
Aku pasti jika kau orang nampak gambar diatas. Pasti kau orang tahu apa benda yang akan aku celotehkan hari ini. Maaflah. Entri hari ini agak lambat sebab aku ada urusan paduka baginda dari jam 8 pagi sampailah jam 2 petang tadi. Nih balik rumah pun, mak aku suh beli mee kuning 2 bungkus sama daun sup 50 sen. Dengan kelajuan 10km/j, aku melangkah longkai ke kereta kelisa dan memecut! 3 minit 10 saat. Rekod terbaru aku beli barang ke kedai dan patah balik ke rumah. Ni semua gara-gara adik aku bawa kawan perempuan ke rumah. Kenela layan dan ambik korang. Rasakan mee bandung hasil anak bujang ini..
Ok. Kita kembali ke Majalah yang nampak biru dari jauh ini. Jika kau orang perhati, Majalah IM banyak eksploitasi warna. Aku dapat rasakan kebiruan kali ini agak tenang. Tidak tergesa-gesa dan tidak terlalu aktif seperti warna oren bulan lepas. Ahh..lupakan sahaja. Bagi aku bulan Mei ini bulan bertenang. Pertengahan tahun dan waktu yang sesuai untuk cool down sama ada business atau kerja. Cuti pun nak dekat kan? Terutama bagi budak2 exam dan budak2 sekolah. Tu pasal aku nampak dah setat kad kenduri kawin bersepah kat peti surat rumah aku nih. So, nce work to Team Flarebiz sebab pemilihan warna yang menarik bagi pendapat peribadi aku. Kau orang tak suka? Aku pedulik apa!
Ok. Tumpuan Majalah IM yang kali ke 4 ini adalah Mohd Amirol (Pakej Web Evolusi). Aku rasa kau orang semua sudah kenal mamat ni kan? Aku juga adalah salah seorang customer dan pembeli Pakej Web Evolusi. Aku rasa pakej beliau memang best dan banyak gak yang aku dapat. Jika kau orang belum dapatkan Pakej Web Evolusi ni, dapatkanlah sekarang. Aku rasa pakej ini patut ada pada sesiapa yang hendak buat website dan membuat duit di internet. Jika dulu aku cuak nak ada website sendiri, tapi aku rasa sekarang. Semua boleh buat kan?Ianya Tidak mudah asalkan kau orang sudah tahu bagaimana hendak buat website yang kita imaginasikan.
Selain itu, kau orang akan nampak beberapa artikel dari IM seperti Zul Smartusaha, Noorizamshah, Raja Lelong, Amar Mahmood, penulis buku Rahsia Minda Jutawan dan lain-lain lagi. Tak kurang juga dengan tutorila Mdpai yang aku tunggu setiap keluaran. Memang best la. Semua newbie dan otai digalakkan untuk muat turun majalah ini. Harganya? Sangat murah iaitu USD0.00 sahaja. Murah kan?
Pasal interview antara Labanon dan Amirol. Aku rasa dua-dua macam tak bersedia. Mungkin disebabkan Vince Tan agak sibuk dan terpakse digantikan dengan Mohd Amirol. Jadi, dua-dua tak bersedia dan tekaan aku mungkin diorang pun tak bersedia dan agak gelabah. So far, cadangan aku. jika mahu buat interview, team Flarebiz sediakan dulu soalan pada orang yang nak ditemuduga dan orang yang nak ditemuga akan lebih bersedia. So, takdelah rasa cam tak bersedia sebab ada guidelines. Sebab aku dapat kesan jawapan memang jawapan refleksi. Tapi jika Team Flarebiz memang sudah sediakan. Abaikan saja ayat-ayat ini. Sebab kekadang aku lost dan blurr gak bila aku dengar interview ni..
Aku tertarik interview itu. Pasal E-book yang berkualiti dan tak berkualiti tu. Aku celah sikit je. Nasihat aku, siapa yang nak beli e-book, buat selidik dan edisi siasat dulu. Jangan salahkan owner e-book tu jika kau orang rasa e-book tu tak berbaloi atau e-book tu e-book sampah. Bagi aku, itu salah kau orang sebab tak wat selidik dulu. Bagi aku lagi, aku dah cukup bersyukur sekiranya ada 1 point penting atau ilmu baru yang aku dapat dari e-book-ebook yang kau orang kata e-book sampah tu. Itu sudah memadai bagi aku mengatakan aku berbaloi beli e-book itu. So, sebelum kau orang salahkan owner e-book tu. Kau orang salahkan diri 10 kali dulu. Faham?? Walaupun aku faham e-book tu mungkin 100% dicopy dan pastekan sahaja, tetapi dia membuat kerja dan menyiapkan e-book itu. Ya, info itu free. Tapi kau orang rajin sangat ke cari maklumat free tuh? Kalau owner tu tak sentuh pasal isu tak, takkan korang tahu punye kan? kan? Silap aribulan, korang dah lupa pasal benda tu, kan? Jangan temberang laa..
Apapun. Satu lagi usaha baik dari Team Flarebiz. Bukan susah nak wat interview dan luangkan masa wat Majalah IM dan semua ni. Kalau orang lain, aku tak rasa ramai yang sanggup. Gila woo kalau nak wat sorang-sorang. Nasib baiklah ada 3 orang sekarang. Dulu ada 2 orang. Pastu sorang ilang. Tinggal sorang-sorang. Sekarang, tambah lagi 2 orang. So, besar dah keluarga Team Flarebiz nih. Tak berminatkah buat temuduga untuk ahli keluarga yang ke 4??
Aku rasa ramai gak yang dah wat maklum balas kat blog diorang masing-masing. So, jika rajin, kau orang pun leh baca. AKu tak sediakan link sebab kekangan masa. Tapi jika kau orang rajin siasat, kau orang pun leh tahu kan? Ala, janganlah malas-malas ye..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content













