Tapi tak lama lepas tu, pecah tabung. Gi beli tabung yang baru. Hasil tarak. Pendek kata, hangat2 tahi ayam je masa kecik. Walaupun aku tahu tak semua orang macam itu. Tapi sebahagian besar adalah begitu. Tak nak percaya tak apa, Bukan ramai orang yang percaya kan bila online internet leh buat duit? Semua orang cakap kita penipu. Mustahil dan macam-macam lagi kata2 pembunuh semangat.. Tok sah tipula kalau korang tak terasa. Aku pun terasa. Tapi bila kita dah rasa duit, baru kita faham betapa ‘senangnya’ nak buat duit dari Internet.

Alhamdulilah, transaksi pertukaran 69 usd dengan exchanger berjalan dengan lancar. Tak cukup 70 usd plak tadi masa nak exhange. TUkar dengan paypal. Dapatlah dekat RM207 masuk maybank aku. Sikit2 pun duit jugak. Selalu bila dapat duit dari paypal. Memang aku terai withdraw aje. Malas nak tunggu lama2. Kalau akaun paypal kita frozen, naya aje. Di kebasnya duit kita dari Paypal even kita bagitau kita tak bersalah. Tak apa, rasanya akaun aku selamat. Verified Paypal [premium] lagi tu..

Tadi ada kawan aku. Macam mana nak verified atau aktifkan akaun Paypal. Nampak gaya ada lagi mamat2 yang tak tahu macam mana. Rasanya tak sampai seru Hafiz MalaysiaPal  kat kawan aku sorang ni. Maklumlah, budak course perubatan. Apala nak kaitan dengan online biz. Dia cakap dia nak jual barang. Aku tanya barang apa? Dia jawab balik, “biarla rahsia..

Taik kucing ko ! Siap nanti aku kerjakan korang. Oklah. CUkup rasanya aku membebel hari ini. Sebelum aku tidur nanti. Aku akan ceritakan satu program internet yang boleh beri sedikit duit sampingan hanya melalui searching di internet sahaja dengan menggunakan search engine. Tunggu, mungkin dalam beberapa minit atau beberapa jam. Yang pasti, selepas jam 12 tengah malam ni.,

Sebelum aku berundur. Pastikan pasang niat sebelum start business online. Berapa target kita untuk 1 hari? Satu tahun yang lepas, aku target $0.01 USD untuk 1 hari. Dalam masa 6 bulan. Berjaya !! Untuk 6 bulan sampai la saat nih. 1 cent dalam 1 hari memang berjaya. Target seterusnya. $1 dalam 1 hari. Masih separuh berjaya. Walaupun kadang2 kita dapat $10 atau $30 dollar satu hari. Tapi ada jugak hari-hari yang tak cecah $1 hari2. So, target belum tercapai dan aku takkan ubah lagi melainkan aku berjaya buat at least.

1 hari = 1 usd ! Korang macam mana?

Ps: Tambah lagi duit maybank aku. Alhamdulillah..







Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 16 comments. Apa plak komen korang?
abdfatah - 08 Feb 08 at 02:00:43
setakat nih nak dapatkan jugak target 50sen usd aje. banyak sangat usd takleh nak terkejar jadinya… usd pun kena kira jugak macam mana nak kumpulkannya dengan cara yang mudah. memang mudah kalo dah tahu startegi dan cara yang berkesan untuk mengumpulkan banyak mana usd sekalipun….

50sen usd seminggu okeh ke…?

abdfatah’s last blog post..rajuk sepak takraw PSM
rebana - 08 Feb 08 at 02:37:47
50 sen seminggu? Oklah tu dari tak dapat apa-apa. Hehe..kalau ada cara mudah. Dah lama orang jadi kaya kan? Kan?
abdfatah - 08 Feb 08 at 03:43:46
cara yang mudah memang ada. cuma kena tahu cara mudah tersebut dan buat keuntungan yang maksima sebagai yang telah dilakukan oleh titan dengan blognya ini yang memudahkan jalan ke arah menambah income dan duit poket dengan cara yang lebih mudah…. mudah bukan sembarangan mudah… mudah yang menguntungkan ramai orang….

abdfatah’s last blog post..rajuk sepak takraw PSM
abdfatah - 03 Apr 08 at 01:29:00
berapa banyak yang dh simpan? kalo dapat banyak tak simpan tak best laaa…

ada banyak dan tak fokus lagi haru biru jadinya…

abdfatah’s last blog post..kebangkitan penggiat bloggers
Rafhz - 03 Apr 08 at 05:53:55
:$: huhu.. x de lagi ntuk di simpan… x pe bleh jadikan panduan ntuk mase depan… simpan skit lame2 jadi bukit…
teringt plak kat iklan menabung dulu2 tu.. yg slalu kluar kat tv mase kecik2 dulu… :halo:

Rafhz’s last blog post..Promotion from Hostwaves
emme - 30 May 08 at 10:56:29
Sekarang ni mesti income ko 1hari = 100dolar kan titan… :)
titan - 30 May 08 at 11:32:53
hehe. rahsia pendapatan sehari adalah rahsia. Kene tengok akaun bank la..
yazidyahaya - 10 Aug 08 at 03:58:33
sikit-sikit je..takde la banyak
farahaznil - 10 Aug 08 at 04:11:42
hahahaha..titan suma rahsia..tp dlm sbulan..kira keuntungan si titan ni cukup dia tuk byr suma bil dan kos sara hidup..hi hi hi
zifah - 10 Aug 08 at 04:19:31
aku rasa pelajar perubatan tu nak jual kondom tu.. :D

betul ke konye target 1 hari = 1usd belom tercapai? susah gak nak cayanya :hmm1:
Raja Kamil - 11 Oct 08 at 18:35:41
aku punya target dapat usd50 sehari…haha..macam e-book baru lancar tu…hehe
merahkatak - 11 Oct 08 at 19:10:42
Hehe..semua orang kalau dapat 1 dollar sehari. Memang best la. Tapi kene usahala. Tanpa usaha, kita tak dapat apa-apa..
farahaznil - 17 Oct 08 at 08:26:02
hohhoo…50usd..weh kita kat malaysia la..apa kata tukar sikit nilai usd tu ke rm..hi hi hi..dah mampu tahap tu ke raja kamil?
abdfatah - 17 Oct 08 at 09:44:56
saya mau usd 1000 sehari boleh? dah tentu boleh laaa lepas nih kalo nak… kena usaha laaa…
abdfatah - 02 Dec 08 at 18:27:38
tak berapa banyak sangat dapat dalam sehari…. banyak lagi nak kena usaha dengan tekun dan sabor… kalo tak sabor mana nak dapat banyak kan kan kan kan…
Sapikk - 06 Mar 09 at 17:21:30
Target aku USD1 je sehari..slow2 ..hehe


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------