Buat Duit: Nasi Kicap dan Berani Gagal

Hidup setiap insan berbeza. Begitu juga takdirnya..?

Berapa ramai antara korang semua yang berani gagal bila buat sesuatu? Tak kiralah dalam sukan, mengorat perempuan ataupun buat duit di internet, berapa ramai yang antara anda semua berani gagal? Aku yakin mesti ramai yang tidak mahu gagal. Tapi aku juga tahu bahawa sudah ramai orang kita yang gagal dan kecundang. Malah, dikalangan yang kencundang itu, ramai yang tidak mahu mencuba dan mula menyalahi orang lain kerana kegagalan mereka. Lihat? Inilah mentaliti orang kita. Bukan aku hendak menghina, tetapi orang kita memang begini. Sudahlah buat kerja bagai melepaskan batuk ditangga tapi suka menyalahkan orang lain. Percayalah, orang yang berjaya sangat kurang merungut dan menyalahkan orang lain. Apa yang mereka buat, kerja dan berusaha bersungguh-sungguh.

Jika ada antara korang pernah makan nasi kicap (nasi berlauk kicap) atau nasi dengan garam ataupun makan maggi dengan sardin, aku yakin korang mungkin akan berjaya suatu hari nanti. Orang yang memahami erti kesusahanlah kebiasaannya akan berjaya. Orang yang pernah melihat kegagalan dan mengalami keperitan hidup pasti memahami segalanya dan atas sebab itulah mereka ingin mengubah sesuatu dan ingin jadi seorang yang berbeza. Jadi, tidak hairanlah mereka-mereka yang duduk di zon selesa memang takkan menjadi apa yang mereka impikan jika hanya mampu berimpian dan bermimpi. Aku tidak bermaksud pada korang semua, tetapi segelintir daripada korang pasti mengalaminya. Mahu berjaya atau gagal. Sebenarnya terletak pada diri kita sendiri. Kita mahu berubah atau tidak?

Ps: Teringat masa kat Sabah dulu. Sebulan tak makan nasi..

Popularity: 52% [?]


Fatal error: Allowed memory size of 33554432 bytes exhausted (tried to allocate 48 bytes) in /home/titan1/public_html/wp-includes/cache.php on line 503