Berapa ramai yang masih guna Blogspot.com?
Sebenarnya, tak ada masalah timbul jika korang hendak gunakan blogspot.com sebagai platform untuk korang menulis blog. Ada yang kata sangat senang untuk buat SEO melalui blog dari blogspot.com dan aku tidak menafikan hal itu. Tetapi buat masa kini, aku lebih suka dengan menggunakan wordpress sebagai platform untuk aku menulis blog. Mungkin kerana aku sudah hampir 3 tahun menjadi pengguna wordpress yang setia dan aku cuma ada 1 blog sahaja yang masih aktif sehingga hari ini. Itupun kerana aku tidak berniat untuk buat blog itu dan aku masih melawat blog itu sekali-sekala. Mana tahu ada sesiapa yang meninggalkan jejak disana. Siapa tahu kan?
Persoalan tentang blogspot.com itu bagus atau tidak, itu tidak menjadi satu masalah yang perlu diperbesarkan. Tetapi jika korang betul-betul serius untuk buat duit dengan blog, menggunakan wordpress sebagai platform untuk menulis blog adalah pilihan yang tepat untuk mendapatkan kepuasan maksimum dan juga mampu buat duit dengan lebih baik. Aku tahu ianya bergantung kepada si pengguna, kalau malas dan tidak rajin update blog, guna wordpress atau blogspot pun sama sahaja hasilnya. Tetapi jika benar-benar serius, gunakanlah wordpress jenis self-host. Aku yakin korang akan tahu keberkesanannya apabila korang sudah memahami selok-cilok wordpress nanti.
Ps: Mahu terus guna blogspot.com atau tidak. Terpulang pada korang.
Popularity: 87% [?]




drpd tak ada blog langsung, apa2 pun bolehlah. yg penting mesti cuba dulu…
Start bulan Mei 2009 dengan wordpress.com. Cukup target pageviews upgrade ke wordpress.org. Sekarang ni terfikir kalaulah dari awal-awal mula dengan wordpress.org kan bagus.
Tapi macam dikata, belajar bertatih dulu sebelum berlari. tak rugi kan.
p/s: sekarang kami masih bertatih lagi.
hoho..betul tu. wordpress still the beshh..
Owah nampaknya lahir juga artikel yang membincangkan pasal pilihan platform weblog
Hal ini mungkin hasil dari perdebatan hangat AJ ngan Titan di blog Rohaizad kemarin dulu.. hehehe
Oklah setakat perkembangan dari cabaran SEO HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang AJ sertai lah ya, Weblog WordPress memang mudah untuk mendapat tempat di top10th Google Search berbanding yang menggunakan namablog.blogspot.com
Namun demikian tempoh sustain tidak kekal lama. Apa yang AJ dapati weblog blogspot yang menggunakan nama domain berbayar atau domain percuma mampu sedikit demi sedikit naik dan terus naik sehingga ke top 10th google. Jadi daya sustain blogspot menggunakan domain berbayar/percuma boleh untuk kekal lama.
Apa-apapun Weblog WordPress self-host adalah mudah dan pelbagai fungsi plugin tersedia ada. So orang yang tak mahir programming/coding2x pun boleh ada blog yang menarik dan mudah nak naik Alexa Rangking
Yang pastinya Alexa Rank (AR) earncent – 275K (I), 1252 (MY) dan AR AJ – 325K (I), 1290 (MY)
Nak ligan dah ni Titan. Lagi 50K aja.. Peratus change 350%.
Tak salah kejar mengejar AR ni kan?
Apa yang lebih penting blog dapat duit ikut masing-masing
Bagi mereka yang ingin ada jurnal kehidupan, aku sarankan blogspot. tetapi bagi mereka yang ambil berat tentang blogging atau buat duit dan mahu mencipta jurnal hidup yang lain dari yang lain, aku sarankan wordpress. dengan wordpress, kita boleh tweak apa yang kita mahu. tiada batasan.
Blogspot is ok for those yang sekadar berblog untk tujuan menulis coretan atau diari hidup, tetapi untuk mereka yang ingin membina kredibiliti di internet, wordpress jenis self hosted akan lebih mempamerkan tahap professionalism seseorang itu
Kalau sekadar nak dapat income drpd adsense, blogspot pun boleh kut. Ak tengok ade je blog blogspot dapat AR tinggi. Semua tu x mustahil kalau content bagus.
Tapi kalau nk wat paid review, TLA, TNX… hemm… x sesuai kut.
utk blog aku skrg ni, aku rs aku xkn tkr kot hosting..biar je guna blogspot je sbb aku dh syg dgn alexa dgn pr dgn seo blog ni..aku mls nk kaco..kalau nk guna self hosting gak, aku nk wat blog lain..hehe
W’laupun ko gune blogspot, ko still gune domain sendiri kan.. X de masalah rasany kalu nk migrate ke wordpress. AR ngn PR still takkan berubah sebab masih domain yg sama.
Kalau betul blogspot leh sustain lama kat SE, ak pun nak try test blogspot gak lah… Lagi pun ak tgok template blogspot skrg suma dah canggih manggih. Template ala2 revolutionTheme pun ade.. Skrg susah dah nak detect sesuatu platform tu wp / blogspot.
Cume yg x bestny kt blogspot x de plugin utk auto linking atau display adsense automatically. (Utk paid review blogspot mgkin ok tapi utk TLA atau TNX better gune wp sbb cam mudah je Google detect kalu korg gune blogspot).
Salam semua,
Aku tak berniat nak menangkan blogspot ataupun wordpress.
Pada aku, wordpress memang best dari segala segi tapi mungkin blogspot nie Google punya, sebab tu dia ada kelebihan sikit di situ.
Aku perasan kalau artikel kita berkualiti + teknik SEO yang mantap, kemungkinan boleh dapat top 10 kat google search kalau guna blogspot dan kedudukannya pun boleh maintain lama sikit.
Kalau nak bina kreadibiliti dan nak blog nampak canggih sikit aku sarankan pakai wordpress….sekian saja pendapat newbie
Mmm.. Komen2 korang memang berguna untuk saya yg baru berjinak dgn blog ni.. Byk lagi kena belajar ni..
mana-mana pun ada kelebihan dan kekurangan. Jadi, gunakanlah dengan bijak.