Hari ini aku nak cerita sikit bab-bab pasang iklan kat blog. Ada banyak pandangan samada kita nak letak iklan banyak-banyak dalam blog atau nak letak iklan sikit sahaja dalam blog. Aku tak ada masalah dengan siapa-siapa yang hendak letak iklan dalam blog. Nak letak banyak ke, nak letak sikit ke, nak bagi penuh blog atau website tu dengan iklan ke, aku tak kisah. Dah tu blog korang. Letak ajelah. Dah korang yang bayar duit domain dan hosting. Letak ajelah. Bagi aku, sekali lagi. Tak ada masalah.

Tapi aku nak cerita sikit situasi kalau aku jumpa beberapa blog yang ada iklan ni. Mari baca dengan hati yang tenang. Kacakkan diri anda. Tengok cermin kejap. Ok, jom baca.

1. Kalau blog tu, ada 1-2 iklan sahaja. 1 kat atas, 1 kat tepi sidebar. Nak scroll pun takde rasa berat semacam. Nak tunggu loading pun tak lama. Pejam mata. Buka mata, dah nampak semua. Haa, blog macam ni, aku suka baca. Lagi-lagi kalau apa yang blogger tu tulis menarik untuk dibaca. TAPI, kalau blog cantik, tetapi artikel macam hampeh, penuh dengan gambar seksi sana-sini..dan penuh umpat sana, umpat sini. Gosip artis tu, gosip menteri ni. Ok, aku datang sekali ni je. Lepas ni, memang tak masuk dah blog tu. Bukan apa, blog macam ni, terlalu menyeksakan.

409489 369454179747116 100000476123832 1611163 1413335814 n Iklan banyak, iklan sikit.


2. Kalau blog tu, penuh dengan artikel yang menarik. Iklan ada 1-2 sahaja atau tak ada langsung. Nampak tenang aje bila masuk blog tu. Tak ada lagu yang memekakkan telinga. Tak pasang radio online. Tak ada peperangan. Ok. Selalunya blog macam ni, aku akan lepak dan baca walaupun apa yang dia tulis tentang kucing dia baru pergi mengoret kucing jiran sebelah. Tak perlu nak gosip pasal artis penyanyi menteri sana-sini. Cerita pasal kucing pun, leh dapat lebih dari 30 ribu tau? Tak caya? Aku ada cerita seorang blogger kacak yang buat duit dengan menconteng sahaja. Ingat tak?

3. Kalau blog tu, isi biasa aje. Kekadang, copy blog sana-sini. Kekadang cedok dari Bernama. Kredit pun kekadang lupa bagi. Theme pula pilih yang menyakitkan jiwa. Banner iklan, tu dia..1,2,3.20 iklan!..fuhh. Berterbangan banner. Yang float ada, yang lemas ada. Yang bersidai pun ada. Ya, ini blog untuk cari duit. Sekali lagi. Aku pangkah.

4. Kalau blog tu blog niche. Blog yang ada tujuannya tersendiri. Cerita pasal satu benda khusus sahaja. Artikel pun bukannya update setiap hari. Trafik jangan ceritalah. Memang takdelah sebanyak blog hiburan. Tapi jangan tak percaya, kalau kita bandingkan dengan blog biasa-biasa, blog niche ni dari nak buat duit, lebih kacak berbanding blog hiburan. Kena masanya, dapat cari orang yang nak beli blog, 5-10 ribu untuk 1 blog niche? Itu normal. Biasanya blog niche ni, kalau letak iklan, mesti letak Adsense. Blog niche yang ada iklan Adsense atau Amazon, kalau dijual. Memang untung gila-gila.

5. Blog yang ada iklan sikit. Tapi tak ada hasil langsung. Serupa macam tak payah letak iklan langsung. Dan tak payah nak beritahu orang, saya tulis blog bukannya nak cari duit. Dah tu, yang ko pi letak iklan tu buat apa? Sekali korang letak iklan kat blog, itu maknanya korang nak duit. Tak yah temberanglah memacam dengan alasan poyo tu. Aku jumpa ramai orang bagi alasan macam ni. Salah ke terus terang yang korang nak cari duit dengan blog korang? Nak duit, buat cara nak duit.

6. Blog yang banyak iklan. Tapi disusun dengan baik. Tak menyusahkan orang. Laju aje bila nak skroll, nak komen pun tak ada masalah. Admin pun kacak macam aku. Tiap-tiap bulan pun asyik dapat duit dari Innity. Banyak kali pula dapat sales dari program affiliate. Tulisannya pun baik. Bukan copy paste dari Bernama atau surat khabar. Percayalah..blog ni akan menggembirakan hati pembacanya dan membuatkan para pembaca terasa diri mereka kacak walaupun dalam blog tu memang banyak iklan dalam blognya. Lagi-lagi kalau tak ada gambar seksi dalam blog macam ni. Aman aje rasa.

