Hari ini aku nak bercerita pasal investment. Kadang-kala, kita lupa tentang perkara ini kan? Sejak tahun lepas lagi kita di war-warkan dengan pelbagai jenis investment yang melanda badai kewangan tanah air. Tak kurang juga ramai yang “berjaya” dalam perkara ini. Tidak dinafikan. Investment itu berjaya menarik ramai pengunjung dan tak kurang juga yang mencuba untuk mencari sedikit imbuhan. Apakah investment yang aku cakapkan ini? aku rasa korang pun tahu. Pelaburan internet. Pukul rata, semua orang dah tahu pasal pelaburang yang berasaskan saham internet. Dan rasanya, masih ramai yang mencari2 investment yang macam ini. Carilah, berlambak lagi yg kat internet. Tapi, risiko. Tanggung sendiri..

Perlukah kita buat duit melalui investment? Jawapan saya atau jawapan dari sudut hati saya. PERLU !! Tapi kena cari yang betul2 sesuai dan kena dengan caranya. Bukan membuta tuli. At least carilah yang bersesuaian dengan kamampuan kita. Janganlah pulak buat pinjaman dari bank lepas tu, gi invest tempat lain. Ada kawan aku bagi satu tips untuk investment.
“Ko wat pinjaman dari bank A, lepas tu. Ko invest kan BankC plak? Ckup bulan, amik interest kat Bank C, bayar pinjaman kat bank A”

Pendek kata, interest simpan kt bank A lebih rendah banding Bank C. Dia main putar2 alam kat situ plak. So, ramai yang buat macam ini dan ada yang berjaya. Aku tak sarankan melainkan korang memang ada fund yang mencukupi dan backup secukupnya. Kawan aku berani cakap sebab bank dia satu lagi ada backup sepenuhnya. So, bagi orang biasa macam korang. Toksahlah. Orang luar biasa cam aku dengan dia boleh cuba..

Aku akan buat investment. Tapi bukan sekarang, memandangkan aku ni baru je student cukup umur sebab akan konvo bulan September 2007 ini. So, aku ambil langkah perlahan-lahan. Bukan senang nak buat duit melalui investment. Bagi student yang nak cari duit poket. Pendek kata, dengar nasihat RM1 ribu nih. Jangan buang masa dengan guna duit PTPTN tu untuk join investment atau hyip2 yang tak tentu hala ni. Melainkan korang yaking untuk hilang duit tu ! Kalau yakin, its up to you !! Kalau kurang yakin, baik gi belanja awek. Mudah-mudahan, dapat kahwin dengan dia. Lagi berkat agaknya..

Pendek kata, berhati-hati. Aku pun ada join satu program investment. Tapi aku takkan cerita dengan korang melainkan aku terbuka hati. Walaupun tak letak modal banyak. Tapi bolehlah sikit2. Untuk cover hosting dan domain aku ni, cukup rasanya. Tak ada masalah. yang pasti, nih bukan macam Hyip yang tak kunjung tiba tu. Cukuplah cerita pasal investment. Kalau yang dah bekerja, aku tak kesah. Yang aku kesah, pasal student2 yang gatal tangan nak merasa duit banyak ni. Aku tahu sebab aku pun student jugak. So, duit tu tak ke mana. Lebih baik buat makan nasi lemak. Kenyang pun ada, puas hati pun ada..

Cukuplah untuk pagi ni. Hari ini dapat lebih $30 duit dari paypal. Upah tulis blog dan review beberapa website. Bolehlah. Sape nak bagi kan? Baik kita mencuba daripada tak ada 1 cent langsung. Usaha itu tangga duit !!

Ps: Tekak aku sakit pagi ni. Bila kumur2, kuar darah plak. Aik,apa nak jadi ni..??


Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 14 comments. Apa plak komen korang?
Syeikh - 05 Jan 08 at 18:39:52
Uiks…keluar dah? Bahaya ni…pi la jumpa doktor cepat2.

Umm, aku rasa ko dah lama tak gosok gigi kot..hehe.
hitam - 05 Jan 08 at 20:06:10
Dia gosok gigi. Cuma tak pakai colgate kot?

Apapun. KO still buat investment?
abdfatah - 08 Feb 08 at 01:55:27
buatlah investment yang menguntungkan dengan public mutual ke arena antarabangsa. ada jaminan jugak laa. jangan melompat investment tak iktiraf dah laaa… investment internet laaa… hohohohahooo

abdfatah’s last blog post..rajuk sepak takraw PSM
emet - 09 Feb 08 at 10:00:00
Kalau ada duit baik invest untuk hartanah(rumah,@bangunan), aku rase lagi baik kot…

Hartanah ni tiap2 taun naik harga, lagi2 kat Selangor ni…

emet’s last blog post..Tag : 8 Things That You Did Not Know About Me
silentleo - 09 Feb 08 at 15:26:44
Yeke emet? Nak invest untuk hartanah macam mana yek?

silentleo’s last blog post..I learn Something different today!
abdfatah - 03 Apr 08 at 01:26:10
investment dalam pelaburan hartanah memang menguntungkan … tiap2 tahun tanah makin mahal wooooo… harga dulu ngan sekarang dah berbeza daaa…

beli tanah dan jual tanah … berapa ekar nak beli boleh beli… lepas tu ambik masa yang sesuai boleh jual mana yang patut… lepas tu beli lagi tanah dan jual semula sekali lagi… eh berapa banyak jual dan beli daaa….

itulah dia cara pelaburan tanahnya… ada tanah yang nak jual tak…? boleh jual balik….?

abdfatah’s last blog post..kebangkitan penggiat bloggers
abdfatah - 09 Apr 08 at 09:37:07
kalo nak buat duit dengan pelaburan tanah memang kena ada keberanian laa dengan skil yang tersendiri… kena tahu apa yang nak dibuat… jangan ikut sedap hati je nak buat pelaburan… nanti lingkup tak pasal2…

abdfatah’s last blog post..kes Lina Joy semakin gempak! sufiah bagaikan puteri…
yazidyahaya - 10 Aug 08 at 03:42:03
baguske??umh..bagi aku kalau nak wat investment ni..kene la selidk dulu..tul tak??
Raja Kamil - 11 Oct 08 at 18:48:18
ehmm…kalu dah terlebih kaya n nak duduk diam je boleh la wat investment ni…tiap2 bulan dapat untung….
merahkatak - 11 Oct 08 at 19:18:15
Kalau kene gayanya, memang leh dok diam aje. Tap bergantung gak la pada seseorang. Dia dapat wat atau tak, depends..
stationgold - 07 Nov 10 at 09:09:25
siapa nak buat investment 10% permonth tanpa buat apa hubungi saya 10% sebulan sehingga 2015 hubungi (zam)0194107625
stationgold - 07 Nov 10 at 09:10:44
boleh hubungi jugak ym:station_gold@yahoo.com
Ronaldmohoni - 09 Aug 11 at 13:19:07
Bila sebut tentang duit PTPTN, saya sendiri pernah mengalami situasi, menggunakannya untu melabur benda yang tak tentu hala. Geram bila teringatkan kisah lama.
Buat Duit Mfadhly - 21 Aug 11 at 07:36:53
buat masa ni yg kurang risiko gold investment… harga tengah naik tu..



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011