7. Ada blog tu, bila kita masuk je blog dia. Bukan iklan sahaja banyak. Tapi keluar pula iklan suruh PAKSA Like. Kalau tak nak like, kena tunggu 10-30 saat. Bila dah like, sekali artikel copy paste memanjang. Ishh, kalau bagus artikelnya, berbaloi juga like sana-sini. Yang paling celaka, masuk aje satu blog ni, keluar iklan suruh like facebook dia. Apa yang celakanya? Tak ada pilihan untuk tunggu 10-30 saat dan tak ada pilihan untuk pangkah features tu. Kalau boleh pangkah, takpe lagi. Kita datang ni nak bagi trafik. Mana tahu, ada iklan berkenan, boleh tolong klik. Nak tak nak, kena like facebook dia, baru leh baca artikel-artikel dalam blog tu. Dan ada yang paling best lagi. Ada satu artikel ni, dia letak satu video. Nak tengok video tu, KENA LIKE juga??? Ko nak kena penyepak? Blog macam ni, sori nak cakap. Aku pangkah aje dan kalau masuk bertanding dalam World Blogger and Media Social Awards 2012, memang aku takkan vote punya. Menyusahkan pembaca dan pelawat dalam banyak perkara.

Dan macam-macam lagi. Ini hanya sebahagian sahaja yang aku nampak dalam perihal iklan-iklan di kebanyakkan blogger di Malaysia. Ada yang letak 1 je iklan. Ada yang letak berbelas iklan. Ada yang letak main timbul-timbul. Ada yang muncul tiba-tiba. Ada yang siap main paksa-paka LIKE lagi.  Memang blogger Malaysia ni ada macam-macam ragamnya.

Ps: Kalau ada yang terasa, buatlah apa yang patut diubah. Tapi kalau korang jenis tak makan saman macam aku, tak payah layan apa yang aku tulis ni. Bukan masuk dalam peperiksaan SPM pun. Nak tulis blog, tak perlu ambil MUET pun.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Jan 26

Soalan nombor 6..

27 comments - Post a comment


Alkisah, ada 2 orang mamat yang tengah bercakap tentang soalan nombor 6 dan baru sahaja selesai menjawab kuiz cepu emas dari cikgu mereka..

backside Soalan nombor 6..


Serius, aku pun pernah terlupa bila jawab soalan masa ujian bulanan atau kuiz yang cikgu bagi. Ingatkan muka surat depan aje, sekali yang kat belakang pun ada juga. Memang hilang gak separuh markah. Nasib baik yang muka surat depan tu semuanya betul. Kalau tak, rugi aku hilang markah.

Ps: Mesti korang ada pengalaman yang serupa kan? Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Yap. Hari ini aku cerita bab Cabaran SEO dalam Pertandingan kena denda di Sekolah yang aku anjurkan pada awal bulan Januari tahun ini. Nampaknya sudah ramai yang menyertai pertandingan ini dan hantar artikel masing-masing. Kepada yang masih belum hantar artikel tetapi berminat untuk menyertai Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah, bolehlah mula susun strategi dan tulis artikel anda sebaik boleh.

pengalaman kena denda di sekolah Pendahulu Cabaran SEO yang kacak.


Tentang Cabaran SEO, anda masih ada peluang lagi untuk cantas pencabar dan pendahulu yang sedang selesa mendahului cabaran kali ini. Aku tahu macam mana pendahulu yang sedang leading dengan selesa ini bermain dengan SEO. Nampak dan jelas ketara. Kalau aku boleh nampak, takkan korang tak boleh nampak pula kan? Apa yang korang perlu buat, tiru aje apa yang dia buat dan tunggu resultnya. Boleh atau tak artikel korang cantas artikel yang sedang leading.

Dan untuk pengetahuan korang, pemenang Cabaran SEO ini adalah 1 orang sahaja. Tak mampu aku nak bagi semua orang. Tapi aku tahu, bukan senang nak jadi pemenang cabaran ini. Semua yang masuk, ada potensi untuk potong last-last minute. Adakah juara Cabaran SEO pada tahun lepas boleh potong balik pendahulu sekarang? Itu aku tak tahu. Kita tunggu sahaja. Aku akan semak pada malam 31 Januari 2012 untuk tahu siapakah pemenangnya. Dan aku akan semak lagi sekali pada 1 Februari 2012. Mana tahu, ada perubahan disaat-saat akhir. Jadi, kalau dua kali aku semak dan masih pendahulu yang sama, dia akan aku nobatkan sebagai pemenang. Tapi jika ada perubahan. Yang berjaya memotong pada pagi 1 Februari 2012, itulah yang aku akan nobatkan sebagai pemenang.

Senarai yang dah hantar artikel aku akan update bila aku ada masa. Tapi setakat ini, inilah yang telah menghantar artikel. Terima kasih kerana berminat dengan pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah.

1. Sukacuka - Pengalamanan Kena denda di Sekolah
2. Kimmie - Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah
3. B3njy - Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah
4. Amir Nawawi - Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah
5. Zool - Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah
6. Akubiomed - Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah
7. Liza Razak - Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah
8. Fahmi Raazali - Apa Pengalaman aku kena denda di Sekolah
9. Amry - Pengalaman kena denda di Sekolah
10. Yas - Intro Pengalaman kena dende di Sekolah | Blog Titan Earncent.com dan Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah
11. FitriHadi - Pengalaman kena denda di Sekolah yang hampeh
12. Bardboo - Pengalaman kena denda di Sekolah
13. Chii - Pengalaman kena denda di Sekolah
14. Cik Tom - Pengalaman kena denda di Sekolah
15. Fakhruddin Aziz - Pertandingan kena denda di sekolah
16. Adam Faiz - Pertandingan kena denda di Sekolah - versi MRSM
17. Puan Kutu - Pertandingan kena denda di Sekolah
18. Azura - Pengalaman kena denda di Sekolah
19. Amirez - Pengalaman kena denda di Sekolah
20. Akazuma - Pembaris kuning yang Jahat
21. Eiela - Pengalaman kena denda di Sekolah
22. FarahAznil - Pengalaman kena denda di Sekolah - Kena tukar tempat duduk dan Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah - Jenis Denda di Sekolah 1
23. Iza - Pengalaman saya kena denda di Sekolah
24. Zulkbo - Pengalaman kena denda di Sekolah
25. Zezebel - Pengalaman kena denda di Sekolah
26. Layar sukses - Pengalaman kena denda di Sekolah
27. Abdfatah - Pengalaman kena denda di Sekolah - Budak Sekolah Kena Denda
28. CMRatu - Pengalaman kena denda di Sekolah
29. Auc dot com - Pengalaman kena denda di Sekolah
30. Jai - Pengalaman kena denda di Sekolah Rendah dan Menengah

Masih ada 5 hari lagi sebelum cabaran ini tamat. Jangan terlambat aa.

Yang pasti, memang aku akan sakit kepala untuk memilih pemenang-pemenang pertandingan kali ini. Semuanya hebat-hebat belaka. Semuanya pandai tulis artikel dalam definisi yang tersendiri. Aku kagum dengan korang semua.  Tapi cuma artikel yang paling kacak sahaja yang aku akan pilih sebagai pemenang. Kalau tak menang, bukan bermakna artikel korang tak kacak, cuma kurang kacak sikit aje. Hehe..

Kalau korang nak tambah artikel yang berkaitan dengan entri korang kena denda di sekolah, sila letak link tersebut diruang komen. Aku bagi peluang korang dapat backlink percuma dari blog lelaki kacak ini.

Cabaran dari aku untuk blogger lelaki. Takkan nak bagi cabaran SEO ni orang perempuan menang. Orang lelaki kena menang kali ini wehh. Tak menang tak tahulahh. Hari tu, orang perempuan yang menang. Kali ini, aku merayu pada semua blogger lelaki yang kacak-kacak, sila menang untuk membuktikan kekacakan korang.  Dari gambar diatas, ada 2 orang perempuan sedang mengintai nak pintas lelaki kacak. Sila berjaga-jaga..

Amaran, sila update senarai barisan penaja yang menaja pertandingan kali ini. Kalau tak ada satu pun nama penaja dan link penaja tersebut, kebarangkalian untuk tidak menang adalah tinggi.

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com

Ps: Ok. Pagi ini aku tak mengantuk macam nobita semalam. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sejak semalam, aku rasa badan aku tak berapa nak sihat. Lemah semacam. Gi jalan sikit, pening. Bila baring, jadi lega. Gi jalan sana, penat. Mengah. Tapi bila baring, boleh pula terlelap. Jadi, mahu tak mahu, aku kena layankan juga untuk lelap. Tapi bila lelap, kekadang terbabas jauh. Itu yang aku tak suka. Maklumlah, aku ada perangai macam nobita. Kat mana-mana sahaja, aku boleh tertidur. Gayanya lebih kurang macam dalam cerita Doraemon. Baring aje, tak sampai berapa minit. Terus tertidur..

lelakikacaktidur Perangai macam Nobita.


Jadi, kalau aku tak berjalan ke blog korang, dan komen kacak-kacak kat blog korang. Faham-faham ajelah mengapa ye. Kalau tak ada artikel kacak dalam 2-3 hari ini, korang faham-fahamlah aje ye. Kalau tak ada gambar-gambar kacak yang menghiasi blog aku ni. Korang pun faham-faham ajelah ye.

Aku tengah atur semula badan aku supaya tidur pada waktu malam dan berjaga pada waktu siang. Tak berapa baik bila malam berjaga, siang pun kebanyakkan terpaksa berjaya. Yela, waktu siang kena kerja. Takkan waktu kerja nak tdo walaupun pada sebelah malamnya aku kerja. Jadi, terpaksalah aku buat sesuatu dan akibatya, aku kena tidur untuk adjust badan ni. Aku pernah buat benda ni dulu. Ambil masa juga beberapa hari, baru leh masuk semula rutin yang aku mahukan. Susah, tapi aku pernah cuba. Jadi, takdelah rasa susah sangat. Haha..

Ps: Oklah, aku mahu tidur. Siapa mahu temankan lelaki kacak tidur? Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Page 1 of 3131234567...203040...Last »
  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011